☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 Julai 2021

Adam Tambah Koleksi Podium  

Adam Norrodin sekali lagi meraih podium selepas menamatkan saingan Moto2, Kejuaraan FIM CEV Repsol 2021 di tempat yang ketiga. Perlumbaan pusingan keempat yang berlangsung di Litar Autodromo Algarve, Portugal ini telah memperlihatkan semangat juang pelumba negara itu untuk memberi cabaran buat dua pelumba pasukan Bosco Scuro Talent Team-Ciatti iaitu Fermin Aldeguer dan Alonso Lopez.

Dalam saingan 1, Adam yang berada di petak ketiga bermula dengan baik tetapi gagal menyaingi kepantasan Fermin yang berjaya melakukan holeshot. Ketika tiba di selekoh pertama, Adam telah dipintas oleh rakan sepasukannya, Lukas Tulovic yang menyerang dari luar. Lukas kemudiannya memintas Alonso dan mengejar Fermin di hadapan.

Nasib tidak menyebelahi Lukas apabila terbabas di lap kedua dan posisinya kini ambil oleh Adam. Fermin yang berada di depan semakin laju dan mula membuka jarak. Perebutan tempat kedua di antara Adam dan Alonso cukup mengujakan. Adam cuba rapatkan diri tetapi dilihat agar sukar untuknya mendapatkan rentak yang lebih pantas berbanding Alonso. Fermin akhirnya . dinobatkan sebagai juara diikuti oleh Alonso dan Adam masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Rentak Adam di Perlumbaan 2 tidak sebaik di saingan sebelumnya. Walaupun memberikan tunggangan yang lebih bertenaga, dia terperangkap di tempat keenam di antara Mattia Rato dan Sam Wilford. Adam sekali lagi terbabas dalam lap terakhir yang terpaksa melupakan hasratnya untuk kembali ke podium.

Selepas tamatnya saingan pusingan keempat ini, Adam berada di tangga kelima keseluruhan dengan 74 mata.

“Syukur Alhamdulillah, saya berjaya kembali ke podium dalam perlumbaan 1 dan amat berterima kasih buat keluarga, krew pasukan dan semua yang memberi sokongan serta mendoakan saya. Walaupun begitu, saya menghadapi kesukaran dalam perlumbaan 2 dan terbabas pada dua lap terakhir. Saya akan terus berusaha dan akan memberikan keputusan yang lebih baik dalam perlumbaan akan datang,” kata Adam.


Syarifuddin Azman.
Syarifuddin Azman.

Dalam Moto3, Syarifuddin Azman menamat saingan di tempat kelapan selepas mengharungi satu perebutan podium yang cukup sengit. Tahniah diucapkan. Saingan seterusnya akan diadakan di Litar Aragon pada 25 Julai 2021 nanti. Selamat maju jaya buat semua pelumba negara. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.