Isu Terkini

Februari 2024

Bintang / 3 November 2022

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Watak Doraemon sememangnya sudah tidak asing bagi peminat dunia animasi di seluruh dunia. Watak ini dicipta oleh Fujiko F. Fujio untuk siri keluaran majalah manga terbitan Shogakukan pada tahun 1970 hingga 1996. Siri ini berkisahkan seekor kucing robotik yang mengembara ke masa lalu dari abad ke-22 untuk membantu seorang budak lelaki bernama

Nobita Nobi. Siri tv untuk watak ini telah disiarkan buat pertama kali pada 1 April 1973 dan merupakan antara siri kartun popular hingga ke hari ini.

Begitulah juga dengan minat Bintang Bulan Ini, Mr. Law Kean Lok atau lebih popular dengan panggilan Movelok. Mr. Law dan isterinya juga peminat siri Doraemon dan telah mengubahsuai Yamaha Nmax miliknya menjadi sebuah skuter yang berkonsepkan watak Doraemon. Memang cukup unik sekali.

Mr. Law berusia 48 tahun dan sememangnya minat dengan dunia motosikal dan basikal sejak dari dahulu lagi. “Saya minat dengan dunia motosikal kerana dapat bertemu dan berkenalan dengan ramai kawan tanpa sempadan bangsa serta agama.”

Motosikal pertama miliknya ialah sebuah skuter Suzuki V100 dan sehingga kini, dia telah pun memiliki pelbagai jenis model seperti Yamaha RXZ, Suzuki RG Sport, Honda Wave, Benelli TnT135, Skyteam Bongo, Triumph Tiger 660 dan Yamaha Nmax.

“Motosikal Yamaha Nmax kegunaan saya ini dibeli pada tahun 2018 yang lalu dan timbul minat untuk mengubahsuai kerana saya dari dulu memiliki keinginan untuk lakukannya cuma tidak berkesempatan.”

Untuk menyiapkan skuter Nmax ini, Mr. Law mengambil masa sekitar satu hingga dua tahun untuk menyiapkannya. Ini kerana ketelitian untuk dapatkan aksesori kadangkalanya mengambil lebih masa memandangnya ada di antaranya terpaksa dibeli dari Thailand. Walaupun begitu, pada tahun 2019, Nmax menerima pengiktirafan apabila meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Motosikal Cantik yang diadakan sempena Karnival Gen Blu yang diadakan di MAEPS, Serdang.

Sedikit demi sedikit aksesori ditambah. Daripada luaran, Mr. Law menambah kekuatan pada enjin dan prestasi keseluruhan skuternya itu. Hampir seluruh pengubahsuaian telah dilakukannya sendiri dan dari situ, Mr Law dapat belajar dengan lebih mendalam mengenai sesebuah motosikal.

Bahagian luaran bukan sahaja dicantikkan dengan watak-watak Doreamon yang disemadikan pada keseluruhan cover set tetapi juga dengan aksesori kecil-kecil seperti patung, kotak lutsinar, cermin pengadang udara menarik, tempat pemegang pembonceng titanium, sistem ekzos Arrow, brek-brek cakera yang lebih efisyen dan banyak lagi. Nmax istimewa ini juga dilengkapkan dengan sistem audio dengan USB yang memang cukup jelas didengar.

Pelana Nmax milik Mr. Law juga didapatkan dari Thailand termasuklah tempat pemegang untuk pembonceng itu. Mr. Law juga menukar tangki asal kepada tangki baru bersaiz 9 liter – sesuai untuk perjalanan jauh. Bar hendal juga telah ditukar kepada jenis karbon dan ini adalah untuk tujuan pengendalian yang lebih mantap!

Bagi mempertingkatkan prestasi skuternya, Mr. Law menggunakan 'block' jenis ceramic dengan saiz omboh 63mm – Nmaxnya kini bersesaran 183cc. Enjin ini juga menggunakan ECU – UMA M5 yang dipadankan UMA Fuel Injection, UMA AFR (Air Fuel Ratio) dan UMA Plug Coil. Pergerakan lebih lancar, dan pecutan lebih mantap apabila skuter ini telah dipasang dengan UMA CVT Pulley Kit, klac perlumbaan Reveno 2.0, pelindung penapis udara jenis 'clear' dan pelindung enjin aloi Semspeed.

Antara pengubahsuaian lain yang dilakukan oleh Mr Law ialah penggunaan tempat pemijak khas boleh laras, hos brek rekaan semula, sistem brek yang cemerlang, rim depan/belakang lebih sporty, penyerap hentak YSS, penapis udara BMC, fork hadapan USD jenama Kozi dan banyak lagi.

Tidak dinafikan, Yamaha Nmax milik Mr. Law nampak comel tetapi memiliki spesifikasi enjin yang cukup garang. Kos keseluruhan untuk pengubahsuaian ini mencecah RM20,000 dan menurut Mr. Law, jika ada yang berkenan... boleh hubunginya untuk info lebih lanjut.

Ke mana sahaja skuter ini dibawa, ia mesti menambat hati hampir setiap orang tanpa mengira tua atau muda, lelaki mahu pun wanita. Tarikan Doraemon memang di luar jangkaan dan kami juga puas membelek hampir di setiap bahagian. Memang cantik sekali!

Menurut Mr. Law, Nmaxnya kini hanya digunakan untuk tujuan pameran dan sesi gambaran. “Hampir setiap kali berhenti, termasuklah di lampu isyarat, Nmax Doraemon ini pasti memikat hati sesiapa sahaja yang berdekatan dengannya. RR

Isu Pada

Julai 2022

Popular

  • Warta Roda

    Yamaha RXZ Diseludup Masuk dari Thailand?

  • Model Baru

    Harley-Davidson Road Glide & Street Glide 2024 Di Pasaran Negara. Harga dari RM190,900.

  • Model Baru

    Royal Enfield Lancarkan Model Baru Bullet 350. Harga asas dari RM23,500

  • Warta Roda

    Tiga Warna Baru Yamaha Y15ZR

  • Warta Roda

    Yamaha Tenere Off-Road Experience - Beri Pendedahan & Latihan Laluan Lasak

Artikel berkaitan

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Motor Y15ZR Tayar Besar Ala SBK

Kapcai Dua Beradik Dari Kuala Kangsar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Harley-Davidson Road Glide & Street Glide 2024 Di Pasaran Negara. Harga dari RM190,900.

Harley-Davidson Malaysia telah melancarkan dua model terbaru iaitu Road Glide & Street Glide dan turut menampilkan model eksklusif CVO Road Glide ST Edisi Ulang Tahun.

Warta Roda

Empat Produk Honda Menang Anugerah 'THE RED DOT DESIGN AWARD'

Honda telah mengumumkan empat produk mereka iaitu EM1 e: Moped Elektrik, Motocompacto: skuter elektrik kompak boleh lipat, BF350: enjin bot dan Miimo: Mesin rumput robotik telah menerima anugerah Red Dot Design tahun ini dalam kategori 'Product Design'.

Dari Litar

Lagenda MotoGP, Dani Pedrosa Bakal Beraksi Di GP Sepanyol!

Bagi peminat 'The Little Samurai' atau Dani Pedrosa, tahun ini kita akan melihat aksinya dalam perlumbaan MotoGP sebenar dalam Pusingan 4, GP Sepanyol yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Jerez penghujung bulan ini.

Warta Roda

Motosikal Bertembung Kenderaan Polis, Penunggang Remaja Maut

Seorang remaja meninggal dunia selepas 'bertarung nyawa' di Hospital Melaka (HM) akibat parah selepas terbabit kemalangan dengan kenderaan polis di Jalan Gangsa Kesang, Durian Tunggal.