☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 Jun 2025

ESBK - Qabil Irfan Bangkit di Perlumbaan 2 Raih Kejuaraan

Tahniah buat pelumba muda negara iaitu Qabil Irfan juara dalam perlumbaan 2  pusingan kedua Espana Superbike Championship (ESBK) di Barcelona - Catalunya.

Dalam perlumbaan 1 yang cukup mencabar bersama cuaca panas yang mencecah suhu 45 darjah, Qabil Irfan berjaya melakukan 'hole shot' untuk mendahului perlumbaan. Lima pelumba di hadapan bersaing rapat dari awal sehinggalah akhir saingan. 

Sebaik sahaja di pusingan terakhir, berbaki lagi tiga sekeloh, kedudukan Qabil kini di tangga keempat.  Enzo Zaragoza selaku pendahulu terjatuh manakala Qabil Irfan pula memanfaatkan ruang slipstream untuk memintas pelumba di hadapan dan menamatkan perlumbaan di tempat kdua.

Untuk perlumbaan dua pula telah diramal bakal menjadi saingan yang sengit buat Qabil Irfan. Tujuh pelumba di hadapan bersaing rapat untuk merebut gelaran juara. Qabil turut mengatur strategi untuk tidak terlalu awal mendahului perlumbaan supaya dapat meminimumkan penggunaan tayar.

Pada pusingan terakhir, Qabil berjaya mengetuai perlumbaan dan mempertahankan kedudukannya walaupun ditentang ramai oleh pelumba di belakang. Qabil Irfan melepasi garisan penamat selaku juara diikuti Nikola Miroslavov di kedudukan kedua. Melengkapkan kedudukan podium ialah Alessio Arnold. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.