Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 30 Mac 2023

Apakah Maksud Sprint Race dalam MotoGP 2023?

Anda mungkin perasan terdapat satu sesi perlumbaan yang pendek pada hari Sabtu lepas ketika pusingan pembukaan MotoGP musim 2023 yang berlangsung di Portugal.

Sesi perlumbaan yang lebih singkat itu dinamakan Sprint Race, dan ia merupakan format yang baharu buat kejuaraan MotoGP, yang mengikut langkah World Superbike Championship (WSBK) dan Formula 1 (F1).

Jadi marilah kita selidik dengan lebih mendalam mengenai perlumbaan ini.

Sprint Race ini akan berlangsung pada setiap 21 pusingan MotoGP bermula tahun ini, dan ini membawa jumlah perlumbaan tahun ini kepada 42.

Pihak pengelola MotoGP berharap perlumbaan pendek ini dapat memberikan lebih nilai kepada pemegang tiket di litar serta menarik lebih banyak penonton di rumah pada hari Sabtu.

Oleh yang demikian, terdapat beberapa perubahan kepada jadual perlumbaan setiap minggu:

  • Dua sesi latihan yang mengambil kira masa yang dicatat oleh pelumba, iaitu P1 dan P2 (namanya ditukar daripada FP1 dan FP2).
  • 10 pelumba dengan masa terpantas akan layak ke sesi kelayakan Q2 secara automatik.
  • Pelumba yang mencatatkan masa ke 11 terpantas dan seterusnya akan memasukki sesi kelayakan Q1.
  • Aksi bagi kelas MotoGP dimulakan dengan sesi latihan bebas (Free Practice atau FP), iaitu masa yang mereka catat tidak mempengaruhi kedudukan grid mereka.
  • Sesi Q1 akan dimulakan 10 minit setelah tamatnya sesi FP.
  • 2 pelumba terpantas dalam sesi Q1 akan melayakkan diri ke sesi Q2. Pelumba-pelumba yang lain akan memulakan perlumbaan daripada tempat grid ke-13 dan ke bawah.
  • Sesi Q2 akan bermula 10 minit selepas tamatnya sesi Q1.
  • Sesi Q2 ini akan menentukan petak grid daripada yang pertama ke tempat ke-12.
  • Pelumba-pelumba akan memulakan perlumbaan Sprint Race serta Race utama daripada tempat grid permulaan yang ditentukan di dalam sesi Q1 dan Q2.
  • Sprint Race akan bermula pada pukul 3 petang, waktu tempatan.
  • Sesi Free Practice 4 (FP4) telah dilupuskan.
  • Race utama akan bermula pada pukul 2, waktu tempatan.

Jarak perlumbaan Sprint Race ialah separuh daripada jarak Race utama di setiap pusingan. Contohnya, Race utama di Litar Antarabangsa Sepang ialah 26 lap, jadi Sprint Race akan berlangsung untuk 13 lap.

Pelumba akan diberikan separuh daripada mata penuh yang boleh diperoleh di dalam Race utama. Contohnya, tempat pertama di dalam Sprint Race memberikan 12 mata hingga 1 mata bagi tempat ke-9, berbanding dengan 25 mata bagi pemenang sehingga 1 mata bagi pelumba yang mendapat tempat ke-15 di dalam Race utama.

Namun, apa yang peliknya ialah mata-mata yang dikumpul di dalam Sprint Race tidak dicampurkan dengan mata yang diperolehi di dalam Race utama bagi kedudukan kejuaraan. Ini bermaksud terdapat Kejuaraan Sprint Race yang tersendiri, berbeza dengan WSBK dan F1.

Kerana Sprint Race hanya berlangsung untuk separuh daripada jarak Race utama, bahanapi yang dibenarkan ialah 12 liter (tambah 1 liter) daripada 22 liter yang dibenarkan untuk Race utama.

Tiada pemberian tayar yang khusus untuk Sprint Race, tidak seperti WSBK. Ia bergantung kepada bagaimana sesuatu pasukan untuk menguruskan jumlah tayar yang dibenarkan untuk setiap pusingan.

Peraturan jumlah enjin bagi setiap musim tetap sama kerana FP4 telah digantikan dengan Sprint Race.

Peraturan penalti untuk kesalahan ketika Sprint Race kekal sama, iaitu ia akan diberikan ketika perlumbaan itu ataupun ketika Race utama.

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Warna Baru Untuk Honda CBR650 R E-Clutch & CB650R E-Clutch

Boon Siew Honda (BSH) hari ini mengumumkan ketibaan warna baru untuk model CBR650 R E-Clutch & CB650R E-Clutch.

Warta Roda

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR.

Model Baru

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR.

Dari Litar

Marco Bezzecchi Kekal Digantung Di GP Czech

Hukuman yang dikenakan Marco Bezzecchi kekal.