☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 Mac 2024

ARRC 2024 (Litar Buriram): Azlan Shah...Hafizh Syahrin...Pamer Tunggangan Bertenaga!

Saingan Kejuaraan FIM Asia Road Racing pusingan pertama yang berlangsung di Litar Buriram Sabtu & Ahad lalu telah mempamerkan tunggangan penuh bertenaga oleh para pelumba negara. Tiga rider 'otai' Malaysia iaitu Azlan Shah Kamaruzaman, Md Zaqhwan Zaidi dan Hafizh Syahrin Abdulllah sememangnya memiliki rentak dan semangat juang yang cukup tinggi.

Juara Perlumbaan 1 ASB1000, Azlan Shah Kamaruzaman.
Juara Perlumbaan 1 ASB1000, Azlan Shah Kamaruzaman.

Dalam Perlumbaan 1, kemunculan semula Hafizh Syahrin sangat ditunggu-tunggu tetapi sayangnya apabila jenteranya menghadapi masalah teknikal yang menyebabkan pasukan JDt Racing terpaksa bersara lebih awal.

Andi Farid, kini berada di tangga tertinggi carta dengan 45 mata.
Andi Farid, kini berada di tangga tertinggi carta dengan 45 mata.
Para pemenang ASB1000 Race 1: Dari kiri: Andi Farid, Azlan Shah & Zaqhwan Zaidi.
Para pemenang ASB1000 Race 1: Dari kiri: Andi Farid, Azlan Shah & Zaqhwan Zaidi.

Dalam lap ke-4, Azlan mula menyerang para pelumba di depan yang terdiri daripada Nakarin Atiratphuvapat, Andi Farid Izdihar dan Yuki Kuni. Perebutan tempat pertama di antara Azlan dan Ardi, pelumba dari Indonesia itu memang cukup sengit sehinggalah Azlan berjaya memintas dari dalam pada selekoh terakhir untuk menerima kibaran bendera penamat sebagai juara.

Zaqhwan yang berada kira-kira 3 saat di belakang Andi turut berjaya ke podium sebagai pemenang ketiga diikuti oleh Yuki Nakarin masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Permulaan saingan akhir yang mendebarkan.
Permulaan saingan akhir yang mendebarkan.
Hafizh 'jentera biru JDT' mengejar dua pelumba di depannya dengan tenang.
Hafizh 'jentera biru JDT' mengejar dua pelumba di depannya dengan tenang.

Perlumbaan kedua pula menyaksikan kebangkitan semula Hafizh Syahrin menebus kekecewaan dalam saingan pembuka tirai. Walaupun jentera Ducati Panigale V4R milik Hafizh masing baru, masih dalam fasa pembangunan, dia tetap cuba untuk memberi cabaran.

Andi '23' diberi tentangan hebat oleh Hafizh '55', Nakarin '41', Azlan Shah '25' & Yuki.
Andi '23' diberi tentangan hebat oleh Hafizh '55', Nakarin '41', Azlan Shah '25' & Yuki.
Hafizh Syahrin mengerah seluruh tenaga untuk mengejar Andi di depan. Krefit Foto: FB Official Fan Club Hafizh Syahrin.
Hafizh Syahrin mengerah seluruh tenaga untuk mengejar Andi di depan. Krefit Foto: FB Official Fan Club Hafizh Syahrin.
Para pemenang ASB1000 Perlumbaan 2. Dari kiri: Haifzh Syahrin, Andi Farid dan Nakarin  Atiratphuvapat.
Para pemenang ASB1000 Perlumbaan 2. Dari kiri: Haifzh Syahrin, Andi Farid dan Nakarin Atiratphuvapat.

Akhirnya, saingan kedua kelas ASB1000 ini telah dimenangi oleh Andi Farid dengan catatan masa 20:49.192s diikuti Hafizh yang hanya 0.771s di belakang, seiring dengan Nakarin yang hampir-hampir berjaya memintas. Azlan tamat di tempat kelima, Zaqhwan keenam manakala dua lagi pelumba negara iaitu Kasma Daniel dan Teo Yew Joe masing-masing di tempat ke-10 dan ke-13. RR

Kedudukan Keseluruhan Para Pelumba

  • Andi Farid Izdihar                    45 mata
  • Azlan Shah Kamaruzaman     36 mata
  • Nakarin Atiratphuvapat           27 mata
  • Md Zaqhwan Zaidi                  26 mata
  • Yuki Kuni                                 26 mata
     

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.