☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 9 Mei 2022

Hakim Danish, Pelumba Malaysia Pertama Naik Podium di European Talent Cup!

Sekalung tahniah buat pelumba negara, Hakim Danish yang mempersembahkan tunggangan cukup cemerlang dalam saingan Hawkers European Talent Cup (ETC) pusingan pertama di Litar Estoril untuk meraih keputusan di tempat kedua.

Tahniah buat Hakim Danish dengan kejayaan di tempat kedua. Teruskan berusaha!
Tahniah buat Hakim Danish dengan kejayaan di tempat kedua. Teruskan berusaha!

Danish yang menunggang jentera bernombor 13 memiliki rentak yang cukup baik untuk memberi saingan sengit dalam kedua-dua perlumbaan yang diadakan. Dalam saingan Perlumbaan 1, pelumba berusia 15 tahun itu bermula di petak ke-10 dan menggunakan seluruh tenaga untuk berentap dengan para pelumba lain untuk mencari kedudukan yang baik. Selepas berjaya memintas beberapa orang pelumba, Danish berjaya menerima kibaran bendera penamat di tempat kelima.

Hakim Danish '13' cuba meninggalkan para pencabarnya.
Hakim Danish '13' cuba meninggalkan para pencabarnya.
Hakim Danish 'tiga dari kiri' dan Zulfahmi Khairudin siap sedia menggalas cabaran.
Hakim Danish 'tiga dari kiri' dan Zulfahmi Khairudin siap sedia menggalas cabaran.
Danish '13' berjaya menewaskan Alberto Ferrandez dalam perebutan tempat kedua.
Danish '13' berjaya menewaskan Alberto Ferrandez dalam perebutan tempat kedua.

Perlumbaan 2 ternyata lebih mencabar! Danish bermula di petak ke-12. Dengan semangat yang cukup membara, Danish berjaya mengenepikan para pencabar lain untuk berada di depan. Jenteranya yang telah ditala dengan cukup sempurna membolehkan Danish mencipta sejarah sebagai pemenang tempat kedua ETC GP Estoril dibelakang Juara GP Estoril, Joel Esteben dari Sepanyol.

Dengan kedudukan tempat P5 dalam Perlumbaan 1 dan naib juara Perlumbaan 2, Danish kini berada di tangga kedua keseluruhan dengan 31 mata. Tempat pertama diungguli oleh Joel Esteben yang menyapu bersih kedua-dua saingan untuk mengumpul 50 mata. Tempat ketiga dimenangi oleh Guido Pini dengan 29 mata. RR

Isu Pada

Jun 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.