Isu Terkini

Oktober 2024

Bintang / 1 Mei 2022

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

"Saya minat dengan dunia motosikal disebabkan terpengaruh dengan ayat-ayat Four Wheels Move The Body, Two Wheels Move The Soul…” dan semenjak dari saat itulah pencinta dua roda ini mencuba untuk mendapatkan 'Feel' tersebut dengan menunggang motosikal untuk melihat alam serta menikmati ketenangan di jalan-jalan yang sunyi…. Ternyata apa yang dimaksudnya dengan ayat itu adalah benar.

Itulah kisah bagaimana bermulanya minat Bintang Bulan Ini iaitu saudara Muhammad Haizal Razali yang juga popular dengan panggilan 'Jan The Rock'. Berasal dari Sungai Petani, Kedah tetapi kini menetap di Bertam, Pulau Pinang.

Haizal berusia 38 tahun, telah berumah tangga dengan kurniaan dua orang cahaya mata. Haizal bertugas sebagai Pegawai Pelancongan Tourism Malaysia dan merupakan presiden untuk Bro's Moto Crew. Bro's Moto Crew mengumpulkan para peminat dua roda yang juga pencinta alam semulajadi. Aktiviti kegemaran 'group' ini ialah Ride to Nature – Moto Camping Bushcraft.

Jika tidak bermotor, Haizal meluangkan masanya dengan berbasikal, membuat suntingan atau editing video, memasak dan berniaga. Makanan kegemarannya KFC dan Grilled Salmon – memang sedap tu!

Sebagai 'kaki camping', Haizal telah pun bermotor ke beberapa tapak perkhemahan terkenal seperti Hujan-Hujan Campsite di Perlis, Green Stone Camp, Perak, Lata Tebing Tinggi, Perak, Hutan Kopi di Baling, Kedah dan beberapa lokasi lain di Gopeng, Perak.

“Minat Motosikal Custom dan Moto Camping pula datang ilham dari USA dan salah satunya adalah kumpulan 'LNSPLTBLVD'.”

"Saya menunggang motosikal sudah lama. Motosikal pertama yang ditunggang ialah Honda C70 milik ayah manakala motor pertama milik saya pula ialah Yamaha SSTwo. Syukur pada yang Esa, saya kini sudah ada 4 buah motosikal: Modenas Jaguh 175 'Custom Within Rules, Not Rigid' , Keeway K Lite 202 Bobber, Demak DJ90 dan Scomadi TL 125.

Jika dilihat dari koleksinya kini, sememangnya Haizal meminati dengan motosikal berbentuk retro. Menurut Haizal, motosikal berbentuk Retro atau klasik nampak lebih unik dan 'rare' di atas jalan raya. Makin susah nak dapatkan alat ganti atau aksesori maknanya makin mencabar.

“Apabila susah nak dapatkan alat ganti, ini bererti pemilik perlu mengubahsuai atau kustom untuk sesuatu bahagian yang diperlukan itu. Bentuk Klasik dan Retro memiliki 'jiwa', asli dan nostalgia di mata saya.”

Pengubahsuaian:

Modenas Jaguh milik Haizal ini dibeli pada tahun 2016 dan untuk menyiapkannya seperti sekarang, segala proses memakan masa selama dua tahun. Ini adalah kerana Haizal harus memahami konsep dan kesesuaian motosikal untuk disatukan dengan aktiviti 'Ride to Nature' Moto Camping.

Pancang Hitam di belakang adalah digunakan untuk menyangkut dan juga sebagai ikatan kepada khemah, travel beg serta peralatan memasak – bijak! Proses pemotongan 'custom works' dilakukan oleh Haizal sendiri dan ada juga yang dihantar ke kedai.

Pengubahsuaian pertama adalah di bahagian bar hendal kerana ia bukan bar hendal asal – termasuklah dari segi ketinggiannya. Oleh itu, Haizal dapatkan terlebih dahulu handle riser dan kemudian barulah memasang bar hendal barunya yang mirip dengan jentera scrambler.

Pengubahsuaian paling susah, pada bahagian sissy bar yang perlu diukur dengan betul dan sesuai dengan saiz motor. Sissy bar itu pula akan disambungkan pada pemegang saddle box.
Pada proses awal, besi yang disambungkan itu patah kerana tak cukup kuat. Ini terjadi apabila Haizal meletak barang-barang dalam kotak sisi dan sewaktu mengikat khemah. Untuk atasi masalah ini, Haizal telah menggunakan besi yang lebih tebal dan berat.

Antara bahagian-bahagian yang ditukar dan diubahsuai adalah Fairing, Slider, cermin sisi, bar hendal 'Tracker Style', pendikit, lampu depan/belakang, pemegang box dan beg sisi (saddle bag).

“Saya dapatkan aksesori dan alat ganti di beberapa buah kedai di sekitar Pulau Pinang serta dari Shopee. Manakala cat merah beserta 'Metal Flakes' dari CS Motion Art Pulau Pinang. Kemasan terakhir dibuat di DSN Stickers. Kos untuk pengubahsuaian ini mencecah RM3,550 dan saya benar-benar berpuas hati. Saya akan terus menyimpan motosikal kesayangan ini, tidak ada lagi niat untuk dilepaskan.”

“Kalau nak berkongsikan pengalaman manis, antaranya ialah apabila orang berhenti sebelah, selalunya mereka akan memuji “pandai buat motor bang! Lawa dan ada juga yang bergambar dengan Jaguh ini. Selain itu, kenangan indah buat saya ialah ketika berjaya menganjurkan satu acara permotoran 'moto camping' ke Perlis yang melibatkan para pencinta alam/motosikal yang mencecah lebih daripada 40 buah motosikal yang berlainan jenis. Tagline pada masa itu juga menarik, ‘Kita, Sahabat 2 Roda.’”

Sebagai penunggang motosikal, Haizal juga pernah terlibat dengan insiden yang menyebabkan tangannya patah.

“Peristiwa itu berlaku ketika saya melalui jalan di sebelah Juru/Jawi di Pulau Pinang. Masa itu dah malam dan saya pula memang akan 'solo ride' pergi balik dari Ipoh ke Pulau Pinang di setiap hujung minggu. Kebetulan saya melalui sebuah jalan yang sangat gelap berhadapan dengan masjid. Di hujung jalan itu pula ditutup dengan penghadang besi berwarna hitam dan sedikit putih. Memang tak jelas langsung di waktu malam.”

“Kebetulan, malam itu pula lampu motor saya tidak begitu terang kerana masalah bateri dan rectifier (aliran elektrik tidak cantik). Masa dah nak sampai ke penghujung jalan, baru saya nampak penghadang jalan tersebut. Saya pun buat brek kecemasan dan terus melompat ke sebelah kiri motosikal untuk elakkan diri dengan penghadang besi. Hasil lompatan dan terhempas di sebelah kiri itulah menyebabkan tangan saya patah tapi sekiranya saya tidak lompat dari motosikal itu, nyawa saya mungkin melayang kerana akan terus menghentam penghadang besi tersebut.”

“Dikhabarkan ramai penunggang motosikal telah mengadu hal ini kepada pihak berwajib dan selepas insiden saya itu, barulah pihak berkuasa tempatan akhirnya membuang penghadang besi besar itu.” RR

Isu Pada

Mei 2022

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Yamaha 135LC Custom Moped

Motor Y15ZR Tayar Besar Ala SBK

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

WMOTO Griffin 205 kini mula memasuki rangkaian pusat pengedar sah MForce di seluruh negara sersempena pembukaan rasmi Mforce Smart Shop kedua di negeri Perak.

Warta Roda

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Selama 15 tahun, festival ini berkembang daripada sebuah perhimpunan kecil komuniti kustom kepada acara gaya hidup yang menjadi tumpuan peminat automotif bukan sahaja di Malaysia, malah dari seluruh Asia.

Dari Litar

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Ramli terus mengutip mata berharga dalam saingan Moto3 apabila menamatkan GP Jerman di Litar Sachsenring di kedudukan ke-12

Dari Litar

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Yamaha Motor Co., Ltd. jadi pembekal tunggal motosikal bagi Kejuaraan Dunia FIM Moto3 bermula musim 2028 hingga 2033.