☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Julai 2021

Toprak Razgatlioglu Cemerlang Di Misano, Berajaya Tebus Kekalahan

Selepas akur dengan kekalahan dalam saingan Perlumbaan 1, Toprak Razgatlioglu dari pasukan Pata Yamaha with BRIXX WorldSBK berjaya mendapatkan semula kemenangan yang dicarinya apabila berjaya meranapkan harapan pelumba Ducati, Michael Ruben Rinaldi untuk melakukan kemenangan berganda.

Perlumbaan bermula sengit. Razgatlioglu membuat serangan agresif untuk mencabar Rinaldi dan tindakannya itu menyebabkan ruang terbuka untuk Jonathan Rea memintas dari dalam. Rinaldi yang telah menang di saingan pertama tidak menyerah kalah dan berjaya mengatasi pelumba sensasi dari Turki itu dan segera merapati Rea. Tidak lama selepas berjaya mengatasi lawannya itu, Rinaldi melakukan kesilapan membolehkan Rea bertindak balas.

Toprak Razgatlioglu -tengah- puas dengan kemenangannya.
Toprak Razgatlioglu -tengah- puas dengan kemenangannya.
Pertempuran sengit di antara jaguh Kawasaki, Rea -1- dan Rinaldi dari awal perlumbaan hingga akhir.
Pertempuran sengit di antara jaguh Kawasaki, Rea -1- dan Rinaldi dari awal perlumbaan hingga akhir.

Razgatlioglu memberi tekanan buat Rea di selekoh lapan dan berjaya. Berada di tempat kedua tidak memuaskan hatinya dan dengan segera Razgatlioglu mengarahkan pandangannya pada Rinaldi untuk memberi cabaran. Dia nekad mencari kemenangan pertamanya pada kempen 2021 dan akhirnya berjaya mengejar, merapati dan ‘menghukum’ pelumba Ducati di selekoh ke-14. Pelumba Yamaha itu terus memecut ke hadapan dengan sempurna untuk meraih 25 mata penting selaku juara.

Alvaro Bautista memerah kuasa Honda CBR1000RR-R dalam saingan untuk 10 pelumba terbaik.
Alvaro Bautista memerah kuasa Honda CBR1000RR-R dalam saingan untuk 10 pelumba terbaik.
Para pemenang Perlumbaan 1 WSBK. Dari kiri: Toprak Razgatlioglu, Michael Ruben Rinaldi & Jonathan Rea.
Para pemenang Perlumbaan 1 WSBK. Dari kiri: Toprak Razgatlioglu, Michael Ruben Rinaldi & Jonathan Rea.

Di belakang, Rea cuba mencabar keupayaan Rinaldi tetapi mendapati pelumba dari Itali itu dapat menahan kemaraan jaguh dari Kawasaki untuk tamat di tempat kedua. Tahniah buat Razgatlioglu dan Yamaha atas kemenangan ini dan dia kini semakin merapatkan jurang dengan hanya 20 mata di belakang Jonathan Rea.

Para pelumba saingan WSBK mencari laluan terbaik untuk memimpin perlumbaan.
Para pelumba saingan WSBK mencari laluan terbaik untuk memimpin perlumbaan.

“Akhirnya saya menang juga selepas bekerja keras sepanjang minggu. Saya memberitahu kepada rakan- rakan dalam pasukan bahawa saya sudah muak dengan kemenangan tempat kedua... asyik-asyik naib juara. Kini, saya benar-benar gembira kerana melakukan yang terbaik. Terima kasih buat semua yang telah memberikan segalanya dalam kemajuan pasukan ini dan akan lebih bersedia untuk perlumbaan seterusnya.”

Cluzel -16- akhirnya berjaya menewaskan Odendaal untuk meraih podium dalam saingan WSSP
Cluzel -16- akhirnya berjaya menewaskan Odendaal untuk meraih podium dalam saingan WSSP

WorldSSP

Ia adalah minggu yang sempurna buat pelumba dari Switzlerland, Dominique Aegerter dari pasukan Ten Kate Racing Yamaha selepas meraih kemenangan dalam kedua-dua perlumbaan yang penuh dengan drama. Aegerter unggul dalam saingan pertama walaupun telah cuba ditentang hebat oleh dua lagi pelumba Yamaha iaitu Luca Bernardi dan Steven Odendaal.

Perlumbaan kedua terpaksa dijalankan dua kali. Insiden yang melibatkan Maria Herrera yang kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan untuk rawatan susulan. Kemalangan tersebut menyebabkan Bendera Merah dikibar berikutan keadaan litar yang tidak begitu selamat.

Para pemenang WSPP Perlumbaan 2. Dari kiri: Luca Bernardi, Dominique Aergerter dan Jules Cluzel.
Para pemenang WSPP Perlumbaan 2. Dari kiri: Luca Bernardi, Dominique Aergerter dan Jules Cluzel.

Perlumbaan 2 dijalankan semula dengan 12 lap berbaki. Jules Cluzel sekali lagi bermula dengan sempurna untuk memimpin perlumbaan tetapi dicabar begitu hebat oleh Marco Alcoba, Gonzalez dan Aegerter. Kumpulan ini cukup rapat sehingga sukar untuk menjangkakan siapa bakal juara.

Pada lap terakhir, Odendaal akhirnya berjaya di depan diikuti Aegerter, Bernardi dan Cluzel. Walaupun menang, Odendaal dikenakan penalty selepas melakukan kesalahan berkaitan kelajuan. Ini bermakna, takhta juara akhirnya menjadi milik Aegerter, Bernardi di tempat kedua manakala Jules Cluzel berjaya menaiki podium di tempat ketiga.

Pelumba Jepun, Yuta Okaya terbabas ke luar litar ketika menyahut cabaran pelumba Itali, Thomas Brianti -17-.
Pelumba Jepun, Yuta Okaya terbabas ke luar litar ketika menyahut cabaran pelumba Itali, Thomas Brianti -17-.

WorldSSP 300

Pelumba wanita, Ana Carrasco dari pasukan Kawasaki Provec WorldSSP 300 meraih kemenangan selepas Tom Booth-Amos melakukan kesilapan di selekoh terakhir dan terbabas manakala pelumba dari Brazil, Meikon Kawakami berjaya ke podium pertamanya sebagai naib juara. Tempat ketiga dimenangi oleh Samuel di Sora yang menunggang Kawasaki Ninja 400.

Perlumbaan pertama dimenangi oleh Andrian Huertas selepas berjaya menundukkan pencabarnya Tom Booth-Amos dan Hugo de Cancellis.

Anna -tengah- berjaya menewaskan Di Sora -kiri- dan Kawakami -kanan- dalam saingan yang sengit.
Anna -tengah- berjaya menewaskan Di Sora -kiri- dan Kawakami -kanan- dalam saingan yang sengit.

Selepas tiga pusingan berlalu, Andrian Huertas terus di depan dalam carta keseluruhan dengan 72 mata diikuti oleh Tom Booth-Amos di tangga kedua (65 mata) dan Ana Carrasco ketiga dengan 45 mata.

Perlumbaan pusingan keempat berlangsung di Litar Donington Park, UK pada 2 hingga 4 Julai diikuti pusingan kelima di Assen, Netherland pada 23 – 25 Julai 2021. RR

Isu Pada

Julai 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.