Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Disember 2016

MotoGP 2016 : Musim Penuh Drama Menutup Tirai

Tahun 2016 sememangnya memberikan kita 1001 macam kisah suka duka dalam perlumbaan tersohor ini. Kita mulakan dengan pemilihan Michelin sebagai tayar rasmi kelas MotoGP. Walaupun tanggungjawab ini amat berat, pengalaman luas syarikat tayar dari Perancis ini membolehkan mereka mengeluarkan produk demi produk saban hari. Jurutera dan pereka Michelin tidak pernah 'berehat' daripada mengkaji, menguji dan memperkenalkan produk-produk terbaik.

Marc Marquez terus kekal bersama pasukan Repsol Honda untuk musim 2017 dan 2018. Foto: Honda Racing.
Marc Marquez terus kekal bersama pasukan Repsol Honda untuk musim 2017 dan 2018. Foto: Honda Racing.


Dengan pengenalan tayar baru ini, ternyata keupayaan para penunggang dilihat sama rata dan sama hebat. Gaya tunggangan terpaksa diubah untuk disesuaikan dengan tayar-tayar baru dan ini sememangnya menyukarkan para pelumba tetapi memberikan keterujaan buat para peminat untuk meneka siapa bakal menjadi juara.

Dovizioso berjaya menjadi juara Litar Sepang selepas menunjukkan corak tunggangan yang tenang dan konsisten.
Dovizioso berjaya menjadi juara Litar Sepang selepas menunjukkan corak tunggangan yang tenang dan konsisten.

Belum pernah dalam sejarah MotoGP kita melihat seramai sembilan orang pemenang berbeza dalam satu musim. Musim ini kita menyaksikan Jorge Lorenzo, Marc Marquez, Valentino Rossi, Jack Miller, Carl Crutchlow, Dani Pedrosa, Maverick Vinales, Andrea Iannone dan Andrea Dovizioso mampu melintasi garisan penamat sebagai juara pusingan.

Walaupun sekadar di tempat kedua dalam perlumbaan di Sepang, ia sudah cukup untuk Rossi meraih gelaran naib juara musim ini.
Walaupun sekadar di tempat kedua dalam perlumbaan di Sepang, ia sudah cukup untuk Rossi meraih gelaran naib juara musim ini.


Walaupun juara (Marc Marquez) keseluruhan MotoGP 2016 telah pun dinobatkan di Motegi, pemenang tempat kedua hanya dapat diketahui pada perlumbaan pusingan ke17 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada akhir Oktober lalu. Rossi sekali lagi menamatkan cabarannya pada musim ini di tempat kedua keseluruhan selepas muncul sebagai naib juara di Sepang. Malaysia juga menyaksikan pemenang kesembilan musim ini yang dimiliki oleh Andrea Dovizioso dari pasukan Ducati.

BMW Motorrad Malaysia turut memeriahkan suasana di SIC.
BMW Motorrad Malaysia turut memeriahkan suasana di SIC.
Yamaha MT-10 antara tarikan utama di tapak pameran Yamaha.
Yamaha MT-10 antara tarikan utama di tapak pameran Yamaha.


Perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang juga telah melakarkan rekod terbaik dalam sejarah penganjuran negara dengan kehadiran penonton sebanyak 161,553 orang sepanjang tiga hari perlumbaan. Tahniah juga diucapkan buat SIC di atas penyambungan kontrak penganjuran MotoGP selama lima tahun sehingga 2021.

Tapak pameran Honda dimeriahkan dengan pameran model-model terkini.
Tapak pameran Honda dimeriahkan dengan pameran model-model terkini.
Topi keledar LS2 memang cantik dan bermutu tinggi.
Topi keledar LS2 memang cantik dan bermutu tinggi.


Dari Malaysia, para pelumba terbang ke Valencia untuk menyambung cabaran terakhir pada musim ini. Semestinya ia perlumbaan yang amat penting buat beberapa pesaing seperti Lorenzo, Iannone, Vinales, pasangan adik beradik Espargaro, Smith dan Baz kerana kesemuanya akan berpindah ke pasukan baru pada musim hadapan. Semestinya mereka ingin menghadiahkan keputusan terbaik pada perlumbaan ini.

Tapak pameran Motul sentiasa dipenuhi pengunjung.
Tapak pameran Motul sentiasa dipenuhi pengunjung.
UMW Lubricant International menawarkan harga potongan istimewa bagi produk-produknya.
UMW Lubricant International menawarkan harga potongan istimewa bagi produk-produknya.


Pemergian Lorenzo paling dirasai selepas sembilan tahun bersama Yamaha dengan kejayaan merangkul kejuaraan dunia sebanyak tiga kali iaitu pada 2010, 2012 dan 2015.

Semangat juang pelumba berusia 29 tahun ini dibuktikan dengan kemampuannya meraih petak paling hadapan dan berjaya melakukan holeshot untuk memecut ke hadapan sepantas kilat. Lorenzo meratah setiap selekoh Litar Valencia tanpa memikirkan apa yang berlaku di belakangnya untuk memberi kemenangan terakhirnya bersama Yamaha.

Sepanjang sembilan tahun bersama Yamaha, Lorenzo berjaya menjadi juara sebanyak tiga kali.
Sepanjang sembilan tahun bersama Yamaha, Lorenzo berjaya menjadi juara sebanyak tiga kali.


“Minggu ini cukup mengagumkan. Saya mendapat petak pertama, lap terpantas dan kemenangan. Saya berada dalam saingan MotoGP bersama Yamaha ketika berumur 20 tahun dan mendapat petak pertama dalam perlumbaan pertama saya. Kini selepas hampir 10 tahun, saya meninggalkan Yamaha juga dengan kejayaan mendapatkan petak pertama. Inilah hadiah paling hebat buat Yamaha atas segala sokongan dan kerja keras selama ini,” komen Jorge Lorenzo yang akan berpindah ke pasukan Ducati pada musim hadapan.

Model Benelli menarik perhatian orang ramai.
Model Benelli menarik perhatian orang ramai.
Lucio dan Anita sempat ber‘selfie’.
Lucio dan Anita sempat ber‘selfie’.


Perebutan tempat kedua di Valencia antara Marquez, Iannone, Rossi dan Vinales lebih sengit. Rossi ternyata mengerahkan seluruh tenaganya untuk membawa M1 ke hadapan tetapi dengan mudah dia dipintas oleh Iannone dan GP16 setibanya di laluan lurus. Keadaan ini berlaku hampir di setiap lap. Rossi membuat pintasan di dalam selekoh... Iannone meratah Rossi di laluan lurus.

Inilah masanya untuk membeli barangan dan mendapatkan cenderahati Yamaha.
Inilah masanya untuk membeli barangan dan mendapatkan cenderahati Yamaha.

Pergelutan dua pelumba Itali itu ternyata memberikan peluang untuk Marquez mengatasi kedua-duanya untuk menang di tempat kedua. Iannone menggembirakan pasukan Ducati dalam penampilan terakhirnya dengan kemenangan tempat ketiga diikuti Rossi dan Vinales.

Jumlah penonton untuk tiga hari perlumbaan tahun ini di Sepang mencecah rekod tertinggi.
Jumlah penonton untuk tiga hari perlumbaan tahun ini di Sepang mencecah rekod tertinggi.

PELUMBA NEGARA
Syabas diucapkan buat para pelumba negara seperti Hafizh Syahrin (Moto2), Khairul Idham Pawi-KIP (Moto3) dan Adam Norrodin (Moto3) yang memberi persembahan amat membanggakan pada tahun ini. Hafizh ternyata merupakan pelumba paling konsisten dan meraih kedudukan kesembilan dunia dengan pungutan sebanyak 118 mata.

KIP menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang dalam perlumbaan Moto3.
KIP menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang dalam perlumbaan Moto3.


Walaupun ia adalah penampilan sulungnya dalam Moto3, KIP berjaya membuat kejutan dengan dua kemenangan dan mengakhiri musim ini di tangga ke-19 keseluruhan manakala Adam di kedudukan ke-28.

Tidak lupa juga kepada dua pelumba wildcard negara iaitu Ramdan Rosli (Moto2) dan Hafiq Azmi (Moto3) yang memberi tunggangan bergaya dan cemerlang di hadapan ribuan penonton yang membanjiri SIC pada perlumbaan pusingan ke-17 tempohari. Ramdan berjaya melintasi garisan penamat di tempat ke-12 dan Hafiq pula di tempat ke-11. Tahniah!!

Peminat ‘The Doctor’ datang dengan bermacam-macam gaya!
Peminat ‘The Doctor’ datang dengan bermacam-macam gaya!
Dari kiri: En. Megat Shahrul Azmir, Hiroshi Aoyama, Marc Marquez dan Lucas Angelini melancarkan pelincir terbaru Repsol di SIC sempena perlumbaan MotoGP Malaysia.
Dari kiri: En. Megat Shahrul Azmir, Hiroshi Aoyama, Marc Marquez dan Lucas Angelini melancarkan pelincir terbaru Repsol di SIC sempena perlumbaan MotoGP Malaysia.

Prestasi hebat yang dipertontonkan oleh KIP telah mendapat perhatian dan kepercayaan pihak Honda untuk membawa pelumba muda ini ke persaingan lebih tinggi. Untuk musim 2017, Khairul Idham Pawi akan bergandingan dengan Takaaki Nakagami dalam pasukan Idemitsu Honda Team untuk persaingan Moto2.

Adam Norrodin akan terus menggalas cabaran negara dalam Moto3 dan bakal bergandingan dengan pelumba Jepun, Ayumu Sasaki dalam pasukan SIC Racing Team. RR

SENARAI PELUMBA MOTOGP 2017
1. Movistar Yamaha MotoGP:
Valentino Rossi & Maverick Vinales
2. Repsol Honda Team:
Marc Marquez & Dani Pedrosa
3. Ducati Team:
Jorge Lorenzo & Andrea Dovizioso
4. Team Suzuki Ecstar:
Andrea Iannone & Alex Rins
5. Monster Yamaha Tech 3:
Johann Zarco & Jonas Folger
6. LCR Honda: Carl Crutchlow
7. Ducati Pull&Bear Aspar Team:
Karel Abraham & Alvaro Bautista
8. Ducati Avintia Racing:
Hector Barbera & Loris Baz
9. Aprilia Racing Team Gresini:
Aleix Espargaro & Sam Lowes
10. Red Bull KTM Factory Racing:
Bradley Smith & Pol Espargaro
11. Marc VDS Racing Team: Jack Miller
12. Ducati Octo Pramac Yakhnich:
Danilo Petrucci & Scott Redding
13. Honda EG 0, 0 Marc VDS: Tito Rabat

Isu Pada

Disember 2016

Popular

  • Warta Roda

    Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

  • Model Baru

    Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

  • Model Baru

    ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

  • Dari Litar

    Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

  • Warta Roda

    Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Artikel berkaitan

Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

Pasukan Honda HRC Castrol Masih Mencari Rentak

CP150: Saingan Sengit di Garisan Penamat

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Memperkenalkan BMW S 1000 RR dan F 900 GS Adventure Baru. Harga bermula dari RM95,500

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan model sport terkini untuk siri BMW S 1000 RR dan jentera pengembaraan lasak iaitu BMW F 900 GS Adventure. Ketibaan kedua-dua model ini sudah pasti ditunggu-tunggu oleh para pecinta dua roda khususnya peminat tegar BMW.

Dari Litar

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Sejak di sesi latihan bebas, jentera bernombor '93' sentiasa mendapatkan rentak yang luar biasa, catatan masa terpantas, diikuti dengan kedudukan petak pertama, menang perlumbaan Sprint Test dan mengakhiri GP Qatar juga sebagai Sang Juara.

Dari Litar

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Boon Siew Honda telah mengumumkan nama pasukan baru tahun ini iaitu Honda Racing Malaysia untuk memberi cabaran dalam saingan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC), Superbike World Championship (WSBK), dan Malaysia Superbike Championship (MSBK).

Dari Litar

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Juara WSBK 2024, Toprak Razgatlioglu akhirnya kembali ke podium tertinggi selepas melakukan magik untuk mencipta mencipta sejarah kemenangan ke-59 dan ke-60 dan menyempurnakan hatrik dalam saingan pusingan 2 yang berlangsung di Litar Autodromo Internacional do Algarve baru-baru ini.