☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 Oktober 2024

Qabil Irfan & Nguyen Viet Tuan Juara FIM MiniGP Malaysia 2024

Tahniah buat Qabil Irfan dinobatkan sebagai juara keseluruhan kelas perdana 190cc FIM MiniGP Malaysia 2024 selepas mencipta kemenangan berganda (250 mata keseluruhan) dalam pusingan kelima di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang Semalam.

Qabil yang merupakan juara dunia 160cc tahun lepas akan diiringi ke Valencia oleh naib juara kelas 190cc iaitu Farish Hafiy selepas mengumpul sebanyak 193mata. Tangga ketiga menjadi milik Adam Aiman dengan mengumpul 121 mata.

Bagi kategori 160cc, pelumba dari Vietnam iaitu Nguyen Viet Tuan mencipta kejayaan dengan bergelar juara keseluruhan dalam kelas tersebut selepas menang dalam kedua-dua perlumbaan.

Selepas 10 perlumbaan dan 5 pusingan, Nguyen Viet Tuan mengumpul sebanyak 208 mata dengan hanya jarak 1 mata sahaja diantara naib juara keseluruhan Airel Marzuki (207 mata). Manakala Qayyim Razim yang menamatkan kedua-dua perlumbaan di tempat kelima sekali gus menempatkan dia di kedudukan ketiga keseluruhan selepas mengumpul 158 mata.

Nguyen Viet Tuan dan Airel Marzuki bakal bersaing di kejuaraan dunia di Valencia bagi kategori 160. Ini merupakan tugas berat buat mereka bagi mempertahankan mahkota kejuaraan yang dimenangi oleh Qabil Irfan tahun lepas.

Walaubagaimanapun, Qayyim turut bersaing di Kejuaraan Dunia di Valencia yang mewakili FIM MiniGP Indonesia selepas dia muncul juara keseluruhan saingan kategori 190cc FIM MiniGp Indonesia 2024.

SIC Ohvale Junior Championship

Al-Adam Mikail telah mencipta kemenangan berganda bagi mengesahkan dia juara keseluruhan dengan kutipan 241 mata diikuti Nafayl Darwisy di kedudukan kedua dan Hairith Fezzrul Iman di tangga ketiga keseluruhan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.