☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 14 Ogos 2021

Kerjasama Di Antara PETRONAS & SRT Berakhir Hujung Musim Ini

Dalam sesi siaran media hari ini, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) bersama PETRONAS telah mencapai persetujuan diantara kedua-dua pihak untuk menamatkan kerjasama sebagai penaja utama PETRONAS Sepang Racing Team (PSRT). Kerjasama ini akan berakhir pada penghujung musim 2021.

PETRONAS telah bekerjasama sebagai penaja utama bersama SIC sejak tahun 2018 menerusi PETRONAS Sprinta Racing dalam saingan Moto2 dan Moto3. Kemudian, kerjasama tersebut dikembangkan ke MotoGP pada tahun 2019 dengan penubuhan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team.

"SIC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PETRONAS atas sokongan dan kerjasama mereka selama ini. Kami amat menghormati keputusan mereka dan bersetuju bahawa kerjasama ini telah mencapai tujuannya. Saya percaya, ini bukan kerjasama terakhir kami dalam sukan permotoran. Kami akan teruskan usaha dalam bangunkan dan mencari bakat baru dalam sukan permotoran di Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, En. Azhan Shafriman Hanif.

Pihak SIC berkata, SRT akan meneruskan saingannya dalam MotoGP pada tahun 2022 dan selanjutnya di bawah entiti baru dan pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa yang terdekat nanti. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.