☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 April 2024

Pusingan Pertama Penuh Cabaran Buat Danish & Danial

Secara keseluruhannya, prestasi yang ditunjukkan oleh para pelumba negara dalam saingan pembukan tirai FIM JuniorGP World Championship 2024 cukup membanggakan. Kedua-dua pelumba berjaya menamatkan saingan untuk kali ini di tempat yang agak baik.

Danish Hakim.
Danish Hakim.

Dalam saingan pertama, Hakim Danish menunjukkan tunggangan mantap untuk berada di antara 10 pelumba terbaik. Sayangnya dia telah dikenakan penalti (3 saat) yang membuatkan jatuh ke posisi ke-9 di saat akhir. Danish akui bahawa perlumbaan pertama itu agak sukar kerana ramai pelumba yang laju dan saling cabar mencabar.

Danial Syahmi.
Danial Syahmi.

Bagi Danial Syahmi pula, dia menghadapi sedikit masalah dari segi prestasi enjin yang menyebabkan sukar untuknya sampai ke kelompok depan. Dalam lap ke-8, Danial melakukan kesilapan (menekan brek belakang di tempat yang berbonggol) yang mengakibatkan gagal untuk berhentikan motor dan terlajak.

"Saya kemudiannya push untuk kejar group depan tapi saya telah high-side di selekoh ke-3 yang menyebabkan kecederaan di bahagian tangan kiri dan bahagian punggung."

PERLUMBAAN 2:

Skrip kali ini berbeza. Walaupun dalam kesakitan, Danial masih mampu untuk memberi cabaran sehinggalah dia hilang tenaga untuk memberi tekanan buat para pelumba lain. Danial berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 dengan perbezaan jarak sekitar 5 saat dari pemenang tempat pertama.

Keputusan yang baik dalam Perlumbaan 1 telah membakar semangat Danish untuk mencari kedudukan lebih baik. Danish berada di kelompok hadapan dan cuba untuk mendapatkan posisi lebih baik dari masa ke semasa menewaskan para pelumba lain.

Tunggangan mantap dari Hakim Danish.
Tunggangan mantap dari Hakim Danish.

"Pada 2 lap terakhir, ada pelumba langgar saya dari belakang. Saya dapat menyambung semula saingan tetapi hanya berpuas hati di posisi ke-15. Terima kasih kepada yang support saya di pusingan ni. Jangan lupa support saya untuk pusingan ke-2 nanti,” Danish Hakim.

Pengurus Pasukan, Zulfahmi Khairuddin menyifatkan Prestasi Keseluruhan minggu untuk Danish sangat baik. "Danish menunjukkan progres yang baik dari Sesi Latihan hingga Perlumbaan. Pasukan melakukan kerja yang baik untuk mencari setup terbaik semasa latihan pada hari Jumaat. Danish cukup kompetitif bertarung di kelompok hadapan. Ia hanya nasib tidak menyebelahinya untuk Perlumbaan 2."

Danial mampu raih di tempat ke-10 walaupun masih cedera.
Danial mampu raih di tempat ke-10 walaupun masih cedera.

"Untuk Danial pula, pada hari pertama, dia agak lambat dan menyukarkan untuk progres. Dia juga menghadapi masalah dengan tayar belakang semasa sesi kelayakan diikuti kemalangan dalam perlumbaan. Dia cedera di tangan kiri dan pinggul. Di Perlumbaan 2, Danial menamatkan P10, agak baik selepas kemalangan itu. Terima kasih kepada pasukan, penaja dan semua orang yang menyokong dan mempercayai kami. Kami akan terus memberi cabaran di Estoril dalam masa 2 minggu lagi," Zulfahmi. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.