Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 10 Januari 2015

Menyambut Hari Kemerdekaan Di Pulau Langkawi

Pulau Langkawi adalah satu destinasi percutian domestik mahupun antarabangsa, tersohor dengan keindahan pulau dan kisah sejarahnya. Kesempatan ini diambil bagi penggemar motor kuasa tinggi untuk menjadikan Langkawi sebahagian daripada kalendar acara tahunan yang perlu dilawati. Hasil dari perancangan rapi dari segi penyertaan, perjalanan, penginapan dan aktiviti yang boleh dilakukan, terhasillah satu perjalanan yang tidak dapat dilupakan oleh para peserta konvoi. Kelab motosikal kuasa besar Yamaha XJ6 Malaysia dengan kerjasama Langkawi Bikers Group telah bersama menjayakan konvoi jelajah ke pulau Langkawi tahun ini.

Tabik hormat sempena hari kemerdekaan di Dataran Lang.
Tabik hormat sempena hari kemerdekaan di Dataran Lang.


Tujuan utama konvoi ini diwujudkan ialah untuk menarik penunggang-penunggang motosikal berkuasa tinggi melancong di dalam negeri sambil merapatkan silaturrahim antara penunggang. Sambil memupuk semangat bantu membantu antara peserta, konvoi ini lebih bermakna lagi kerana tarikhnya jatuh pada 31 Ogos iaitu hari kemerdekaan. Dan di sinilah terletaknya semangat kami di dalam konvoi ini.

Seawal 12 pagi pada 30 Ogos, peserta memulakan perjalanan setelah semuanya berkumpul di Hentian Rehat Rawang. Disebabkan perjalanan ini bermula setelah penat seharian bekerja, kami memperbanyakkan rehat bagi menyegarkan kembali dari terasa mengantuk. Kami berhenti di Hentian Gunung Semanggol untuk mengisi perut yang lapar. Walaupun jam sudah menunjukkan 3.30 pagi tetapi jalan tidak putus-putus dengan kenderaan.

Semua peserta mencuba hasil corak batik sendiri.
Semua peserta mencuba hasil corak batik sendiri.

Tepat jam 7 pagi, kami sudah tiba di Kuala Perlis. Bersarapan dan berehat memanglah dinanti-nantikan para peserta setelah bersengkang mata semalaman. Pukul 1.30 petang, kami bersiap sedia untuk membawa jentera masuk ke perut feri. Pengalaman ini amat teruja sekali bagi mereka yang pertama kali merentas lautan bersama jenteranya. Fasiliti yang disediakan dalam feri Roro amat memuaskan, ruang yang luas berhawa dingin, kantin dan dua buah televisyen skrin rata. Kami selamat tiba di perkarangan kastam Langkawi setelah tiga jam di perairan.

Hampir separuh feri dipenuhi motosikal peserta.
Hampir separuh feri dipenuhi motosikal peserta.


Setelah makan malam di restoran tempatan, kami berkonvoi menuju ke Dataran Helang yang terletak di pekan Kuah yang menjadi mercutanda kebanggaan penduduk Langkawi. Satu upacara sambutan Hari Kemerdekaan telah berlangsung di sini dan dikunjungi oleh pelancong dan penduduk tempatan bagi meraikan majlis sambutan ini. Sementara menunggu detik 12 malam, pelbagai acara telah disajikan kepada penonton dari hiburan dan sketsa yang bercirikan kemerdekaan. Detik 12 malam disambut dengan laungan ‘Merdeka’ dan bunga api menghiasi angkasa sambil diperdengarkan lagu kebangsaan, Negaraku. Setelah acara bergambar, kami beredar pulang ke penginapan masing-masing kerana esok ada acara yang menarik menanti.

Bergambar di hadapan kompleks Kraf Langkawi.
Bergambar di hadapan kompleks Kraf Langkawi.


Tepat jam 10 pagi, kami sudah berada di perkarangan Kompleks Kraftangan Langkawi sambil disambut oleh Pengarah Kompleks, En. Rosman serta beberapa kakitangan yang lain. Kata-kata aluan diberikan sempena lawatan kami ini dan kami dibawa melawati ruang-ruang pameran yang tersedia ada. Antaranya, ruangan batik, tenun, pengantin, alatan lama, kerja kayu, blow crystal dan macam-macam lagi. Selain itu kami diberi peluang menunjukkan bakat masing-masing di atas sekeping kain untuk dicantingkan. Pengalaman mencanting batik memang teruja dan menyeronokkan. Setelah selesai mencanting, kami dihidang jamuan tengahari sambil disajikan tarian tradisional melayu yang indah. Peserta juga diberi peluang menari bersama-sama di atas pentas. Kemudian, masa untuk membeli belah barangan hasil dari pengusaha anak Malaysia di sini. Harga yang berpatutan dan kualiti yang sangat tinggi, sememangnya berbaloi.

Sempat singgah di sini untuk melihat cara penghasilan produk kaca.
Sempat singgah di sini untuk melihat cara penghasilan produk kaca.
Mengasah bakat menari bersama penari.
Mengasah bakat menari bersama penari.

Kami juga dapat berkunjung ke Galeri Perdana. Rugi kiranya sesiapa yang datang ke Pulau Langkawi tanpa singgah ke sini. Banyak lagi tempat-tempat menarik dilawati seperti Gunung Raya, Kereta Kabel, Telaga Tujuh, Pantai Chenang, Beras terbakar, Makam Mahsuri, dan yang termashyur, hasil gamatnya. Seterusnya acara yang dinantikan iaitu acara membeli belah, perkara wajib jika berkunjung ke pulau bebas cukai ini.

Puas dan gembira apabila program konvoi ini berjaya.
Puas dan gembira apabila program konvoi ini berjaya.

Keesokan hari, kami berangkat pulang bermula jam 9 pagi, kami telah menanti di kompleks kastam untuk menaiki feri Roro. Selepas makan tengahari, kami pun berangkat pulang dari Kuala Perlis. Seharian menunggang untuk pulang ke destinasi masing-masing. Satu pengalaman yang puas dan menarik dapat dirasakan oleh setiap peserta. RR

– Sid@2014

Isu Pada

Januari 2015

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Pandu Uji

    Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Artikel berkaitan

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

'Convoy to Lumut' RSX-RS Crew Taiping 2024

Annual Ride RSX-RS Crew Taiping

Couple Ride Ke Songkla

Ride Santai Selepas Kerja

Mega Gathering CBR-RR Malaysia ke-10

Kawasaki Lady Bikers Group Ride Ke Phuket

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kemalangan Dengan Sebuah Kereta, Penungang Motosikal Jatuh Gaung

enunggang motosikal parah terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 15.2 meter (m) selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 445.7 Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara.

Warta Roda

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam nahas kemalangan bas awal pagi tadi

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam nahas kemalangan bas yang berlaku di Gerik pada awal pagi tadi.

Model Baru

CFMOTO 800MT-X Sebuah Jentera Adventure Touring - RM48,888

CFMOTO Malaysia turut memperkenalkan sebuah lagi model terbaru bagi segmen adventure touring iaitu 800MT-X.

Berita Kelab

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

Kerjasama ini menjurus kepada idea untuk penganjuran acara Ride & Camp Vol 1 yang diadakan di Lata Ulu Kasar, Setiu, Terangganu pada awal Mei yang lalu.