☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 Mac 2024

Qabil Irfan Bakal Wakili Negara Dalam Spanish Superbike Championship (ESBK)

Qabil Irfan, Juara FIM MiniGP Dunia Tahun 2023, bakal menyertai Kejuaraan Spanish Superbike (ESBK) dalam kategori Moto4 bersama pasukan Sepanyol, VHC Frando Racing untuk musim penuh tahun 2024.

Qabil Irfan merangkul takhta juara keseluruhan FIM MiniGP World Series 2023 di Valencia, Sepanyol tahun lalu.
Qabil Irfan merangkul takhta juara keseluruhan FIM MiniGP World Series 2023 di Valencia, Sepanyol tahun lalu.

Kategori Moto4 ini merangkumi pelumba berusia 12 hingga 14 tahun dan akan bersaing di litar-litar di Sepanyol dan Portugal. Moto4 adalah motosikal Fullframe yang bersesaran 150cc dengan rim 17-inci.

Qabil akan berlepas ke Sepanyol pada Ahad ini (10 Mac) bersama ayahnya, Azlan untuk mengikuti ujian pra-musim pada 16 & 17 Mac di Litar Jerez dan akan kekal di sana sehingga Pusingan Pertama di Circuito de Jerez pada 6 & 7 April. Kejuaraan ESBK akan diadakan sebanyak 7 pusingan.

Pada masa yang sama, Qabil juga akan turut serta dalam FIM MiniGP Malaysia Series kategori 190cc pada tahun ini.

Qabil 'kiri' & Zulfahmi.
Qabil 'kiri' & Zulfahmi.

"Penyertaan Qabil dalam ESBK tahun ini merupakan satu inisiatif baru yang kami ambil untuk memperluaskan lagi karier Qabil. Selepas kejayaannya dalam Kejohanan FIM MiniGP Siri Malaysia dan juga World Finals, kami melihat bahawa pada usia 12 tahun ini, Qabil sudah bersedia untuk mengambil cabaran dalam kategori Moto4 di litar-litar Eropah. Ini memberikan peluang baginya untuk mendapatkan pengalaman awal dalam suasana serta persaingan dunia dua roda di Eropah," komen Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin. RR

Berikut adalah Jadual ESBK Tahun 2024:

  • Ujian Pra-Musim | 16 & 17 Mac | Litar Jerez, Sepanyol
  • Pusingan 1 | 6 & 7 April | Litar Jerez, Sepanyol
  • Pusingan 2 | 1 & 2 Jun | Litar Valencia, Sepanyol
  • Pusingan 3 | 6 & 7 Julai | Litar Estoril, Portugal
  • Pusingan 4 | 27 & 28 Julai | Litar Catalunya, Barcelona, Sepanyol
  • Pusingan 5 | 31 Ogos & 1 September | Litar Estoril, Portugal
  • Pusingan 6 | 26 & 27 Oktober | Litar Navarra, Sepanyol
  • Pusingan 7 | 2 & 3 November | Litar Jerez, Sepanyol

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.