Isu Terkini

Februari 2024

Bintang / 26 September 2023

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Bila dah minat motor, ditambah pula dengan kreativiti yang sedia ada, sebuah motosikal biasa dapat diubahsuai menjadi sesuatu yang luar biasa. Itulah yang dilakukan oleh Bintang Bulan Ini, Muhammad Hanif bin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Hanif Torts.

Berumur 35 tahun pada tahun ni, sudah berumahtangga tetapi belum lagi dikurniakan cahaya mata. Hanif berasal dari Rawang, Selangor dan menetap di Rawang. Bercerita mengenai makanan kegemarannya, Hanif tidak cerewet janji jenis mee berkuah atau pun nasi berperisa.

“Mata pencarian utama saya adalah seorang Tuner di Dyno District Malaysia, dan juga Youtuber/Vlogger untuk saluran Youtube: Hanif Torts. Kalau dah masuk majalah motor ni, dah semestinya hobi berkaitan dengan motor kan. Hobi saya sebenarnya memang lebih ke arah motor lah, tak kira dari segi modifikasi luaran dan juga dalaman enjin. Tapi yang paling saya suka adalah kustom motor, sebab saya ni jenis tak boleh tahan kalau tengok motor tu nampak ‘stendet’ sangat ha..ha...”

Bintang kita ini mula menunggang motosikal sejak di usia muda, tanpa lesen. Apabila belajar di Universiti, barulah dia bersungguh-sungguh untuk dapatkan lesen yang sah. Motosikal dah memang jadi kenderaan rasmi buatnya untuk berulang alik ketika belajar di UiTM Lendu dulu. Motosikal memang satu keperluan penting buat Hanif.

“Motor pertama dinaiki, sudah semestinya motor lagenda Honda EX5. Motosikal itu kepunyaan pakcik saya dan kali pertama menunggang (umur 12 tahun) dah eksiden langgar tembok jambatan sebab baru-baru belajar!”

Itu kisah motosikal pertama yang dinaikinya, manakala motosikal pertama milik Hanif pula ialah Honda Ombak... atau Honda Wave 100. Menurut Hanif, itulah motor yang banyak berjasa masa zaman dia belajar dulu. Kini motor itu masih ada tetapi tersadai di rumah. Jika ada masa dan rezeki lebih, Hanif berhasrat untuk ‘restore’ balik.

“Kalau nak ikutkan, saya ni dulu lebih cenderung minat ke arah kereta, tapi sejak masuk Universiti, saya sedar bahawa diri saya bukan lah dari golongan bangsawan nak main hobi kereta kan, jadi sejak tu mulalah minat main motor ni, modified sana sini.”

Hanif memang seorang yang sukakan cabaran dan kalau dah memang kaki ‘ride overlander’, bila dapat cabar diri ride jauh-jauh memang menjadi pengalaman manis dalam dirinya. Antara kenangan indah buat Hanif ialah pernah ride sampai ke Phuket dengan menunggang Yamaha FZ150i.

“Kalau nak dikira betul-betul, motor pertama saya ialah Honda Wave 100 (masih disimpan hingga hari ini), Yamaha FZ150i (total lost eksiden hampir meragut nyawa dilanggar pemandu mabuk). Yamaha FZ150i dibeli semula sebab memang best motor ni, kemudian dijual, Yamaha Lagenda 115ZR (masih ada) dan Yamaha R25 yang sudah diubahsuai kepada model kustom ala XSR250 (masih digunakan).”

PENGUBAHSUAIAN:

Hanif nyatakan sebagai pencinta motosikal, dia sentiasa akan menghargai motor-motor lama disebabkan tanpa ada penciptaan motosikal lama, maka tidak wujudlah motosikal baru. Menurutnya lagi, kalau siapa yang pernah pakai motor-motor lama ni mesti mereka akan faham karaktornya yang lebih “pure” dari segi tunggangan dan prestasi enjin jentera itu sendiri.

“Pada mulanya saya ni peminat motosikal jenis “naked” sebab itu saya memilih untuk membeli FZ150i. Lama kemudian, saya ‘upgrade’ lah isipadu yang besar sikit iaitu 250cc. Model dari Yamaha yang ada di pasaran pada masa itu ialah YZF R25 dan saya pun membelinya.”

“Rasa nak ‘give up’ pun ada kerana Yamaha masa tu belum lagi keluarkan model naked untuk segmen 250cc. Bila pakai motor jenis sport dan berfairing, memang tak kena dengan jiwa saya. Jadi bermulalah projek untuk pengubahsuaian dari model sport kepada jentera naked.”

Hanif ‘bogelkan’ motor ini dan membeli set Yamaha MT25 V1 dari Indonesia. Set untuk V1 tak dikeluarkan ke pasaran Malaysia, pasaran kita terus masuk V2. Ubahsuai yang dilakukan dengan menyasarkan agar ia nampak macam model asli keluaran kilang. “Lampu hadapan model MT25 V1 nampak biasa sahaja jadi untuk lebih mantap, saya tukar ke lampu jenis bulat. Alat ganti dan aksesori untuk model MT25 V1 saya dapatkan dari Indonesia.”

“Bila dah tukar pakai lampu bulat, hati saya macam nak ubahsuai terus motor itu jadi jentera klasik. Memandangkan Yamaha pun tak keluarkan model XSR untuk segmen 250cc, saya nekad nak buat motor ni bagi jadi sebuah XSR.”

“Rujukan untuk kustomkan motor ni banyak diambil daripada model XSR700 dan XSR155. Pada mulanya saya cuba buat sendiri, projek ni hampir separuh jalan saya dah ‘give up’ disebabkan kekurangan masa. Oleh itu, saya hantar motor itu ke RaffKustom untuk siapkan projek ni. Tempoh masa untuk siapkan motosikal saya mengambil masa lebih daripada setahun.”

Berapa kos untuk pengubahsuaian ini? Hakikatnya, kalau dah nama motor custom, cantik dan jumlah masa yang diperuntukan maka jawapannya memang tidak ternilai. Tapi kalau dari segi nilai wang, Hanif dan ‘habiskan’ sekitar RM5,000 juga. Buat masa sekarang, Hanif belum ada niat untuk menjual motosikalnya lagi. “Kalau ada yang berani atau sudi membuat tawaran, boleh la hubungi saya. Dengan modal yang ada, boleh saya mulakan projek baru dengan motosikal lain pula.”

Sebelum proses pengubahsuaian dilakukan, Hanif sudah mengembara bersama motosikalnya itu hingga ke Betong dan Hatyai. “Motor baru ini mungkin boleh lajak ke utara Thailand pula,” gurau Hanif.

Apa pula motosikal idaman Hanif? “Kata orang, berangan itu percuma, jadi motosikal idaman saya buat masa ini adalah Triumph Scrambler 1200. Kalau tak mampu saya akan ubahsuai motor sekarang untuk berubah sepertinya.” RR

Isu Pada

Mac 2023

Popular

  • Warta Roda

    Aveta 'Ride & Camp' - Meraikan 20 Pemenang 'Time To Explore'

  • Warta Roda

    Yamaha RXZ Diseludup Masuk dari Thailand?

  • Model Baru

    Harley-Davidson Road Glide & Street Glide 2024 Di Pasaran Negara. Harga dari RM190,900.

  • Model Baru

    Royal Enfield Lancarkan Model Baru Bullet 350. Harga asas dari RM23,500

  • Warta Roda

    Tiga Warna Baru Yamaha Y15ZR

Artikel berkaitan

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Motor Y15ZR Tayar Besar Ala SBK

Kapcai Dua Beradik Dari Kuala Kangsar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Tiga Warna Baru Yamaha Y15ZR

Hong Leong Yamaha Motor menampilkan warna terbaru untuk model Y15ZR iaitu Cyan, Biru & Kelabi.

Model Baru

Lambretta Kembali Ke Pasaran Malaysia. Bakal lancarkan model X250 dan G350 tidak lama lagi...

Lambretta telah mengumumkan kehadirannya secara rasmi di Malaysia. Sebagai ikon yang menggabungkan keanggunan klasik Itali dengan tema moden-retro yang bergaya, rangkaian skuter Lambretta menawarkan stail yang berkekalan sepanjang zaman.

Warta Roda

Global: Kemalangan Maut Cecah 243 Mangsa Sepanjang Pesta Songkran

Jumlah kemalangan maut yang dicatatkan sepanjang berlangsungnya Pesta Air Sedunia Songkar minggu lalu mencecah 243 orang mangsa dan mencederakan 1,837 orang.

Warta Produk

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Arai Helmet mempersembahkan topi keledar edisi terhad RX-7V EVO Isle of Man TT 2024 yang ke-15.