Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Jun 2015

Affendi Semakin Temui Rentak

Usaha gigih tanpa mengenal jemu akhirnya membuahkan hasil! Itulah yang dinikmati oleh pelumba pasukan Yamaha Petronas CKJ, Mohd Affendi Rosli selepas menempa kejayaan sulungnya dalam kelas prima di litar Muar pada 2 Mei lalu. Kali terakhir Affendi muncul juara ialah pada perlumbaan pusingan kesembilan (Jempol, Negeri Sembilan) tahun lepas. Bermula di tempat kedua tidak memberikan masalah buat Affendi untuk tiba terlebih dahulu di selekoh pertama.

Hari paling istimewa buat para pelumba khususnya kelas prima apabila dapat bersalaman dengan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Hari paling istimewa buat para pelumba khususnya kelas prima apabila dapat bersalaman dengan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Perlumbaan akhir pada hari itu ternyata lebih istimewa dengan kehadiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Ternyata, kehadiran Tuanku membakar semangat para pelumba untuk memberikan tunggangan terbaik.

Affendi yang berada di hadapan diekori rapat oleh para pelumba lain seperti Md Azhar Abd Jalil, Elly Idzlianizar dan Zamri. Naib juara pusingan 1 dan 2, Zamri Baba tidak bernasib baik apabila ditimpa masalah di awal perlumbaan seterusnya memberi peluang buat Affendi memecut dengan lebih selesa. Azhar Abd Jalil dari pasukan Motul Yamaha YY Pang yang pada mulanya berada di kedudukan kedua akhirnya terpaksa akur dengan kepantasan para pelumba lain yang ternyata lebih cekap mengatur strategi.

 Juara pusingan ketiga, Mohd Affendi Rosli.
Juara pusingan ketiga, Mohd Affendi Rosli.

'Bintang' sebenar perlumbaan hari itu ialah Ahmad Fazli Sham dari pasukan Petronas Yamaha Maju Motor. Dia yang bermula di petak terakhir berjaya memintas seorang demi seorang sehingga mampu berada di kedudukan kedua. Affendi yang pada mulanya memacu solo di hadapan terpaksa mempertingkatkan kelajuan apabila mendapati Fazli semakin lama semakin rapat. Walaupun sudah mampu berada betul-betul di belakang Affendi, segalanya sudah terlambat buat Fazli apabila terpaksa menerima bendera penamat di tempat kedua hanya dengan perbezaan masa 0.213 saat.

Tempat ketiga dimenangi oleh Abd Muhaimin selepas berjaya menahan segala cubaan daripada Fazrul Sham dan Fitri Ashraff yang masing-masing menamatkan cabaran di tempat keempat dan kelima.

Izzat kurang bernasib baik di Litar Muar selepas dilanda masalah pada lap kesembilan.
Izzat kurang bernasib baik di Litar Muar selepas dilanda masalah pada lap kesembilan.

"Setelah dua pusingan berlalu, kami nampaknya mula menemui rentak sebagaimana yang ditunjukkan pada musim lepas. Meskipun aksi saya pada hari pertama tidak begitu baik, namun saya masih mampu beraksi dengan konsisten dan mencatat masa sepusingan yang agak pantas. Mudah-mudahan jurutera pasukan akan terus bekerja keras bagi mendapatkan jentera yang kompetitif seperti hari ini,” jelas Affendi.

Prestasi cemerlang Fazli di litar Muar ini telah melonjakkan dirinya di tangga teratas carta mata keseluruhan dengan 48 mata, diikuti Elly Idzlianizar (42 mata) dan Abd Muhaimin di tempat ketiga.

Popcorn! Popcorn! Mari rasa di khemah pameran Pirelli.
Popcorn! Popcorn! Mari rasa di khemah pameran Pirelli.
Khemah Racing Boy, macam-macam ada....
Khemah Racing Boy, macam-macam ada....

Tuah berlumba di 'kampung halaman'! Tahniah buat pelumba dari Skudai, Kasma Daniel yang kini menunjukkan tunggangan yang semakin kemas dan ini semestinya memberi tekanan terutamanya kepada pasukan Motul Yamaha YY Pang yang dibarisi oleh para pelumba hebat seperti Tengku Amirul, Izzat Zaidi atau Syafiq Rosli (M Seki Liberty Honda) dan Ahmad Syukran dari pasukan Petronas Yamaha CKJ yang muncul naib juara di Batu Kawan.

Kasma perlu terus konsisten untuk memberi saingan kepada Tengku Amirul dan Izzat dalam kelas CP115.
Kasma perlu terus konsisten untuk memberi saingan kepada Tengku Amirul dan Izzat dalam kelas CP115.

Selepas menjadi pelumba terpantas di sessi shoot out, Kasma dijangkakan bakal menerima tentangan hebat daripada Izzat, Tengku dan Syukran. Benar! Izzat bermula dengan baik untuk berada di hadapan sekali dan berharap rakan sepasukannya, Tengku dapat mengikut rentak untuk berada di kedudukan kedua. Rancangan itu gagal kerana mereka dipisahkan oleh Kasma yang meratah setiap selekoh litar Dataran Tanjung Emas ini dengan begitu sempurna sekali.

Belum sampai pun separuh perlumbaan, dua pelumba garang iaitu Tengku dan Syukran terpaksa bersara awal. Ada yang mengalami masalah enjin dan ada pula yang terlanggar guni di tengah jalan...macam-macam! Ketiadaan mereka memberikan keyakinan yang semakin tinggi buat Kasma untuk melintasi garisan penamat di tempat pertama dengan catatan masa 53.770 saat diikuti Izzat di tempat kedua dan Fareez Afeez di tempat ketiga.

Anak jati Johor, Kasma Daniel (memegang bendera Johor) muncul juara CP115 pusingan ketiga.

"Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan kerana menyediakan jentera yang sangat sempurna pada minggu ini. Saya berjaya mencatat masa terpantas dalam kesemua sesi latihan sehingga ke perlumbaan akhir. Beraksi di halaman sendiri juga membakar semangat untuk mencipta kejayaan,” komen Kasma.

 Amirul Shafiq (14) cuba melarikan diri daripada Khairul (18) dan Saiful Azhary (28) dalam perebutan tempat keenam kelas Wira.

Mohd Harith Farhan dari pasukan Kozi Yam Honda kini terus melangkah lebih jauh dalam carta mata keseluruhan di tangga pertama selepas meraih kemenangan kedua berturut-turut. Dalam saingan akhir, Harith ternyata bagaikan berada di kelasnya tersendiri. Dia bukan sahaja tidak mampu dipintas tetapi dengan mudah meninggalkan para pencabarnya yang lain jauh di belakang.

Para pemenang kelas Wira. Dari kiri: Qhuwarismi, Harith Farhan dan Irfan Rosnizam bersama piala masing-masing.
Para pemenang kelas Wira. Dari kiri: Qhuwarismi, Harith Farhan dan Irfan Rosnizam bersama piala masing-masing.

Qhuwarismi yang pada mulanya cuba merapatkan diri terpaksa pula menerima tentangan hebat daripada Mohd Ifran mengakibatkan dia tercicir lebih daripada dua saat di belakang pendahulu. Walaupun berada di tempat kedua, ia sudah cukup untuk meletakkan Qhuwarismi ke tangga keempat keseluruhan dengan kutipan 33 mata manakala Harith terus mara dengan 70 mata.

Walaupun bermula dengan sempurna, Md Shafiq (68) gagal pertahankan kedudukannya apabila dipintas oleh Amirul Hakim (5), Qhuwarismi (12) dan Md Izzat.
Saingan kelas Wira memang cukup sengit, para pelumba muda ini ternyata bukan sahaja mempunyai daya keazaman yang tinggi tetapi juga mula menunjukkan prestasi tunggangan yang semakin berkualiti.

Hebat! Tahniah buat Md Haziq Fairues yang berjaya membuat hatrik di Muar ini. Pelumba muda ini mencipta catatan masa terpantas di sessi kelayakan untuk menempah petak pertama. Kawalan pendikit yang tepat membolehkannya berada di hadapan 18 pelumba lain sebaik sahaja perlumbaan akhir dimulakan. Di awal perlumbaan dia terlebih dahulu menerima tekanan hebat daripada beberapa pelumba seperti Shahfiq Nizwan dan Shahfiq Shahrun tetapi kelincahannya memasuki setiap selekoh telah berjaya menjarakkan dirinya dengan cepat.

Hadiah-hadiah para pemenang Yamaha Petronas Super Series disampaikan oleh Pengurus Besar HLYM, En. Voon Yin Kong.
Hadiah-hadiah para pemenang Yamaha Petronas Super Series disampaikan oleh Pengurus Besar HLYM, En. Voon Yin Kong.

Haziq akhirnya menamatkan cabaran 10 lap di tempat pertama dengan catatan masa 10:45.123 saat meninggalkan Shahfiq Nizwan di tempat kedua dan Shahfiq Shahrun di tempat ketiga.

Untuk menjadikan perlumbaan ini lebih kompetitif, pihak Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah menganjurkan sebuah pertandingan khas di dalam perlumbaan ini. Tiga pelumba telah dipilih untuk dijadikan satu pasukan dengan kaedah pemilihan istimewa yang dicipta sendiri oleh HLYM. Terdapat enam kumpulan yang bersaing untuk mendapat mata penting untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan.

Gaya tunggangan para pelumba Yamaha Petronas Super Series semakin bermutu.
Gaya tunggangan para pelumba Yamaha Petronas Super Series semakin bermutu.

Semua pelumba perlu saling bantu membantu untuk menjadikan kumpulan mereka sebagai juara dan pastinya mampu menaikkan semangat ketika bersaing di litar. Apabila saingan semakin sengit, pastinya perlumbaan ini menjadi lebih dramatik dan seronok ditonton.

'Kecil-kecil Cili Padi!' Mohd Firdaus Hamdan mungkin pelumba paling comel dalam perlumbaan ini tetapi ternyata hati dan semangatnya paling besar selepas berjaya memenangi perlumbaan ini buat kali pertama. Bermula di petak pertama bukanlah suatu perkara yang seringkali menjanjikan kemenangan mudah. Md Aznil dan Md Idham terlebih dahulu memimpin perlumbaan. Idham membuat kesilapan di awal-awal saingan menyebabkan dia dipintas bukan satu tetapi dua orang sekaligus.

 Pertarungan antara Syairul Md Azhar (6) dan Husaini berlangsung dari awal hingga akhir perlumbaan Honda Future.

Dari kiri: Aznil, Firdaus dan Idham, para pemenang Cabaran Honda Future pusingan ketiga
Dari kiri: Aznil, Firdaus dan Idham, para pemenang Cabaran Honda Future pusingan ketiga

Walaupun berada di depan, Aznil tidak senang duduk kerana diekori rapat oleh Firdaus yang menunggang dengan kemas sekali. Apa yang Aznil risaukan akhirnya menjadi kenyataan apabila Firdaus berjaya memintas beberapa lap sebelum tamat untuk muncul juara. Walaupun begitu, Aznil masih mampu senyum lebar di atas podium kerana dia kini sudah berada di tangga tertinggi sekali dengan 65 mata diekori Ahmad Idham, di tempat kedua dengan perbezaan empat mata sahaja. RR

Isu Pada

Jun 2015

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Pandu Uji

    Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Artikel berkaitan

Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Apa Lagi Marc Marquez Tak Boleh Lakukan? Minggu Sempurna Buat #93

Toprak Razgatlioglu Akhirnya ke MotoGP?

JuniorGP: Hakim Danish Bangkit di Perlumbaan kedua

UB150: Voge FR150 Sedia Bertempur Dalam Pus. Kedua ARRC

Luca Marini Cedera Semasa Sesi Ujian Suzuka 8 Hours

Suzuki Bakal Beraksi di ARRC 2025 Pus. Kedua

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

QJMOTOR SRK 250 RD - Bakal Pesaing Baru Segmen Sportbike 250cc Enjin 4 Silinder di Malaysia?

QJMOTOR SRK 250 RD bakal pesaing baru segmen sportbike 250cc dengan enjin empat silinder di Malaysia?

MotoGP: Jorge Martin Tinggalkan Aprilia?

Memandangkan kecederaan yang dialami oleh pelumba Sepanyol itu cukup serius, ia telah menyukarkan posisinya setakat ini. Terbaru, Martin telah menyatakan untuk keluar daripada pasukan.

Dari Litar

Suzuki Bakal Beraksi di ARRC 2025 Pus. Kedua

Adam Norrodin bakal bersaing dalam saingan Idemitsu FIM Asia Road Racing Championship 2025 (ARRC) bersama pasukan AMI Suzuki Motorsport sebagai pelumba wildcard.

Warta Roda

Kemalangan Maut Selepas Larikan Kenderaan Majikan

Pemandu lori telah cuba mengelak ke kanan namun oleh kerana jarak terlalu dekat, kenderaan itu telah melanggar tepat bahagian hadapan motosikal sebelum diseret lebih kurang 20 meter ke hadapan. "Akibat kemalangan, lelaki terbabit mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya. Mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani bagi proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Sekskk