☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 13 September 2021

Damok Cemerlang di Aragon. Raih Tiga Mata Berharga.

Tahniah diucapkan buat pelumba negara, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali dengan nama panggilan Damok selepas berjaya meraih tiga mata buat pasukan Petronas Sprinta dalam penampilan sulungnya di saingan Moto3 semalam.

Damok 'kiri' bergambar kenangan bersama Andrea Dovizioso.
Damok 'kiri' bergambar kenangan bersama Andrea Dovizioso.

Damok bermula dengan baik dan berjaya memintas dua orang pelumba dalam lap pertama. Damok mengemaskan tunggangan dan memperoleh ruang untuk memintas seorang lagi perlumba tidak lama kemudian. Persaingan bertambah sengit apabila dia berada di dalam kelompok terdiri daripada para pelumba yang lebih pantas.

Walaupun ini adalah kemunculan pertamanya, ia tidak menyekat kemaraan pelumba negara itu untuk menyerang beberapa pencabar lain bagi meletakakan dirinya berada dalam 15 pelumba terbaik. Dengan kecekalan dan tunggangan yang mantap, Damok akhirnya berjaya menamatkan cabaran di tempat ke-13 dan menerima tiga mata berharga. Rakan sepasukannya, Darryn Binder menamatkan saingan di Litar Aragon ini di tempat ketujuh untuk mengutip sembilan matan lagi.

Saingan Moto3 dimenangi oleh pelumba Itali, Dennis Foggia diikuti Deniz Onco dan Ayumu Sasaki. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.