☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Mei 2019

Pasukan Honda Mula Tunjuk Belang

Tahniah buat pelumba Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem yang telah menunjukkan tunggangan mantap untuk merangkul kemenangan di dua pusingan berturut-turut bermula di perlumbaan pembuka tirai yang berlangsung di Jasin bulan lalu. Dengan kemenangan demi kemenangan ini, jentera Honda dilihat sudah mampu untuk memberi saingan kepada para pelumba Yamaha yang telah mendominasi kelas prima sejak dua musim yang lalu.

Selepas menang penuh bergaya di Melaka, Azroy turun ke Pulau Pinang dengan semangat dan harapan yang tinggi. Ini membolehkan dia berjaya mendapatkan petak grid kedua manakala Md Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang lebih pantas bermula di petak pertama. Seorang lagi pelumba Honda iaitu Md Helmi Azman turut cemerlang di sesi kelayakan untuk merebut petak ketiga.

Dalam perlumbaan akhir, Azroy terlebih dahulu diberi tentangan hebat oleh Akid, Syafiq, Helmi dan juara CP150 2018, Ahmad Afif yang meluncur laju ke hadapan dari barisan kedua. Akid terkandas pada lap pertama dan gagal menyambung semula. Afif yang berjaya memintas dua pelumba di depannya terus memburu Azroy yang cuba melarikan diri.

Kedua-dua pelumba berpengalaman ini kemudiannya bagaikan 'melekat' di antara satu sama lain. Walaupun begitu, segala usaha Afif untuk memintas gagal disebabkan kebijaksanaan Azroy menutup segala ruang yang ada. Kepantasan Azroy dan Afif gagal diekori oleh para pelumba lain yang ketinggalan 10 saat di belakang. Afif terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas Azroy muncul juara dengan catatan masa 17:34.904 saat.

Tempat ketiga dimenangi oleh pelumba yang tidak asing lagi, Ahmad Fazrul Sham yang mempamerkan tunggangan penuh pengalaman untuk menewaskan para pelumba muda. Tahniah untuk Fazrul!

CP115

Selepas gagal di Jasin, pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Syafiq Rosli berjaya menamatkan cabarannya di tempat pertama dengan menewaskan seorang lagi pelumba PETRONAS iaitu Ahmad Syukran dalam satu pertarungan yang sengit. Turut sama dalam perebutan tempat pertama itu ialah Adib Rosley yang sememangnya sudah benar-benar arif dengan selok belok litar Batu Kawan.

Syafiq yang bermula dengan baik cekap mengawal keadaan agar tidak melakukan kesilapan dan tidak ditewaskan oleh para pencabarnya. Pertarungan di antara Syafiq dan Syukran yang agak sengit berterusan dari lap pertama hingga akhir. Kemenangan berpihak kepada Syafiq dengan kelebihan 0.091 saat. Walaupun sekadar naib juara di Batu Kawan, Syukran kini mengumpul 40 mata penting untuk berada di tangga pertama carta keseluruhan.

WIRA

Kemenangan di Batu Kawan ternyata amat penting buat pelumba dari Johor, Md Aliff Danial untuk merapatkan dirinya dengan pendahulu keseluruhan Sharul Ezwan dari pasukan AFB Tech Racing. Selepas mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan, Aliff berjaya menggunakan kelebihannya untuk memimpin perlumbaan dengan selesa. Walaupun terpaksa menerima tekanan daripada para pelumba lain di awal saingan, Aliff tenang mengawal segala situasi untuk muncul juara.

Seramai 24 orang pelumba bersaing dalam kelas ini dan kesemuanya memiliki semangat yang cukup kental. Sharul Ezwan meraih 20 mata untuk berada di tangga tertinggi diikuti oleh Md Zaki (35 mata) manakala juara Pulau Pinang, Aliff berada di tangga ketiga dengan 30 mata.

Yamaha PETRONAS Super Series

Danish Afandi akhirnya berjaya menaiki podium tertinggi selepas muncul juara  di litar Batu Kawan dengan catatan masa 10:18.505s selepas hanya meraih tempat kedua di Jasin pada perlumbaan pertama. Perlumbaan ini disertai oleh 20 orang pelumba berusia di antara 14 hingga 16 tahun yang semuanya menunggang Yamaha Lagenda 115 si.

Walaupun masih di usia muda, mereka berjaya menguasai tunggangan dengan kemas sekali. Tempat kedua dimenangi oleh Md Arif manakala Md Aqil di tempat ketiga.

Cabaran Honda Dash 125

Dengan disiplin yang tinggi dan usaha gigih, Farid Hakimi telah berjaya menaiki podium sebagai juara untuk kali kedua berturut-turut. Turut gembira dengan kedudukan di podium ialah Md Zuhailnabil manakala Ahmad Syamil dari Selangor menamatkan saingannya kali ini di tempat ketiga.

Setiap jentera Honda Dash 125 yang bersaing di dalam kelas ini telah dilengkapi dengan tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa II yang menjamin kecemerlangan tunggangan di setiap masa dan permukaan litar. Pirelli Diablo Rosso Corsa II membantu para pelumba khususnya yang muda untuk kekal di laluan walaupun dalam kelajuan tinggi.

Cabaran Yamaha NVX

Persaingan kelas ini juga merupakan saat yang ditunggu-tunggu terutamanya para peminat skuter. Dengan rekabentuk dan corak hantaran kuasa yang sporty, Yamaha NVX terbukti mampu dikerahkan untuk berlumba di pelbagai jenis litar tidak kira besar atau kecil.


Cabaran Yamaha NVX dimenangi oleh Md Ashraffi M Razi dengan catatan masa 8:44.087 saat meninggalkan Md Hazim di tempat kedua dengan perbezaan hanya 0.087 saat. Kelincahan jentera ini digunakan sebaik-baiknya oleh 24 orang pelumba untuk mencapai kemenangan. Walaupun begitu, apa yang penting buat para pelumba muda ini ialah keazaman dan keinginan untuk menang tidak pernah padam.

Perlumbaan seterusnya akan diadakan di Tangkak, Johor pada 4-5 Mei ini, jom kita ke sana! RR

Isu Pada

Mei 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.