☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 Januari 2022

Ujian Pra-Musim MotoGP di Sepang, Kehadiran Penonton Dibenarkan

Berita gembira buat para peminat sukan MotoGP di Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah mengumumkan bahawa orang ramai dibenarkan hadir ke litar Sepang untuk melihat sesi ujian rasmi pra-musim MotoGP pada 5hb & 6hb Februari 2022.

Apa yang lebih menarik, kemasukan adalah percuma di ruang Main Grandstand buat individu yang telah lengkap divaksinasi. Setelah dua musim tanpa perlumbaan motogp di litar Sepang, Peminat MotoGP akhirnya berpeluang untuk menyaksikan para pelumba beraksi dalam sesi ujian rasmi dua hari itu seperti Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia, Marc Marquez, Joan Mir, Jack Miller, Johann Zarco, Maverick Vinales, Franco Morbidelli, Andrea Dovizioso dan ramai lagi.

“Ini merupakan sukan permotoran antarabangsa pertama di Malaysia sejak berlakunya wabak pendamik covid-19 yang melanda Dunia pada awal tahun 2020. Ia adalah satu permulaan yang amat baik bagi musim 2022 untuk memulihkan industri sukan di Malaysia. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atas sokongan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, En. Azhan Shafriman Hanif.

Oleh itu, pihak SIC amat komited dan mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) serta garis panduan yang ditetapkan oleh KKM, MKN dan KBS untuk membendung penularan Covid-19. RR

Sumber gambar: https://www.motogp.com/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.