Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Mac 2022

MotoGP 2022: Perlumbaan Makin Hampir. Siapa pesaing utama musim ini?

Menjelang pembukaan musim 2022 ini. Nak buat ramalan mengenai bakal juara pun bukanlah senang. Selain kemampuan para pelumba yang bertambah mantap, prestasi enjin serta rekabentuk luaran yang aerodinamik adalah faktor penting untuk berada di hadapan.

Juara MotoGP 2021, Fabio Quartararo.
Juara MotoGP 2021, Fabio Quartararo.

Melihat senarai nama pelumba MotoGP, sememangnya semua hebat-hebat belaka. Namun begitu ada empat pelumba yang dikatakan bakal memberikan saingan cukup sengit. Mereka ialah Juara 2021, Fabio Quartararo (Yamaha), Juara 2020, Joan Mir (Suzuki), Juara 8 Kali, Marc Marquez (Honda) dan Naib Juara 2021, Francesco Bagnaia (Ducati).

Joan Mir, Juara MotoGP 2020.
Joan Mir, Juara MotoGP 2020.
Dari kiri: Pecco, Fabio dan Mir sempat meluangkan masa sebelum bermulanya saingan 2022.
Dari kiri: Pecco, Fabio dan Mir sempat meluangkan masa sebelum bermulanya saingan 2022.

Fabio Quatararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) yang sebelum ini menyatakan masih kurang berpuas hati dengan prestasi jenteranya sudah tentu akan mendapatkan talaan terbaik sebelum perlumbaan rasmi pusingan pertama dijalankan.

Ini merupakan musim keempatnya dalam kelas prima dan sudah pasti semua mata akan memandang jentera bernombor 20 itu. Tahun lalu Fabio telah menunjukkan kesungguhan dan semangat yang luar biasa untuk memenangi lapan pusingan, kedudukan podium yang membanggakan termasuklah meraih posisi pole sebanyak 18 kali. Adakah masalah top speed yang kurang padu akan mengganggunya?

Francesco Bagnaia 'kiri' & Jack Miller.
Francesco Bagnaia 'kiri' & Jack Miller.
Jentera Suzuki GSX-RR yang menggerunkan pihak lawan.
Jentera Suzuki GSX-RR yang menggerunkan pihak lawan.
Marc Marquez 'kiri' dan Pol Espargaro sedia menyahut cabaran.
Marc Marquez 'kiri' dan Pol Espargaro sedia menyahut cabaran.
Pelumba baru, Darryn Binder bersama Andrea Dovizioso 'atas motor'.
Pelumba baru, Darryn Binder bersama Andrea Dovizioso 'atas motor'.

Joan Mir (Suzuki Ecstar) pula terkenal sebagai pelumba yang konsisten dan usaha itu terbuktikan apabila meraih gelaran juara MotoGP dua tahun lalu. Apa pun, Mir dilihat agak sukar untuk mendapatkan kedudukan yang baik pada persaingan 2021 sehingga terpaksa melepaskan takhtanya.

Selepas beberapa sesi ujian di Malaysia dan Indonesia, Joan Mir mula mengukir senyuman selepas jentera Suzuki GSX-RR semakin laju manakala beberapa perubahan rekabentuk luaran membantu pengendalian jentera menjad lebih baik. Sasaran pasukan Suzuki ringkas tetapi tepat – mereka mahu takhta MotoGP semula.

Jaguh Ducati, Francesco Bagnaia (Pecco) sudah tentu antara pelumba yang pastinya akan memberi persembahan memukau pada perlumbaan pembukaan nanti. Tahun lalu, anak didik VR46 ini membuka mata dunia dengan tunggangan yang penuh sensasi sehingga dapat meraih kemenangan di empat dari enam pusingan terakhir.

Desmosedici GP 22
Desmosedici GP 22

Pecco menyatakan bahawa perlumbaan pembuka tirai amat penting untuk menilai tahap tumpuan, kekuatan fizikal dan mental. Litar Qatar memang sangat sesuai dengan karaktor Desmosedici GP dan Pecco cukup berkeyakinan untuk mencapai keputusan terbaik.

Adakah dia benar-benar sihat? Jawapan mutlak untuk persoalan ini hanya di tangan Marc Marquez (Repsol Honda). Apa yang pasti, Marc dikenali sebagai seorang 'fighter' dan akan bermati-matian untuk mencipta kemenangan. Ketika sesi ujian di Litar Sepang dan Litar Mandalika, pelumba Sepanyol itu sudah melangkah dengan penuh yakin untuk mencari keserasian dengan spesifikasi enjin serba beberapa pembaharuan yang dilakukan pada jentera RC213V.

Mampukan Marc Marquez menjulang Kejuaraan Dunia buat kali kesembilan?

Aksi Pol Espargaro di Litar Mandalika.
Aksi Pol Espargaro di Litar Mandalika.

Adakah kita dapat melihat Marc mencipta sejarah sebagai Juara MotoGP Ke-9 tahun ini? Ia tidak mustahil tetapi mungkin agar sukar memandangan terdapat beberapa pelumba muda dan 'garang' yang perlu ditewaskan terlebih dahulu.

Dari kiri: Joan Mir, Francesco Bagnaia, Cafu (bekas bintang bolasepak Brazil) dan Fabio Quartararo di Qatar.

Siapa patut dapat kad? Pecco atau Mir?

Selain keempat-empat pelumba ini, kesemua pelumba MotoGP sebenarnya adalah pesaingan yang sangat kompetitif dan berpengalaman yang sentiasa memiliki keupayaan untuk membuart kejuatan. RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Hakim Danish Ramli bersedia melupakan kekecewaan di Silverstone dan mengalihkan fokus kepada misi kebangkitan pada GP Aragon.

Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal Enfield meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagi kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.

Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.

Model Baru

Aveta Vanguard 250 Limited Edition Dilancarkan - RM17,188

Aveta Motor Malaysia memperkukuhkan lagi barisan skuter kembara mereka menerusi pelancaran Aveta Vanguard 250 Edisi Terhad.