Isu Terkini

Oktober 2024

Bintang / 31 Disember 2021

Motor Y15ZR Tayar Besar Ala SBK

Bintang untuk bulan ini memang cukup mengagumkan dan kali ini bukan seorang tetapi dua orang pencinta motosikal yang mempunyai kreativiti cukup tinggi sehingga mampu mengubah sebuah jentera moped menjadi 'supermoped' yang mewah, ala jentera SBK dan berspesifikasi moden.

Sdr. Jamaludin
Sdr. Jamaludin

Bintang kita ialah Jamaludin bin Salim dan Mohamed Lutfi bin Shafai. Kedua-duanya dari kelab Abah Derhaka Motorsports. Kita mulakan dulu dengan jentera milik Sdr. Jamaludin atau lebih popular dengan panggilan Abang Jamal (MTB 68), dari Bangi. Berumur 52 tahun dan memiliki hobi bermain badminton, memancing ikan dan pastinya menunggang motosikal. Mula menunggang motosikal ketika berusia 21 tahun dengan menunggang jentera Honda CG milik bapa saudaranya.

“Saya memang minat dengan dunia dua roda kerana ia boleh membawa saya melihat keindahan alam khususnya di tanahair sendiri, Malaysia. Motor pertama milik saya ialah Yamaha RXS dan kemudiannya diikuti dengan beberapa model lain seperti Suzuki RC, Yamaha Lagenda dan yang terkini ialah Yamaha Y15ZR.”

“Saya memang cukup suka untuk kembara dan sudah pun bermotosikal ke hampir ke seluruh negara dan antara pengalaman manis ialah ketika menyertai acara 'Deruman Kembara' bersama idola saya iaitu Sdr. Rudy dari Geng Tayar Besar GTB pada tahun 2019 lalu. Saya juga pernah terlibat dalam kemalangan akibat keletihan dan lapar selepas tol SKVE menghala arah Serdang. Nasib baiklah tidak serius,” cerita Abang Jamal.

Timbulnya idea untuk mengubahsuai jentera ialah untuk menjadikan motosikalnya lebih mantap, sporty dan lain daripada yang lain. “Pengubahsuaian bermula dengan membuat penukaran pada bahagian rim dan lengan ayun. Bahagian fork hadapan ditukar baru (dari Roy Garage) dan ditala oleh RZ Metal. Untuk lebih mantap, Abang Jamal juga menukar sistem brek serba baru. Y15ZR 'baru' ini bukan sahaja lebih cantik tetapi juga memberikan tunggangan yang mantap!

“Bahagian fork dan 'T' Clamp antara pengubahsuaian paling sukar yang perlu dibuat sebanyak tiga kali dan kosnya menelan belanja RM3,000. Untuk tampak padu, bahagian lengan ayun telah dikemaskan dengan penutup gentian karbon. Kos untuk penukaran bahagian ini sahaja telah menelan belanja sehingga RM3,000. Sebagai tanda sokongan kepada pasukan negara, saya memilih untuk mengenakan warna Petronas pada jentera saya,” kata Abang Jamal.

Sdr. Lufti
Sdr. Lufti

Itu kisah Abang Jamal, bagi Lufti pula..... keinginannya untuk membuat pengubahsuaian berkonsepkan jentera Superbike BMW HP4 dan Yamaha R1 kerana ia memiliki skima warna yang menarik dan mantap. Apabila warna-warna ini dipadankan pada motosikalnya, perubahan memang sangat ketara.

“Proses pengubahsuaian dilakukan di SPD Racing yang beroperasi di Pulau Pinang. Barang gantian dan komponen untuk pengubahsuaian ini diambil daripada jentera Yamaha R1. Antara bahagian yang paling susah untuk didapati ialah lengan ayun (monoshock model Nitron) dan fork hadapan. Selain itu, Lutfi juga menggantikan rim asal kepada rim R1 dan angkup brek juga dari model R1.

Lutfi telah menggantikan suis kiri dan kanan asal kepada suis jenis Domino dan bahagian ini dikemaskan lagi dengan penggunaan pendikit jenis Ariate. Bahagian hendal ini juga dipadankan dengan penggunaan balancer berjenama Brembo. Panel meter asal juga diganti dengan meter King Drag Lativo.

Yang menariknya, Yamaha Y15ZR miliknya juga menggunakan sistem kunci pintar (smart keyless) yang berjenama Xmax. “Saya juga menukar pelana asal kepada jenis kustom dari SPD Penang dan turut menukar tempat pemijak asal kepada unit yang dipasang pada Kawasaki Z1000. Saya juga menggunakan Dry Clutch jenis Tonkka 55 yang memberikan bunyi yang lebih nyaring.

Y15ZR ‘baru’’ milik Lutfi turut dipasangkan dengan skru jenis titanium pada keseluruhan jenteranya. Skru ini memang original titanium dan dibeli dari Vietnam pada harga RM2,000.

Proses pengubahsuaian memang sangat menarik walaupun mencabar. Bagi jentera Lutfi mengambil masa sekitar dua bulan untuk disiapkan manakala Y15ZR Sdr Jamal pula lebih lama iaitu hampir dua tahun. Kos untuk pengubahsuaian ini memang cukup tinggi sekali. Kedua-dua Y15ZR milik Sdr Jamal dan Sdr Lufti menelan belanja RM25,000 untuk disiapkan.

Hasilnya? Memang sangat mantap dan eksklusif! Menurut kedua-dua bintang RR bulan ini, jentera mereka memang cukup unik dan buat masa ini belum ada cadangan untuk dijual.

Menurut Abang Jamal, motosikal idamannya ialah Yamaha Y16ZR spec tayar besar dengan fully modified manakala bagi Lutfi, idamannya ialah untuk memilki sebuah Yamaha R1. Mantap!!! RR

Isu Pada

Oktober 2021

Popular

  • Warta Roda

    Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

  • Model Baru

    Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

  • Model Baru

    ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

  • Dari Litar

    Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

  • Warta Roda

    Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

Perlumbaan MotoGP pusingan kelima yang berlangsung di Litar Jerez sememangnya penuh dengan drama. Kita bermula dengan prestasi luar biasa yang dipamerkan oleh Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) yang akhirnya berjaya meraih petak paling hadapan.

Model Baru

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM TTLBT 508 bakal menemui para peminat skuter 'Sport Touring' pada hujung 2025 atau awal 2026.

Pandu Uji

MODA Sporter-S 250: Sesuai Untuk Kegunaan Bandar

Selepas diperkenalkan pada awal bulan Januari lalu, ketibaan model ini di pasaran negara memang agak 'panas'. Macam-macam riaksi yang diterima memandangkan ia adalah jenama terbaru yang diperkenalkan oleh Mdua Motor Sdn. Bhd., anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI).

Dari Litar

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Saingan PETRONAS Cub Prix 2025 telah pun dilancarkan di LYL International Karting Circuit semalam.