☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Januari 2022

Marc Marquez Sah Datang Sepang!

Pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez akan kembali beraksi dalam sesi ujian pra-musim yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada minggu hadapan.

Pasukan Rapsol Honda mengesahkan bahawa juara dunia enam kali MotoGP itu dibenarkan kembali berlatih menggunakan jentera dua roda selepas masalah penglihatan (diplopia) yang dihadapinya akibat kemalangan ketika menjalani latihan pada hujung Oktober 2021 lalu telah pulih sepenuhnya.

Sebelum sesi ujian pra-musim di Sepang, beliau telah menunggang motosikal di trek motocross sebelum mencuba jentera Honda RC213V-S di Litar Portimao dan Honda CBR600RR di Aragon.

Rakan sepasukan Marc Marquez, Pol Espargaro.
Rakan sepasukan Marc Marquez, Pol Espargaro.

Oleh itu, Marc Marquez yakin telah berada dalam keadaan sihat sepenuhnya untuk menunggang jentera MotoGP untuk musim 2022 bermula sesi ujian rasmi di Sepang sebelum berangkat ke litar Mandalika, Indonesia pada minggu berikutnya. Beliau juga akan ditemani rakan sepasukannya, Pol Espargaro untuk mendapatkan keserasian dengan jentera RC213V-S baharu. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).