Isu Terkini

Februari 2024

Bintang / 20 Disember 2023

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Gundam merupakan satu siri anime yang menampilkan robot gergasi atau 'mecha' yang dipanggil 'mobile suit', dan direka oleh Sunrise.

Metasiri ini mula disiarkan pada 7 April 1979 dan menjadi satu fenomena buat para peminat siri anime peperangan robot di seluruh dunia hingga ke hari ini.

Peminat atau 'fan' siri Gundam ini memang sangat ramai. Kita boleh lihat dengan jelas 'bagaimana' watak Gundam ini begitu disukai menerusi koleksi patung robot, pakaian, kasut, poster, topi keledar, 'housing' CPU, permainan video dan banyak lagi. Ya... kali ini RR ingin perkenalkan peminat Gundam dari Dungun iaitu Sdr Ahmad Sholihin bin Dollah yang telah mengubahsuai jentera miliknya, Kawasaki H2 dengan rekacorak 'Gundam' yang cukup mengagumkan.

Solihin atau lebih popular dengan panggilan Lee @ Poklee Dungun Terengganu bertugas sebagai Satellite Supervisor di Pelantar Minyak. Selain menunggang motosikal, Poklee juga merupakan kaki joran dan aktiviti 'outdoor'.

“Saya mula menunggang motosikal ketika berusia 16 tahun dan minat pada kenderaan ini adalah kerana ia memudahkan pergerakan kita untuk ke pelbagai destinasi. Tak risau pun dengan kesesakan.”

“Saya mula belajar naik motor kapcai milik arwah atok jenis Suzuki dan motosikal pertama milik saya juga adalah dari model Suzuki iaitu Panther TXR150. Sejak dulu sampailah hari ini, saya pernah memiliki sembilan buah motosikal seperti Suzuki TXR150, Yamaha RXZ135, Kawasaki KLX150, Kawasaki ZX636R - Semua dah dijual kecuali Yamaha EGO S, Kawasaki KSR110, Yamaha Y15ZR, Yamaha RXZ135 dan Kawasaki Ninja H2.”

H2 dibelinya pada tahun 2017 selepas 'trade in' Kawasaki ZX636R. H2 menarik minat Poklee kerana beberapa sebab utama yang cukup penting. Antaranya ialah rekabentuk unik dan garang, prestasi mantap enjin supercharge, kemodenan sistem transmisi jenis 'dog ring' dan paling penting ialah daya tahan jentera ini.

“Teknologi planetary gear dari Kawasaki Aerospace Company biasanya terdapat dalam industri kapal terbang dan kini digunakan untuk pergerakan supercharge impeller pada H2 yang benar-benar membuktikan kecemerlangan tahap kejuruteraan Kawasaki dalam pembikinan motosikal.”

Pengubahsuaian:

Timbulnya idea untuk rekacorak ini adalah ketika Poklee menjalani proses kuarantin (fasa PKP dulu) sebelum menjalankan tugas di perairan. “Proses kuarantin yang selama 14 hari itu memang cukup membosankan. Untuk tidak membuang masa, saya membeli dan memasang model-model motosikal berskala kecil jenis Tamiya termasuklah robot Gundam.”

“Bila tengok muka Gundam, memang hampir sama dengan Kawasaki H2 dan dari situlah datangnya idea untuk merekacipta H2 saya menjadi seperti robot terkenal itu. Setakat ini, saya sudah memiliki tiga patung Gundam sebagai koleksi. ”

Proses kustom 'airbrush' untuk keseluruhan H2 disiapkan oleh Zameer Penbrush, beroperasi di Terengganu yang mengambil masa lebih kurang sebulan untuk disiapkan. Kos untuk kemasan warna baru 'Gundam' ini mencecah RM3,000.

Antara pembaharuan dan penukaran lain yang dilakukan pada H2 'Gundam' ini ialah palam pencucuh, air filter lebih baik, Woolich Tuning ECU, Dyno dan peningkatan kepada ciri-ciri model H2R di OK SBK, Johor Bahru. Alat ganti untuk jentera Poklee selalunya didapatkan di SC Premium Bike atau pesanan menerusi talian dan laman sosial FB.

Untuk disesuaikan dengan H2 Gundam barunya, Poklee telah mendapatkan sebuah topi keledar kustom dari fiezan Cosplay pada harga RM500 dan ianya hanya digunakan pada majlis-majlis istimewa – bukan di jalan raya.

“Dengan Kawasaki H2, saya sudah memerah tenaganya sehingga ke Thailand. Memang tidak cukup masa disebabkan kekangan kerja dan perkongsian masa bersama keluarga. Saya kerja dua minggu di 'offshore', sudah tentu jauh dari keluarga. Jadi, bila balik tu... saya akan luangkan banyak masa bersama mereka. Kalau ada masa terluang di hujung minggu, saya sempat ride atau aktiviti memancing bersama kawan-kawan.

Pengalaman manis buat Poklee adalah ketika menyertai perlumbaan 'Drag Superbike' yang diadakan di Dataran Merdeka' anjuran SBS pada tahun 2016. Lebih membanggakan apabila telah menjadi juara dalam kategori 800cc. “Bila menang tu, saya jadi lebih bersemangat untuk terus menyertai perlumbaan drag' yang lain dengan menunggang Kawasaki ZX6 dan kini H2.”

“Saya pernah terlibat dalam kemalangan di Danga Bay, Johor Bahru suatu ketika dulu. Masa tu saya masih menunggang Kawasaki ZX6. Ada sebuah kereta yang menukar laluan tanpa memberi isyarat. Tindakan pemandu ini memang langsung tidak dijangka dan menyebabkan saya terus merempuh kereta itu. Saya terpelanting ke tengah jalan tetapi mujurlah tidak mengalami sebarang kecederaan serius cuma luka-luka di bahagian belakang, lengan dan lutut. Saya terpaksa dimasukkan ke hospital dan ditahan selama tiga hari.”

“Kalau bercerita mengenai motosikal idaman, ya... saya memang sukakan Kawasaki H2R tetapi yang ada sekarang pun dan syukur. Alhamdulillah.” RR

Popular

  • Warta Roda

    Yamaha RXZ Diseludup Masuk dari Thailand?

  • Model Baru

    Harley-Davidson Road Glide & Street Glide 2024 Di Pasaran Negara. Harga dari RM190,900.

  • Model Baru

    Royal Enfield Lancarkan Model Baru Bullet 350. Harga asas dari RM23,500

  • Warta Roda

    Tiga Warna Baru Yamaha Y15ZR

  • Warta Roda

    Yamaha Tenere Off-Road Experience - Beri Pendedahan & Latihan Laluan Lasak

Artikel berkaitan

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Motor Y15ZR Tayar Besar Ala SBK

Kapcai Dua Beradik Dari Kuala Kangsar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Harley-Davidson Road Glide & Street Glide 2024 Di Pasaran Negara. Harga dari RM190,900.

Harley-Davidson Malaysia telah melancarkan dua model terbaru iaitu Road Glide & Street Glide dan turut menampilkan model eksklusif CVO Road Glide ST Edisi Ulang Tahun.

Model Baru

Triumph Speed 400 & Scrambler 400 X Masuki Pasaran Negara

Triumph Motorcycles Malaysia telah melancarkan model Speed 400 dan Scrambler 400 X untuk pasaran negara.

Warta Roda

Tunggang Uji Ringkas Suzuki Avenis 125 dan Burgman Street 125 EX

Suzuki Malaysia telah mengadakan sesi tunggang uji bersama pihak media baru-baru ini dengan menampilkan dua buah skuter terbaru mereka iaitu Suzuki Avenis 125 dan Burgman Street 125 EX.

Warta Roda

GWM Bakal Perkenal Jentera Kembara 2000cc

Pengeluar kenderaan empat roda, Great Wall Motor (GWM) bakal melancarkan model kembara eksklusif yang hadir dengan enjin 2000cc, 8 silinder dan dikatakan memiliki susunan formasi seperti enjin Honda Gold Wing.