☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 15 Julai 2024

WSBK 2024: Toprak Sasar Menang Tiga 'Race' Setiap Pusingan

Pelumba Turki, Toprak Razgatlioglu sekali lagi mencipta kemenangan hatrik dan kali ini dia lakukannya di Litar Donington Park, UK. Ini bererti, sudah dua pusingan berturut-turut Toprak menang dalam semua perlumbaan untuk membawa pulang mata sempurna. Jika dikira dari Perlumbaan 2 di Assen bulan April lalu, Toprak meraih tempat pertama sudah 7 kali berturut-turut. "Saya sasarkan untuk menang semua perlumbaan di setiap pusingan!" Kata Toprak.

Kepantasan Toprak jelas gagal dicabar oleh mana-mana pelumba sejak di sesi kelayakan dan Superpole dengan catatan masa 1'25s (secara konsisten). Maka, pada perlumbaan 1...dia lah pemilik Posisi Pole, pelumba terpantas dan juara!

Macam biasa....Stoppie dari Toprak di garisan penamat!
Macam biasa....Stoppie dari Toprak di garisan penamat!
Para pemenang Perlumbaan 1. Dari kiri: Alex Lowes, Toprak Razgatlioglu & Alvaro Bautista.
Para pemenang Perlumbaan 1. Dari kiri: Alex Lowes, Toprak Razgatlioglu & Alvaro Bautista.

Dominasi pelumba BMW ini terus menggagalkan segala percubaan dan serangan para pelumba lain dari awal hingga bendera tamat dikibarkan. Ini juga rekod buat BMW yang meraih kemenangan hatrik pertama mereka dalam saingan WorldSBK.

Nicolo Bulega, pencabar terdekat Toprak.
Nicolo Bulega, pencabar terdekat Toprak.
Senyuman puas daripada Alex Lowes selepas dua kali di tangga podium.
Senyuman puas daripada Alex Lowes selepas dua kali di tangga podium.
Alex Lowes '22'.
Alex Lowes '22'.

Alex Lowes berjaya menang di tempat kedua dalam Perlumbaan 2, naik satu anak tangga berbanding Perlumbaan 1.Turut mencuri tumpuan ialah penyandang juara, Alvaro Bautista yang melakukan 'come back' dalam Perlumbaan 1 apabila meraih tangga ketiga podium walaupun bermula di P11. Namun begitu, Bautista gagal melakukan hal yang sama dalam saingan kedua.

Alvaro Bautista '1' akhirnya dipintas oleh Rea '65' dalam perebutan tempat ketiga Perlumbaan Superpole.
Alvaro Bautista '1' akhirnya dipintas oleh Rea '65' dalam perebutan tempat ketiga Perlumbaan Superpole.
Bautista memberi tumpuan penuh untuk mendapatkan momentum yang sebaiknya.
Bautista memberi tumpuan penuh untuk mendapatkan momentum yang sebaiknya.
Danilo Petrucci.
Danilo Petrucci.
Scott Redding.
Scott Redding.

Nicolo Bulega turut menikmati pusingan kali ini selepas berjaya menduduki tempat kedua untuk saingan Superpole dan Perlumbaan 2. Dalam saingan pertama, pelumba dari Itali ini hanya mampu untuk menamatkan cabaran di tempat keempat. Dia kini berada di tangga kedua keseluruhan, 41 mata di belakang Toprak. RR

Kedudukan Keseluruhan WorldSBK

  • TOPRAK RAZGATLIOGLU - 241 mata
  • NICOLO BULEGA - 200 mata
  • ALVARO BAUTISTA - 186 mata
  • ALEX LOWES - 165 mata
  • ANDREA LOCATELLI - 116 mata

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).