☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 19 April 2021

Litar Portimao Milik Fabio!

Ia sekali lagi merupakan minggu yang sempurna buat Fabio Quartararo dari pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP selepas dia menggunakan kelebihan berada di posisi pole untuk mencapai kemenangan berharga. Perlumbaan pusingan ketiga ini juga menyaksikan berlakunya banyak insiden melibatkan nama-nama besar yang akhirnya gagal untuk habiskan perlumbaan.

Persaingan di awal perlumbaan memang mendebarkan.
Persaingan di awal perlumbaan memang mendebarkan.
Kemunculan semula Marc Marquez dalam saingan MotoGP sangat di tunggu-tunggu.
Kemunculan semula Marc Marquez dalam saingan MotoGP sangat di tunggu-tunggu.

Awalnya, Johann Zarco terlebih dahulu menggunakan kelebihan enjin jenteranya untuk memecut ke hadapan lebih pantas daripada para pelumba lain. Fabio cuba mengekang kemaraan pelumba Ducati itu sebaik mungkin dan antara pelumba yang turut memberi cabaran sengit di peringkat awal ialah Alex Rins. Joan Mir dan Marc Marquez yang membuat penampilan sulungnya selepas sembilan bulan 'berehat'.

Fabio Quartararo pamerkan tunggangan yang sangat bertenaga.
Fabio Quartararo pamerkan tunggangan yang sangat bertenaga.

Belum pun masuk lap kedua, Fabio telah diserang hebat menyebabkan dia ketinggalan ke belakang manakala Zarco yang mula selesa di depan sekali diikuti rapat Alex Rins dari pasukan Suzuki Ecstar. 'Pertempuran telah bermula!' Mir dan Marc yang tidak mahu ketinggalan mengerahkan seluruh tenaga jentera mereka untuk menyaingi rentak tetapi dalam cubaan untuk mendapatkan posisi terbaik itu, perlanggaran hampir berlaku tetapi mujurlah Marc cepat bertindak.

Podium pertama Joan Mir musim ini.
Podium pertama Joan Mir musim ini.

Itu juga peluang terbaik buat Fabio untuk mencuri tempat dengan memintas dari dalam. Marc kemudiannya dipintas pula oleh Jack Miller dan Aleix Espargaro. Jack yang tekad untuk meraih podium pertamanya diuji lagi. dia adalah pelumba pertama yang 'kecundang' di litar Portimao diikuti Miguel Oliveira tidak lama kemudian. Ranap harapan kedua-dua pelumba ini.

Perebutan tempat kedua di antara Francesco Bagnaia -63- dan Joan Mir.
Perebutan tempat kedua di antara Francesco Bagnaia -63- dan Joan Mir.
Keduduan di tempat keempat membakar semangat Morbidelli untuk terus mencabar!
Keduduan di tempat keempat membakar semangat Morbidelli untuk terus mencabar!

Fabio, Rins, Mir dan Zarco kini saling pintas memintas. Masing-masing menyasarkan gelaran juara! Fabio semakin laju sehingga mencatatkan 1:39.680 untuk rekod lap terpantas tetapi masih dibayangi oleh Rins yang melekat di belakang. Seluruh pasukan Suzuki tersentak apabila Rins terbabas ke luar litar di Selekoh 5 pada lap ke 19 dan terpaksa menyerah kalah. Zarco turut mengekori jejak Rins 'terbang' ke luar litar tidak beberapa kemudian. Pusingan kali ini turut tidak menyebelahi beberapa orang pelumba lain seperti Valentino Rossi (terbabas), Pol Espargaro (masalah teknikal) Maverick Vinales (bermula tidak baik/gagal mendapat rentak).

Ketika saingan berbaki lima lap sahaja lagi, naib juara musim lalu iaitu Franco Morbidelli mempamerkan tunggangan yang cukup bertenaga untuk berada di tempat keempat, belakang Bagnaia dan Mir. Walaupun beraksi buat kali pertama di Portugal, Marc Marquez harus berbangga kerana  mampu tamat di tempat ketujuh. Juara dunia lapan kali itu telah buktikan kekuatan mental dan fizikallnya.

Valentino Rossi masih gagal berada di kedudukan yang diingininya.
Valentino Rossi masih gagal berada di kedudukan yang diingininya.
Marc gagal menahan emosinya selepas berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.
Marc gagal menahan emosinya selepas berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.

“Saya amat gembira dengan kemenangan ini kerana ia memberikan satu nilai positif buat diri saya. Saya tiba di Portugal dengan keyakinan tinggi selepas menang di Doha tempohari. Selagi mana saya dapat keserasian dan perasaan yakin dengan kemampuan jentera, saya dapat memecut labih laju. Saya amat berbangga dengan kemampuan pasukan. Bermula di petak pertama dan kemudiannya muncul juara adalah yang terbaik,” kata Fabio Quartararo, Juara Litar Portimao 2021. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.