☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 7 Jun 2022

Quartararo Menang, Espargaro Terlepas Podium, Nakagami Sangat Bernasib Baik

Ini mungkin antara pusingan MotoGP yang sukar untuk kita lupakan. Pertama, jom kita tumpukan perhatian kepada kemampuan Fabio Quartararo dan jentera Yamaha YZR-M1nya yang berjaya menewaskan para pencabar khususnya Ducati yang sering mempamerkan kemantapannya memecut. Kali ini mereka semua terpaksa akur dengan aksi cemerlang pasukan Yamaha.

Dari kiri: Jorge Martin, Fabio Quartararo & Johann Zarco.
Dari kiri: Jorge Martin, Fabio Quartararo & Johann Zarco.

Insiden di Selekoh 1 yang melibatkan Francesco Bagnaia, Alex Rin dan Takaaki Nakagami memang cukup menakutkan. Nakagami cuba memintas dari dalam tetapi apabila cuba membrek dengan keras, tayar hadapannya hilang cengkaman dan membuang menyebabkan Pecco serta Rins melayang keluar litar.

Berikutan daripada kemalangan itu, Alex Rins mengalami keretakan pada bahagian tangannya manakala Nakagami sendiri sangat-sangat bernasib baik kerana kecederaannya tidak begitu serius. Jika kita melihat semula insiden perlanggaran tersebut, memang sangat mengerikan dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Alex Rins 'kiri'.
Alex Rins 'kiri'.
Gambar Takaaki Nakagami yang diambil dari akaun instagram beliau.
Gambar Takaaki Nakagami yang diambil dari akaun instagram beliau.

Beberapa pihak telah meletakkan kesalahan itu di atas bahu Nakagami. Cara tunggangannya dikatakan berbahaya dan ia bukanlah kali pertama berlaku. Pecco dan Rins juga menyuarakan pandangan mereka di atas keputusan yang dibuat oleh pihak Dorna yang seperti ia bukanlah isu yang sangat penting.

Aleix Espargaro '41' cuba mengekang kemaraan Jorge Martin.
Aleix Espargaro '41' cuba mengekang kemaraan Jorge Martin.

Ternyata insiden yang berlaku telah mengundang 1001 komen daripada jutaan para penonton dan peminat MotoGP di seluruh dunia. Ada yang menyokong kenyataan bahawa Nakagami adalah pelumba yang berbahaya dan ramai juga yang menafikannya. Anda bagaimana?

Kembali ke perlumbaan! Quartararo memecut tanpa mempedulikan apa yang sedang berlaku. Dari 1 saat, juara bertahan ini berjaya membuka jarak sehingga 6 saat di depan menjelang beberapa lap sebelum tamat.

Di belakang, perebutan tempat kedua masih rancak. Aleix Espargaro yang bermula di petak pertama cuba menahan serangan Jorge Martin dan Johann Zarco yang tidak henti-henti mengacah. Martin berjaya memintas tetapi kedudukan itu tidak kekal lama apabila A. Espargaro menggunakan ketangkasan jenteranya untuk merampas semula posisi tersebut. Fabio Quartararo mengakhiri saingan di Catalunya dengan 25 mata dan meneruskan kempennya untuk meraih takhta juara untuk musim 2022.

Joan Mir menamatkan saingan di tempat ke-12.
Joan Mir menamatkan saingan di tempat ke-12.
Maverick Vinales semakin mantap untuk berada di tempat ketujuh.
Maverick Vinales semakin mantap untuk berada di tempat ketujuh.

Adakah Fabio mampu mengulangi kecemerlangannya seperti musim lepas?

Aleix Espargaro yang cukup cemerlang bersama jenteranya membuat kesilapan yang sangat merugikan. A. Espargaro dikatakan tidak melihat papan info yang dipaparkan oleh krew pasukan sebaliknya hanya berpandukan kedudukan yang terpapar di menara digital menyebabkan dia telah 'meraikan kemenangannya' satu lap lebih awal.

A. Espargaro dilihat dengan jelas mengangkat tangannya dan melambai-lambai ke arah para penonton bagaikan perlumbaan telah tamat sedangkan ia adalah Lap Akhir. Apabila sedar telah dipintas oleh para pelumba lain, barulah A. Espargaro kembali memecut tetapi apakan daya, dia hanya tamat di tempat kelima dan hilang sembilan mata penting.

Litar Catalunya tidak memberikan pengalaman baik buat pasukan Repsol Honda.
Litar Catalunya tidak memberikan pengalaman baik buat pasukan Repsol Honda.

Sememangnya ia bukan kali pertama berlaku dalam perlumbaan dan bukanlah salah pelumba semata-mata tetapi memang cukup kasihan buat mereka yang telah berusaha untuk dapatkan posisi sejak di sesi kelayakan. Usaha itu kemudiannya sia-sia akibat kecuaian sendiri. Di harap ia menjadi teladan buat para pelumba lain.

Tahniah buat semua pelumba dan berjumpa lagi di pusingan akan datang yang bakal berlangsung di Litar Sachsenring, Jerman pada 19 Jun nanti. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.