Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 24 September 2022

Lata Cermin - 'The Hidden Gem Of Perak'

Bagi pencinta alam, Lata Cermin merupakan antara destinasi air terjun tercantik di Malaysia. Lokasinya di daerah Hulu Perak dan itulah destinasi 'ride' rakan-rakan motocross dari Kuala Lumpur/ Selangor pada 26 dan 27 Mac yang lalu.

Untuk ke Lata Cermin, permohonan permit kemasukan perlu dibuat lebih kurang dua minggu lebih awal. Mujurlah tiada masalah, segalanya berjalan dengan lancar.

Perjalanan bermula dari Puchong. Tujuh buah trak 4x4 membawa 20 jentera motocross bertolak ke Perak di sebelah malam dengan tujuan untuk tiba di R&R Bintang Hijau (check-point 1) awal pagi. Namun begitu, satu daripada tujuh 4x4 kecundang awal. Rosak agak teruk sehingga terpaksa ditunda ke bengkel. Tinggal terus di sana!

Akhirnya, terpaksalah memulakan perjalanan masuk ke Sungai Wai (check-point 2) di waktu tengahari. Motor-motor diturunkan untuk bersiap sedia mencabar diri. Trak ditinggalkan dengan kadar sewa RM10 sehari. Okay, hampir semua jenis jentera motocross dapat dikumpul untuk 'ride' kali ini. Memang seronok...

Untuk ke Sungai Wai, para peserta perlu melalui jalan balak – fast trail yang sejauh empat kilometer yang tidak memakan masa yang lama. Disebabkan salah sebuah jentera dimasuki air dan perlu dibaiki. Perjalanan awal itu telah mengambil masa sekitar dua jam. Masa untuk berehat diambil sebaik-baiknya untuk lapik perut masing-masing. Bagi mereka yang memang selalu masuk ke dalam hutan, makanan segera seperti coklat atau power bar memang sangat penting untuk kekalkan stamina.

Lebih kurang jam 3.30 petang, semua kembali mengerahkan tenaga dan kemahiran meneruskan perjalanan yang mencabar. Disebabkan hujan beberapa hari sebelumnya, laluan menjadi sukar. Tanah lembik, licin dan sangat lasak. Mental dan fizikal memang kena kuat.

Ada motor rosak yang hanya boleh bergerak jika ditolak. Bagi peserta 'baru', penat dah mula mengganggu... letih melemahkan semangat tetapi perjalanan perlu diteruskan. Dari cerah, suasana semakin kelam dan akhirnya semua peserta terpaksa mengendalikan jentera masing-masing di dalam hutan yang gelap dan pekat.

Mujurlah banyak jentera motocross kali ini lengkap berlampu, bagi motor yang 'kosong', pemiliknya menggunakan lampu suluh yang cukup terang. Akhirnya para peserta tiba di Campsite Lata Cermin sekitar jam 10.30 malam, ya.... tujuh jam baru sampai.

Kawasan tapak perkhemahan ini cukup luas. Lata Cermin ada tiga tingkat dan tempat bermalam terletak di tingkat paling bawah/rendah. Di tapak itu juga tempat laluan gajah – ada banyak 'tanda-tanda' di sini. 'Dinner' pada malam itu berupa maggi, nasi, ikan masin goreng dan sardin. Tengah-tengah letih tu memang lazat semuanya.

Dalam keletihan, tempat menginap perlu didirikan segera takut-takut hujan pula nanti. Bagi rakan-rakan yang membawa khemah, mereka lebih selesa dan cepat berehat. Bagi yang sudah biasa bermalam di dalam hutan, mereka dirikan khemah ringkas menggunakan flysheet 'pakai buang' dan tidur di atas tilam angin berselimutkan 'sleeping bag'. Oleh kerana sudah terlalu penat, semua peserta tidur awal.

Hari kedua tiba 'awal'. Semua peserta berkongsikan tentang betapa sejuknya suhu di waktu malam. Ada yang pakai 'sleeping bag' sesuai untuk 15° pun tetap 'kantoi' kesejukan. Kelebihan berkonvoi atau 'ride' bersama kawan-kawan adalah semangat bergotong royong dalam semua perkara. Sarapan simple – nasi goreng!

Bila dah nampak sungai di depan mata, apa lagi kan? Bagi kaki joran, memang mancing je lah kerja mereka. Ada yang mandi, berehat melihat alam manakala yang lain terus mendaki ke puncak Lata Cermin yang jaraknya sekitar 15 minit.

Pemandangan di depan air terjun memang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Air terjun itulah yang dikatakan putih jernih bagaikan 'cermin' dan kawasan persekitaran yang penuh dengan dedaun, pokok dan bunga-bunga hutan seperti dalam filem. Air terjun yang tinggi dan deras ini menghembuskan' angin yang kuat dan sejuk. Airnya cukup dalam dan sangat sejuk – macam kita berendam dalam air ais.

Selepas puas berendam, puas pancing ikan, puas berehat.... para peserta menikmati makan tengahari berupa nasi dengan masak lemak nenas ikan talang. Padu! Padu! Usai makan, bermulalah 'episod' berkemas dan bersiap sedia untuk pulang.

Dari tapak perkhemahan ke R&R Bintang Hijau tidak sampai empat jam. Semuanya selamat, hampir tidak ada motor-motor yang rosak. Kesemua jentera dibersihkan terlebih dahulu. Bayar RM5, cuci sendiri ya! Selepas waktu maghrib selesai angkat motor ke atas 4x4 dan bergerak pulang.

Cadangan konvoi lasak selepas ini ialah ke Gunung Bubu, Bruas yang merupakan lokasi sejarah bangkai pesawat Dakota milik Amerika Syarikat yang terhempas sewaktu penerbangan dari Singapura ke Butterworth pada tahun 1945 dulu.

Kisah mengenai kemalangan ini dan penghantaran pulang rangka juruterbang nahas tersebut pernah dipaparkan di www.hmetro.com.my pada tahun 2015 yang lalu. Dalam laporan tersebut turut menceritakan bahawa rangka badan dua lagi mangsa iaitu pembantu juruterbang William H Myers dan juru radio Donald E Jones tidak ditemui kerana faktor tanah. RR

Isu Pada

Mei 2022

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Hakim Danish Ramli bersedia melupakan kekecewaan di Silverstone dan mengalihkan fokus kepada misi kebangkitan pada GP Aragon.

Model Baru

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT5 kini rasmi masuk pasaran tempatan menerusi majlis perasmian Mforce Smartshop KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. di Alor Setar, Kedah.

Model Baru

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) selaku pengedar rasmi jenama KYMCO di Malaysia dengan bangganya melancarkan skuter maksi terbaru, Kymco Xciiting VS 400.

Model Baru

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha XSR155 akhirnya tiba ke pasaran negara yang menampilkan gaya neo-retro.