☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Bintang / 10 Mac 2014

Modenas Titan Pulau Mutiara

Warna kekuningan menyebabkan motosikal ini terserlah jika ia ditunggang di tengah-tengah kota. Keunikan penciptaannya pula menjadikan ia bagaikan gula, menarik minat semut-semut untuk mendekatinya. Itulah motosikal Bintang Bulan Ini – milik Mohd Azhar atau ‘An’ sebuah Modenas Jaguh yang telah diubahsuai begitu cantik sekali.

An berasal dari Jelutong, Pulau Pinang dan bekerja di sebuah syarikat perbankan. Jika tidak bertugas, dia banyak menghabiskan masanya dengan membuat rekaan motosikal dan ke gimnasium untuk kekal sihat. Sejak dia dan rakan-rakan menubuhkan kelab (North Easy Riders Club -NERC), hampir seluruh semenanjung mereka sudah mengembara bersama. “Antara konvoi atau program motosikal terawal ialah anjuran pihak Modenas pada tahun 2000. Pada ketika itu, mesin-mesin Jaguh memang banyak dan Modenas telah mengadakan karnival Jaguh di seluruh negeri di semenanjung.”

“Kelab NERC sering memberi sokongan kuat pada program yang paling kami sukai seperti Karnival Jaguh Kebangsaan, Jom Jem Penang dan yang terbaru, Kuala Lumpur Bike Week 2013. Dengan adanya program seperti ini, saya dapat berinteraksi dan berkongsi-kongsi minat bersama rakan-rakan easyrider yang datangnya dari serata tempat. Itulah semangat setia kawan yang hanya ada di dalam pengguna motosikal sahaja.”

An juga pernah berkonvoi ke negara jiran seperti ke Danok, Hatyai dan Songkla di Thailand. “Mengembara dengan motosikal memang menyeronokkan tambahan pula dengan sahabat dan kawan baik. Kita dapat berkunjung ke destinasi baru, dapat kenalan baru dan paling penting ialah pengalaman yang kita timba di dalam setiap pengembaraan itu bakal menjadikan kita seorang penunggang yang berdisiplin dan cekap.

“Biasalah, di mana-mana pun kita berada pasti ada memori indah mahu pun pahit. Peristiwa yang paling sukar untuk saya lupa ialah ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. Sebaik sahaja lepas terowong Ipoh, motor saya meragam – tak dapat lagi dihidupkan. Macam-macam kami buat (An bersama dua lagi rakannya) tetapi semuanya hanya menemui jalan buntu.”

‘Bajak’ atau sampan daripada Yamaha RXZ
‘Bajak’ atau sampan daripada Yamaha RXZ

Akhirnya kami membuat keputusan untuk menolaknya ke kawasan R&R terhampir – lebih 10 km jauhnya. Nasib baik kawan-kawan rapat semuanya cekal membantu. Sampai sahaja di R&R, kami semua keletihan – tidur di situ sehinggalah bantuan tiba keesokan harinya. Walaupun masalah itu dapat diselesaikan tetapi apa yang penting ialah keselamatan kami sewaktu berada di atas lebuhraya pada malam itu. Syukurlah.


Pengubahsuaian:

Azhar mula menunggang motosikal ketika berusia 16 tahun dengan motosikal miliknya sendiri. Sepanjang bergelar ‘rider’, dia telah pun memiliki sebanyak tiga buah motosikal iaitu Yamaha RXZ, Yamaha TZM dan Modenas Jaguh. “Saya memang sukakan motosikal jenis ‘easyrider’ kerana ia jimat, cantik dan menyokong produk-produk keluaran tempatan.”

Proses pertama ialah menukar fork hadapan yang lebih cantik dan mampu menyerap hentak dengan cemerlang sekali. Selepas itu barulah menukar tangki dan bar hendal yang lebih mantap. Untuk dapatkan bar hendal itu, empat kali An cuba barulah berjaya. Monkey Bar ini bukan sahaja lebih cantik tetapi juga menawarkan keselesaan terutamanya untuk perjalanan jauh.

Untuk memantapkan bahagian hadapan, An telah memasang dua buah lampu utama sama saiz untuk suluhan biasa dan tinggi. Dengan penyambungan ini, ia kini bukan sahaja terang dan mudah dilihat di waktu malam tetapi juga menjadikan Jaguhnya tampak lebih anggun. Pelana asal juga tidak lagi digunakan sebaliknya An terpaksa menggantikannya dengan pelana Kawasaki Vulcan 500 – lebih selesa dan kemas.

Madgad hadapan menggunakan Yamaha Virago 250 manakala di belakang pula kini diganti aksesori dari model Yamaha Virago 535. Penutup enjin atau penutup belting dibeli di Thailand – memang cantik dan lebih berseri. ‘Bajak’ atau sampan pula diambil daripada Yamaha RXZ.

Motosikal ini tampak lebih cantik apabila An meletakkan besi-besi berkrom pada bahagian tangki, kotak barang, ‘bajak’ dan beberapa aksesori lain juga dengan kemasan krom. Satu lagi meter dipasang pada bahagian sisi tangki turut menambah seri Modenas ‘Titan’ milik An. Melihat motosikal ini di sebelah kanan, kita akan lebih tertarik dengan beberapa lagi bahagian yang berkilat seperti penutup brek cakera, sistem ekzos dua lapis, cermin sisi dan banyak lagi.

“Apabila hampir kesemua bahagian telah siap, barulah tiba masanya untuk mengecat motosikal ‘baru’ saya dengan warna menarik. Saya cuba beberapa warna dan akhirnya terpikat dengan warna kuning cerah yang cukup-cukup menyerlah. Memang satu pilihan yang bijak! Apabila 100% telah siap... saya lebih bersemangat untuk meneruskan pengembaraan bersama NERC. Selepas berbelanja lebih daripada RM10,000, saya lebih sayangkannya dan tidak terlintas langsung untuk menjualnya walaupun suatu hari nanti berkesempatan menunggang motosikal idaman iaitu Harley Davidson.”

Kepada rakan-rakan yang ingin berkenalan atau pun bertukar-tukar pandangan dengan Azhar, dia boleh dihubungi di alamat: No.7-2-27 Pinang Court, Lebuh Sungai Pinang, 11600 Jelutong, Pulau Pinang. RR

Isu Pada

Mac 2014

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).