Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 2 Februari 2023

Otai Riders Anjur Konvoi Ke Kedah & Perlis

Salam buat semua peminat majalah RodaRoda yang terkenal di seluruh Malaysia. Pada Sabtu bersamaan 10.12.2022, kami dari warga Otai dan warga muda Taman Sri Mahkota serta di taman-taman sekitar Kulim, Kedah telah mengadakan satu konvoi motor dari pelbagai saiz dan jenama, dari 110cc sehingga 250cc ke beberapa buah destinasi di negeri Kedah dan Perlis.

Program ini berlangsung dari jam 7.30 pagi sehingga jam 11.00 malam dengan melibatkan seramai 14 orang pencinta motosikal. Kami bermula dari Kulim Kedah dan terus menuju ke tempat-tempat menarik di sepanjang perjalanan kami.

Kami sempat singgah untuk menikmati sarapan di Sungai Petani (The Sarapan Pagi Sungai Patani) pada pagi tersebut. Perjalanan kami kemudiannya diteruskan menuju ke tempat makan tengahari iaitu di Dusun Riffa Changloon Kedah.

Restoran ini amat menarik buat kami kerana terdapat pelbagai menu istimewa seperti ikan bakar, sotong bakar, Laksa Siam, Talapia Miang Pla, Ikan Bawal, Luk chup dan lain-lain yang memang sesuai untuk makan tengahari manakala lokasinya juga menarik buat para pelanggan yang suka bergambar.

Selepas makan tengahari, kami semua kembali ke atas jentera masing-masing untuk menyambung semula perjalanan menuju ke tempat-tempat seterusnya seperti Pasar Terapung Perlis, View point Wang Kelian dan akhir sekali adalah ke Padang Besar, Perlis (Sempadan Perlis dan Thailand).

Perjalanan konvoi kali ini adalah sesuatu yang santai dan menyeronokkan. Ia juga menguatkan ikatan ukhwah persahabatan, setiakawan dan sikap tolong menolong antara satu sama lain. Konvoi ini juga adalah penyatuan minat sama yang berjaya mengumpulkan para pemilik motosikal dari muda sehingga yang sudah berusia sekitar 60 tahun.

Banyak pengalaman yang diperolehi dari konvoi kali ini terutamanya buat rakan-rakan yang kali pertama mengikuti program sebegini dan ada di antara mereka adalah pasangan suami isteri. Memang padu 'ride' kali ini!

Kesempatan ini kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Puan Siti Khatijah binti Mat Hassan dan Puan Noaziah binti Abdul Wahab yang telah berjaya buat pertama kali menganjurkan konvoi motor campuran di antara taman-taman sekitar Kulim.

Semoga program sebegini akan dapat diteruskan ke tahun 2023. Tahniah dan syabas buat mereka berdua. Kami juga berharap program sebegini mendapat perhatian lebih ramai lagi dari penduduk-penduduk di kawasan sekitar. RR

Isu Pada

Februari 2023

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Marco Bezzecchi mencatat keputusan masa terpantas pada sesi latihan hari Jumaat di Aragon.

Warta Roda

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Model Baru

Aveta Vanguard 180 Dilancarkan - Bermula RM9,398

AVETA terus mengembangkan raingkaian keluarga Vanguard menerusi pengenalan baharu buat skuter Adventure Touring Crossover (ATC) iaitu Vanguard 180.

Dari Litar

Qayyim Raih Kemenangan Berganda, Qabil Lengkapkan Kedudukan di Podium

Dua pelumba Malaysia raih podium berganda di pusingan kedua Idemitsu Moto4 Asia Cup.