☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Oktober 2020

Michael Ruben Rinaldi... Pencabar Terbaru

Wajah baru telah muncul sebagai juara kelas prima WSBK! Dia ialah Michael Ruben Rinaldi, pelumba berusia 25 tahun yang berasal dari Rimini, Itali. Musim ini adalah tahun keduanya dalam arena WSBK sebagai pelumba sepenuh masa. Pada perlumbaan pusingan kelima, Rinaldi telah mencuri tumpuan selepas mencatatkan masa antara yang terpantas di sesi latihan bebas dan kelayakan.

Michael Ruben Rinaldi -tengah- membuat kejutan dengan muncul juara Perlumbaan 1.
Michael Ruben Rinaldi -tengah- membuat kejutan dengan muncul juara Perlumbaan 1.

Dalam saingan akhir Perlumbaan 1, Rinaldi mula 'mengganas' sejak di awal saingan. Dia menggunakan kekuatan jenteranya terutama di laluan lurus untuk mengejar dan seterusnya memintas Jonathan Rea pada lap pembukaan. Selaku juara bertahan, Rea cuba untuk mengejar tetapi menghadapi kesukaran kerana Rinaldi jauh lebih pantas. Akhirnya Rea terpaksa berpuas hati di tempat kedua kerana sudah ketinggalan hampir 6 saat di belakang. Tempat ketiga dimenangi oleh Chaz Davies yang terpaksa berhempas pulas menewaskan dua lagi pelumba hebat iaitu Alvaro Bautista dan Michael Van Der Mark.

Davies -7- akhirnya berjaya menewaskan Razgatlioglu -54- dan Bautista dalam perebutan tempat ketiga.
Davies -7- akhirnya berjaya menewaskan Razgatlioglu -54- dan Bautista dalam perebutan tempat ketiga.

Pertarungan mencari takhta juara dalam Perlumbaan 2 yang cukup sengit pastinya terpahat di ingatan Rea, Rinaldi dan seluruh pencinta WSBK. Perlumbaan sepanjang 18 lap itu ternyata cukup memenatkan buat kedua-dua pelumba kerana mereka bertarung sejak dari lap pertama. Drama bermula apabila Scott Reading berjaya memintas Rea yang kemudiannya ditentang semula oleh pelumba dari UK itu. Kedua-duanya saling pintas memintas sehingga hampir melebar keluar.

Jonathan Rea -tengah- berjaya menebus kekecewaannya dengan menjuarai Perlumbaan 2.
Jonathan Rea -tengah- berjaya menebus kekecewaannya dengan menjuarai Perlumbaan 2.

Itu adalah peluang keemasan buat Rinaldi untuk memintas kedua-dua pelumba di hadapannya. Sejurus Rea berjaya meninggalkan Redding, dia terus mengejar Rinaldi. Rea terpaksa menunggu peluangnya yang akhirnya tiba pada tiga lap sebelum tamat. Rinaldi cuba untuk mengambil semula tempatnya tetapi gagal dan terpaksa menerima kenyataan di tempat kedua. Redding yang gagal menyekat kemaraan Rea dan Rinaldi masih optimis untuk mencari kemenangan dalam pusingan akan datang.

Tom Sykes mempamerkan keazaman yang tinggi untuk menamatkan saingan di antara 10 pelumba terbaik.
Tom Sykes mempamerkan keazaman yang tinggi untuk menamatkan saingan di antara 10 pelumba terbaik.
M. Van Der Mark hampir berjaya menewaskan Davies dalam Perlumbaan 1 untuk merebut tempat ketiga.
M. Van Der Mark hampir berjaya menewaskan Davies dalam Perlumbaan 1 untuk merebut tempat ketiga.

Rea kini memimpin carta keseluruhan dengan 243 mata diikuti oleh Redding (207 mata) dan Toprak Razgatlioglu dengan 147 mata.

“Ia adalah hari yang mengagumkan. Dalam saingan ni, saya cuba untuk lebih agresif dan ianya berhasil. Michael kemudiannya mula menyerang. Kami berdua mempunyai rentak yang hampir sama dan memiliki keupayaan yang juga hampir sama. Memang susah untuk memintas sehinggalah dia sedikit melebar di Selekoh 5 dan satu kesilapannya sahaja telah melenyapkan impian Michael untuk bergelar juara,” komen Rea.

Juara sembilan kali berturut-turut, Andrea Locatelli.
Juara sembilan kali berturut-turut, Andrea Locatelli.

WorldSSP

Andrea Locatelli kini bagaikan di awang-awangan selepas muncul juara buat kali kesembilan berturut-turut serta mendominasi carta keseluruhan dengan kutipan 225 mata. Selepas cemerlang dalam saingan pertama, Locatelli kembali ke litar untuk Perlumbaan 2 dengan penuh semangat dan keyakinan. Namun begitu, dia dikejutkan dengan keupayaan Jules Cluzel dan Raffaele de Rosa yang cukup padu. Sayangnya kedua-dua pelumba itu terlibat dalam kemalangan yang agak serius.

Ketika Locatelli bercadang untuk membuka jarak, dia diserang pula oleh Lucas Mahias yang memacu jentera Kawasaki. Locatelli terus mengemaskan tunggangannya untuk merebut tempat pertama diikuti Mahias manakala Isaac Viñales dari pasukan Kallio Racing di tempat ketiga.

Para pemenang WorldSSP. Dari kiri: Mahias, Locatelli dan Vinales.
Para pemenang WorldSSP. Dari kiri: Mahias, Locatelli dan Vinales.

Saya benar-benar gembira kerana saya tidak fikir dapat memperoleh podium di awal perlumbaan, sasaran saya adalah keempat atau kelima. Saya cuba mengikuti Andrea dan dapat mengekalkan jurang. Sayangnya saya membuat sedikit kesilapan di chicane dan saya kehilangan sedikit masa. Apa pun, kejayaan ini amat bermakna buat kami sepasukan,” kata Lucas Mahias.

Pusingan berikutnya akan berlangsung di Litar Catalunya pada 18-20 September 2020 diikuti Litar Magny-Cours, Magny-Cours, Perancis pada awal Oktober 2020. RR

Isu Pada

Oktober 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).