☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 15 Julai 2024

Qabil Terus Kebal Untuk Raih Kemenangan Berganda!

Saingan Pusingan 3 kejuaraan FIM MiniGP Malaysia Series 2024 berakhir di pulau lagenda Langkawi dengan para pelumba pilihan kembali garang untuk menguasai perlumbaan sekali gus meletakkan nama mereka di tempat terbaik dalam kejuaraan yang kini berbaki dua lagi pusingan.

Para pemenang MiniGP 190cc.
Para pemenang MiniGP 190cc.

Saingan kelas perdana 190cc terus diungguli oleh Qabil Irfan, yang prestasinya nyata dijulang dengan kejayaan cemerlang di Eropah baru-baru ini. Penunggang berusia 12 tahun itu menamatkan saingan 18 lap pada Perlumbaan 1 dengan catatan masa 19 minit 45.913 saat dan 6.296 di hadapan juara bertahan, Farish Hafiy. Tempat ketiga dimenangi oleh Adam Danial dengan disusuli oleh Adib Arsyad di tempat keempat.

Pertarungan sengit di antara Farish Hafiy '1' dan Qabil Irfan '4'.
Pertarungan sengit di antara Farish Hafiy '1' dan Qabil Irfan '4'.


Sharf Muhriz '67' bersaing cukup sengit untuk meraih tempat keempat.
Sharf Muhriz '67' bersaing cukup sengit untuk meraih tempat keempat.

Perlumbaan 2 menyaksikan Qabil Irfan dicabar hebat oleh Farish Hariy; tetapi masih terlalu gagah dan menang dengan kelebihan masa 2.917 saat. Tempat ketiga dimenangi oleh Adam Danial; dengan tempat keempat diduduki oleh Sharf Muhriz.

Qabil Irfan mencatat kutipan sempurna 150 mata; diikuti Faarish Hafiy di tempat kedua dengan pungutan 113 mata. Tiga pelumba – Adam Danial, Adib Arsyad dan Adam Aiman berkongsi kedudukan di tempat ketiga dengan 70 mata.

Mengikuti jejak langkah pelumba sensasi Qabil Irfan dalam saingan perdana 190cc yang terus tiada saingan, pelumba Ariel Marzuki dan Al-Adam Mikail turut mencatat kemenangan berganda dalam kelas perlumbaan masing-masing pada perlumbaan yang diadakan di Litar Lumba MORAC Adventure Park hari ini.


Selepas dicabar oleh para pelumba antarabangsa pada saingan Pusingan 2 di Sepang dalam saingan FIM MiniGP Malaysia 160cc, Ariel Marzuki enggan dikecewakan di Langkawi dengan menamatkan saingan 16 pusingan pada Perlumbaan 1 dengan catatan masa 18 minit 6.977 saat dan 0.490 saat di hadapan pelumba Vietnam, Nguyen Viet Tuan. Fahim Naufal menduduki tempat ketiga dengan diikuti oleh Qasha Irfan di tempat keempat.

Qasha Irfan.
Qasha Irfan.

Airel kembali lebih gagah pada Perlumbaan 2 untuk mencatat kemenangan lebih besar ke atas Nguyen Viet Tuan dengan kelebihan 4.627 saat, yang sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua; dengan diikuti Qayyim Razin di tempat ketiga dan Fahim Naufal di tempat keempat. 


Dengan kemenangan berganda di Langkawi, Ariel Marzuki kembali merampas kedudukan di persada kejuaraan FIM MiniGP Malaysia 160cc dengan memungut 127 mata untuk mengatasi Nguyen Viet Tuan dengan hanya 1 mata. Qayyim Razin menduduki tempat ketiga dengan 86 mata dan penunggang Indonesia, Kenzie Akbar di tempat keempat dengan 65 mata. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.