☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Bintang / 21 April 2023

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Honda Fame mula masuki pasaran negara pada awal tahun 1980an dan merupakan antara model yang masih diminati oleh pencinta dua roda hingga ke hari ini. Kita boleh lihat di media sosial seperti Tik Tok, facebook dan instagram berapa ramai yang menyukai model ini.

Ya... Bintang Bulan Ini, Sdr Mohd Jamil bin Muhd Tahir juga merupakan salah seorang penunggang motosikal yang cukup minat dengan Honda Fame. “Saya memang minat dengan Honda Fame kerana model ini sangat jarang nampak di jalanraya, jadi memang bagaikan spesis yang sangat rare! Alasan kedua ialah kerana model ini memang cukup selesa untuk perjalanan jauh.”

Jamil berasal dari Temerloh, Pahang dan menetap juga di sana. Berumur 36 tahun, seorang duda dengan dua orang cahaya mata. Jamil bekerja dalam bidang pertukangan di Sime Darby, Kerdau dengan membuat kerja-kerja kayu. Selain motosikal, hobi Jamil adalah yang berkaitan seni pertukangan kayu seperti rak bunga, kerusi, rak kasut, tempat penyidai dan lain-lain.

“Saya minat untuk menunggang dan memiliki motosikal kerana ia merupakan kenderaan paling praktikal. Dengan bermotosikal, kita dapat pergi ke mana sahaja tanpa perlu bimbang dengan kesesakan jalan raya. Motosikal memang menjimatkan masa dan tenaga. Nak parkir pun tak perlu pening kepala.”

Betul cakap Jamil, kalau naik kereta, bab mencari parking memang selalunya menguji kesabaran kita sebagai pemandu.

“Saya menunggang motosikal pada usia 10 tahun dengan menaiki sebuah Yamaha Y80 milik ayah. Bila dah mampu untuk miliki sendiri, memang bestlah. Antara motosikal yang pernah dan masih saya miliki ialah Modenas Kriss, Honda EX5, Honda C70, Honda Wave Alpha dan semestinya Honda Fame yang tetap di hati.”

Menurut perkongsian dari Jamil, saat paling gembira dalam hidupnya ialah apabila mendapat peluang bekerja sebaik sahaja tamat persekolahan di Kuala Pilah. Itu kenangan manis, kenangan pahit dalam hidupnya adalah ketika terjatuh dari motor dan hampir-hampir dilanggar dengan kereta yang datang dari arus bertentangan.

Ketika itu Jamil yang bertugas di Hospital Temerloh dalam perjalanan pulang dari kerja. Jam lebih kurang 11.00 malam dan disebabkan keletihan, dia terlelap. Segalanya sudah terlambat, motor tunggangannya hilang kawalan dan terus terbabas. Akibat dari kemalangan itu, bahu kiri Jamil patah tetapi syukurlah dia kini telah sihat sepenuhnya.

Pengubahsuaian:

Honda Fame adalah motosikal idaman Jamil. Dia berjaya membelinya beberapa tahun yang lalu dan telah diubahsuai mengikut citarasanya sendiri. Proses yang memakan masa sekitar tiga bulan ini merangkumi pelbagai sudut. Pengubahsuaian paling awal dilakukan ialah dengan menukar 'cover set' asal yang sudah pecah. Selepas keseluruhannya kembali cantik, Jamil membuat keputusan untuk mengecat Honda Fame miliknya kepada warna Candy Red yang lebih menyerlah.

Jamil turut melakukan sedikit pengubahsuaian pada bahagian enjin termasuk menggunakan karburetor TS125 untuk hantaran kuasa yang lebih padu. Sesetengah komponen dan parts pengubahsuaian terpaksa didapatkan dari Indonesia khususnya dari model Astrea 800 yang sudah tentu memerlukan kos yang agak tinggi. Selepas dikira, Jamil telah berbelanja sebanyak RM6,000 untuk tujuan pembaikkan semula.

Perubahan yang dilakukan menjadikan Honda Fame Jamil kini lebih cantik. Ramai yang memujinya. Dengan motosikalnya itu, dia telah bermotosikal ke pelbagai destinasi seperti Genting Highlands, Johor, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Ada hajat nak jual? Kami tanyakan hal ini padanya.

“Impian saya selama ini adalah untuk memiliki sebuah Honda Fame, ya itulah motosikal idaman saya. Bila dapat, dah buat ubahsuai maka tak ada niat lagi untuk menjualnya. RR

Isu Pada

Februari 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Motor Y15ZR Tayar Besar Ala SBK

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.