☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 1 Ogos 2017

BMWMCM Ride To Phuket

Pesta Songkran merupakan pesta air di Thailand yang disambut pada 13 hingga 15 April setiap tahun sempena menyambut sambutan tahun baru dalam kalendar masyarakat Siam. Tidak seperti selalu, tahun ini (2017), Pesta Songkran telah disambut secara sederhana oleh masyarakat di Thailand bagi menghormati mendiang Paduka Yang Mulia Raja Bhumibol Adulyadej yang telah mangkat pada Oktober tahun lalu.

Ada beberapa penunggang BMW Motorrad Club Malaysia (BMWMCM) yang telah memulakan perjalanan mereka dari bahagian selatan, tengah dan pantai timur Semenanjung pada 12 April. Tetapi sejumlah besar daripada pemilik BMW yang lain telah berkumpul di R&R Rawang pada pagi 13 April. Konvoi yang cukup lancar dan berdisiplin ini diketuai oleh Presiden BMWMCM, DSP Norhizam yang dibantu oleh beberapa rakan urusetia yang lain. Deruman dan kelancaran jentera-jentera BMW ternyata menyeronokkan setiap perjalanan tidak kira dekat mahupun jauh.

Disebabkan konvoi tiba di sempadan Malaysia/Thailand sehari sebelum tahun baru, keadaan agak sesak kerana kebanyakan orang Thailand yang bekerja di Malaysia mahu pulang ke kampung halaman manakala orang Malaysia pula ingin bercuti dan merasai kemeriahan pesta tersebut. Menjelang petang, kira-kira 53 orang penunggang BMW termasuk dua orang penunggang wanita yang memacu BMW GSA akhirnya selamat masuk di sempadan Bukit Kayu Hitam.

Pada 14 April, konvoi bergerak dari Thung Soon menuju ke Phuket dan konvoi menjadi lebih besar setibanya di sempadan daerah Phuket kerana disambut oleh kelab BMW di Thailand. Selepas tiba di Pantai Patong, para penunggang berpecah seketika dengan urusan masing-masing. Tepat jam 7.30 malam, BMWMCM tidak melepaskan peluang untuk menyertai majlis makan malam Phuket Bike Week ke-23 yang diadakan di Gracelande Resort & Spa Patong Beach.

Memandangkan tiada sebarang aktiviti rasmi yang dijadualkan pada hari berikutnya, masing-masing sibuk mengaturkan program sendiri. Ada yang menikmati keindahan pantai di sana, ada pula yang merehatkan badan dengan bersantai, ada yang mencari tempat makanan sedap dan ada juga yang tidak melepas peluang untuk melihat keunikan dan keindahan matahari terbenam di Tanjung Leam Prom Thep.

Sedikit perkongsian mengenai dua orang rider wanita dalam BMWMCM kali ini. Mereka ialah Elissa dan Jun Sharail yang kedua-duanya menunggang BMW R 1200 GSA LC. Jun Sharail merupakan seorang pencinta dunia lasak bermotosikal. Seringkali 'bermain' offroad bersama rakan-rakan motornya yang lain. Elissa dan Jun Sharail merupakan ahli perniagaan yang cukup berjaya yang kini benar-benar menyintai dunia pengembaraan motosikal.

Buat En. Hong Chin Seang pula yang berumur 40 tahun, ini merupakan konvoi pertama dalam hidupnya menunggang ke Thailand. Ketika ingin mencari jentera yang sesuai untuk dirinya, Hong mahukan sebuah jentera yang mudah untuk dikendali dan yang mempunyai kotak untuk membawa banyak barang. Setelah melihat beberapa model, Hong memilih untuk menunggang R 1200GS kerana mempunyai pengendalian yang baik serta sistem brek enjin yang efisien.

16 April... para penunggang bersiap awal untuk bergerak pulang ke tanahair melalui Aonang. Para penunggang sempat singgah ke Krabi untuk berehat dan melihat keindahan pantai di sini. Makan malam ala steamboat di daerah Songkla, Hatyai cukup menarik dan lazat sekali. Tiupan angin sejuk dari arah laut dan kemeriahan di pantai tersebut cukup menenangkan. Keesokan harinya, sebelum memecut ke destinasi masing-masing, konvoi masuk ke daerah Padang Besar untuk menikmati juadah yang cukup lazat di Restoran Tok Mek, Beseri, Kangar. RR

- NZ York

Isu Pada

Ogos 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.