☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 September 2021

Andrea Dovizioso Kini Pelumba PETRONAS Yamaha SRT...

Pelumba berpengalaman, Andrea Dovizioso (Dovi) kini sah menjadi pelumba pasukan PETRONAS Yamaha SRT untuk musim 2021-2022. Kerjasama ini disempurnakan selepas Franco Morbidelli telah berpindah ke pasukan Monter Energy Yamaha MotoGP minggu ini.

Pihak Yamaha menyatakan pemilihan Dovi sememangnya tepat berdasarkan kemampuan dan semangat juang pelumba tersebut yang dipertontonkan selama ini. Dovi sudah meraih gelaran naib juara kelas prima sebanyak tiga kali, mempunyai pencapaian dan kemenangan yang mengagumkan sepanjang kariernya.

Pelumba berusia 35 tahun ini akan kekal menggunakan nombor '4' dan amat gembira kerana diberi kepercayaan untuk kembali beraksi. 

Pada sesi latihan bebas semalam, Dovi mengambil peluang untuk mengenali karaktor jentera YZR M1 miliknya. Walaupun dalam cuaca yang tidak menentu, Dovi masih dapat mencatatkan masa yang agak baik dengan catatan masa 1min 44.530s. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.