☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 12 April 2023

Marc Marquez Terlepas Saingan MotoGP Pusingan Ketiga

Marc Marquez yang dijangka akan kembali bersaing dalam pusingan ketiga di GP Amerika pada hujung minggu ini tidak kesampaian selepas dia membuat pengumuman di laman Twitternya bahawa kecederaan yang dialami masih belum pulih sepenuhnya.

Selepas melakukan imbasan CAT terakhir di Hospital Ruber Internacional Madrid, Marc Marquez dan pasukan perubatannya yang diketuai oleh Dr. Ignacio Roger de Ona telah mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh pelumba pasukan Repsol Honda masih dalam proses pemulihan.

Repsol Honda Team dan HRC serta semua yang terlibat telah membuat keputusan untuk meneruskan pemulihan Marc Marquez agar kecederaan itu pulih sepenuhnya untuk mengelakkan sebarang risiko yang berbahaya.

Juara dunia MotoGP sebanyak enam kali itu telah mengalami patah tulang pada tulang metakarpal pertama di tangan kanannya dalam GP Portugal pada bulan lalu.

Marc Marquez kini menjalani proses pemulihan di rumah agar kembali dalam keadaan cergas dengan secepat mungkin. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.