☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 6 Ogos 2021

Berakhirnya Era VR46. Valentino Rossi Umum Bersara

Dalam satu sidang media khas yang diadakan di Grand Prix Styria, Austria, lagenda dan ikon MotoGP, Valentino Rossi dengan rasminya mengumumkan persaraannya dari dunia perlumbaan motosikal menjelang penghujung musim 2021.

Valentino berjabat tangan dengan CEO Dorna, Carmelo Ezpeleta selepas sidang media.
Valentino berjabat tangan dengan CEO Dorna, Carmelo Ezpeleta selepas sidang media.

Sejak penglibatannya dalam dunia sukan dua roda 25 tahun yang lalu, Valentino Rossi yang juga terkenal dengan gelaran ‘The Doctor’ telah mencipta dunia dan gaya baru yang telah mewarnai sukan yang dicintainya. Kejayaan Valentino adalah antara yang terunggul dan setaraf dengan beberapa pelumba lagenda motosikal selama ini.

Valentino Rossi sentiasa ceria dengan pelbagai gaya setiap kali muncul juara.
Valentino Rossi sentiasa ceria dengan pelbagai gaya setiap kali muncul juara.

Valentino telah meraih Kejuaraan Dunia sebanyak Sembilan kali, 115 kemenangan, 235 podium dan merupakan satu-satunya pelumba yang menikmati takhta kemenangan dalam kategori 125cc, 250cc, 500cc dan MotoGP. Ini bermakna nama Valentino Rossi akan tercatat dalam buku sejarah permotoran buat selama-lamannya.

Valentino Rossi ketika menang dalam kategori 125cc.
Valentino Rossi ketika menang dalam kategori 125cc.

Namun begitu, pelumba dari Itali ini terkenal dan dicintai ramai kerana memiliki karisma dan cinta yang begitu mendalam pada motosikal khususnya sehinggakan nombor ‘46’ itu dikenali hampir di seluruh dunia. VR46 meraih kemenangan pertaman pada tahun 1996 dan akhirnya tahun ini adalah musim terakhirnya berada di grid perlumbaan.

Kenangan Valentino Rossi di GP Malaysia.
Kenangan Valentino Rossi di GP Malaysia.

Perjalanan Valentino Rossi dalam dunia perlumbaan pastinya tidak berakhir di sini, dia akan terus memberikan cabaran tapi kali ini sebagai mentor serta ‘coach’ buat para pelumba baru. Terima kasih Valentino Rossi atas 25 tahun yang menkjubkan. GRAZIE VALE! RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.