☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 April 2024

WorldSBK 2024: Race Pertama, Tempat Pertama - Pilihan Tayar Terbaik oleh Nicholas Spinelli!

Selain kecekapan dan kuasa pecutan, pilihan tayar merupakan faktor yang sangat penting untuk meraih kemenangan. Macam-macam boleh berlaku kalau salah pilih tayar dan tindakan berani Nicholas Spinelli (Barni Spark Racing Team) di Litar TT Assen dalam Perlumbaan 1 menggunakan tayar jenis 'Intermediate' telah menyumbang kepada gelaran juara dalam perlumbaan pertamanya di WorldSBK.

Kemenangan yang tidak diduga sama sekali oleh Nicholas Spinelli.
Kemenangan yang tidak diduga sama sekali oleh Nicholas Spinelli.
Nicholas meraih kemenangan selepas bijak memilih tayar.
Nicholas meraih kemenangan selepas bijak memilih tayar.

Nicholas merupakan pelumba gantian untuk Danilo Petrucci yang cedera dan satu-satunya pelumba yang memilih tayar jenis itu. Pelumba dari Itali itu juga membuktikan pilihannya tepat apabila memecut dengan cukup bertenaga sejak dari awal perlumbaan sehingga ia dibatalkan (bendera merah) kerana berlakunya masalah teknikal untuk Andrea Locatelli.

Toprak Razgatlioglu '54' berada di tangga kedua keseluruhan dengan 117 mata.
Toprak Razgatlioglu '54' berada di tangga kedua keseluruhan dengan 117 mata.

Terdahulu, Jonathan Rea (Pata Prometeon Yamaha) juga telah berjaya mencapai kemenangan dalam Perlumbaan Superpole yang dijalankan dalam litar yang basah. Pelumba Ireland Utara itu meraih petak pertama dan ia adalah kali ke-44 dalam kariernya dan kali pertama untuk Yamaha. Dengan kejayaan itu, Rea meneruskan tunggangan penuh yakin Perlumbaan 1 dengan meraih tempat keenam.

Jonathan Rea puas hati dapat kembali ke podium.
Jonathan Rea puas hati dapat kembali ke podium.
Nicolo Bulega.
Nicolo Bulega.
Nasib tidak menyebelahi Andrea Iannone yang terbabas dalam Perlumbaan 1.
Nasib tidak menyebelahi Andrea Iannone yang terbabas dalam Perlumbaan 1.
Alvaro Bautista '1' berjaya meraih 25 mata selepas menjuarai Perlumbaan 2.
Alvaro Bautista '1' berjaya meraih 25 mata selepas menjuarai Perlumbaan 2.

Pendahulu kejuaraan Nicolo Bulega (Aruba.it Racing – Ducati) bermula dari barisan hadapan petak tetapi akhirnya terpaksa berpuas hati di kedudukan ke-11 di penghujung perlumbaan. Nicolo masih mengekalkan kedudukannya sebagai pendahuluan kejuaraan tetapi kini hanya satu mata di hadapan Razgatlioglu dan Bautista. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.