☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 Julai 2025

Marc Marquez, Pelumba Ducati Pertama Menangi 5 GP Berturut-turut!

Nak cakap apa lagi? Dominasinya berterusan...sehingga bagaikan sudah terlalu sukar untuk para pelumba lain merapatkan diri. Marc Marquez sekali lagi muncul juara, kali ini di GP Republik Czech semalam dengan menewaskan Marco Bezzecchi dari Aprilia hingga ke saat akhir. Saingan kali ini juga memberikan podium pertama buat pelumba KTM, Pedro Acosta yang berjaya menundukkan Francesco Bagnaia di saat akhir.

Marquez '93' dikejar oleh Bezzecchi '72' dan Acosta '37'.
Marquez '93' dikejar oleh Bezzecchi '72' dan Acosta '37'.

Terlebih dahulu, Francesco Bagnaia melakukan holeshot untuk memimpin perlumbaan tetapi dapat dipintas oleh M. Marquez. Posisi Marc di depan tidak lama, Pecco berjaya rapat sebelum memintas dan pada masa yang sama Fabio Quatararo dan Bezzecchi semakin dekat.

Marquez '93' akhirnya berjaya memintas Pecco untuk memimpin saingan.
Marquez '93' akhirnya berjaya memintas Pecco untuk memimpin saingan.
Marco Bezzecchi.
Marco Bezzecchi.

Kesilapan Pecco di selekoh berikutnya memudahkan Bezzecchi mencari ruang untuk mencelah. Pecco sekali lagi dipintas, kali ini oleh M. Marquez pula yang semakin pantas mengejar Bezzechi di depan. Di belakang, Alex Marquez yang sedang cuba mendapatkan rentak hilang cengkaman, terbabas dan melanggar Joan Mir yang ketika itu di hadapannya. Kedua-dua pelumba gagal ke garisan penamat.

Walaupun mendapat Holeshot, Pecco gagal menahan kedudukan apabila dipintas Marquez,
Walaupun mendapat Holeshot, Pecco gagal menahan kedudukan apabila dipintas Marquez,

Selepas berjaya memintas Bezzecchi, M. Marquez cuba untuk membuka jarak tetapi ternyata kali ini tugasan itu tidaklah begitu mudah. Bezzecchi pamerkan tunggangan yang cukup cemerlang untuk tidak ketinggalan jauh di belakang dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan jarak kurang daripada 2 saat. Pecco terpaksa akur apabila tewas di tangan Acosta yang akhirnya meraih kedudukan podium di tangga ketiga.

Usaha gigih Acosta akhirnya memberikan kemenangan tempat ketiga.
Usaha gigih Acosta akhirnya memberikan kemenangan tempat ketiga.

Jentera Ducati bernombor #93 sekali lagi menerima kibaran bendera penamat sebagai juara dan kali ini lebih istimewa apabila berjaya meletakkan namanya sebagai pelumba Ducati yang menjulang kemenangan dalam kelas prima sebanyak lima kali berturut-turut.

Fabio Quartararo, tempat keenam di Brno.
Fabio Quartararo, tempat keenam di Brno.
Nasib Joan Mir kurang baik, kali ini dilanggar A. Marquez pula.
Nasib Joan Mir kurang baik, kali ini dilanggar A. Marquez pula.

Tempat keempat menjadi milik Raul Fernandez diikuti jaguh pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, Quartararo. Bekas juara MotoGP, Jorge Martin kembali beraksi selepas sekian lama dibelenggu kecederaan dan berjaya meraih tempat ketujuh.

Ratusan ribu peminat MotoGP hadir ke Litar Brno.
Ratusan ribu peminat MotoGP hadir ke Litar Brno.

Saingan MotoGP yang kembali semula di Brno telah meraih kehadiran penonton seramai 219,544 sepanjang penganjuran. Padu! RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).