☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 12 Ogos 2024

WorldSBK 2024: Toprak Terus Dominasi Kelas Perdana, Raih Juara kali ke-13!

Juara Perlumbaan 1, Juara Perlumbaan Superpole & Juara Perlumbaan 2 - itulah kemenangan terbaru yang dicipta oleh Toprak Razgatlioglu dalam saingan kelas perdana musim ini. Pelumba Turki itu mencipta sejarah baru apabila meraih kemenangan ke-13 berturut-turut musim dan ia juga merupakan kemenangan ke-54, sesuai dengan jenteranya bernombor '54'.

Otai terus berbisa!
Otai terus berbisa!

Dalam saingan pertama, Razgatlioglu telah diberikan cabaran sengit oleh Alvaro Bautista yang turut memiliki rentak yang mengagumkan. Tidak melepaskan peluang untuk beradu tenaga di depan ialah Danilo Petrucci. Segala pengalaman digunakan oleh Bautisa untuk mencari helah bagi menewaskan Razgatlioglu yang menang, hanya 0.780s di depan.

Nicolo Bulega 'Ducati' mengejar Toprak dengan rapat.
Nicolo Bulega 'Ducati' mengejar Toprak dengan rapat.
Tahniah Alvaro Bautista dengan rekod 100 kedudukan podium.
Tahniah Alvaro Bautista dengan rekod 100 kedudukan podium.

Walaupun sekadar di tempat kedua, ia adalah kejayaan podium buat kali ke-100 buat juara bertahan itu dalam saingan WorldSBK dan ini adalah satu tanda aras yang amat membanggakan.

Alex Lowes memimpin perlumbaan sambil diekori rapat oleh para pelumba lain.
Alex Lowes memimpin perlumbaan sambil diekori rapat oleh para pelumba lain.
Danilo Petrucci '9' cuba bertungkus lumus mencari kemenangan sulung dalam Perlumbaan Superpole.
Danilo Petrucci '9' cuba bertungkus lumus mencari kemenangan sulung dalam Perlumbaan Superpole.
Juara Perlumbaan 1. Dari kiri: Petrucci, Razgatlioglu & Bautista.
Juara Perlumbaan 1. Dari kiri: Petrucci, Razgatlioglu & Bautista.

Bekas pelumba MotoGP, Danilo Petrucci yang hanya di tempat ketiga (Perlumbaan 1) kini cuba untuk menang dalam perlumbaan Superpole tetapi apakan daya, segala usahanya itu berjaya dinafikan oleh pelumba dari Turki, Razgatlioglu yang lebih pantas ke garisan penamat.

Perlumbaan 2 sekali lagi memberi kesukaran buat Razgatlioglu untuk mencatatkan kemenangan sempurna. Kali ini dia diberi tentangan hebat oleh duo pasukan Ducati iaitu Bautisa dan Nicolo Bulega. Serangan tanpa henti daripada pasukan 'merah' itu ditangangi dengan tenang hingga ke saat akhir.

Macam-macam boleh berlaku ketika perlumbaan dimulakan.
Macam-macam boleh berlaku ketika perlumbaan dimulakan.
Bautista terbabas dalam saingan kedua ketika cuba menyerang Razgatlioglu.
Bautista terbabas dalam saingan kedua ketika cuba menyerang Razgatlioglu.

Razgatlioglu melintasi garisan penamat dengan perbezaan masa hanya 0.035s di depan Bulega manakala pelumba Kawasaki, Alex Lowes tiba 6 saat kemudian di tempat ketiga diikuti Andrea Iannone, keempat.

Nicolo Bulega '11' berjaya melarikan diri daripada Andrea Iannone untuk muncul Naib Juara.
Nicolo Bulega '11' berjaya melarikan diri daripada Andrea Iannone untuk muncul Naib Juara.

Adam Norrodin terpaksa berpuas hati menamatkan saingan awal di tempat ke-20 tetapi jatuh 1 kedudukan dalam saingan Superpole.

Adam Norrodin.
Adam Norrodin.
Hafizh Syahrin memberikan tunggangan cukup padu. Kredit fofo: JDT Racing Team.
Hafizh Syahrin memberikan tunggangan cukup padu. Kredit fofo: JDT Racing Team.

Pusingan kali ini juga memperlihatkan kita kembalinya pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang menunggang jentera Ducati Panigale V4R. Hafizh menamatkan saingan di tempat ke-18 (Perlumbaan 1), ke-19 (Superpole) dan ke-22 (Perlumbaan 2). RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.