☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 Julai 2025

Qabil Irfan Kekal Pendahulu Keseluruhan ESBK

Pelumba muda negara, Qabil Irfan kekal sebagai pendahulu keseluruhan saingan Espana Superbike Championship kategori ESBK Talent selepas meraih tempat pertama dalam pelumbaan 1 dan keempat di perlumbaan 2 pusingan keempat.

Qabil dan pasukan memilih untuk tidak menyertai kelompok hadapan sepanjang sesi kelayakan. Strategi ini untuk memberi tumpuan sepenuhnya bagi mencari rentak dalam perlumbaan akhir. Qabil catat masa kedua terpantas dengan perbezaan +0.213 saat.

Race 1 - Perlumbaan satu cukup sengit yang melibatkan sembilan pelumba di kelompok hadapan. Qabil memulakan perlumbaan dengan sempurna di awal saingan sebelum dipintas beberapa pelumba sekaligus berada di kedudukan keempat.

Dengan menggunakan strategi yang baik, Qabil yang kekal di tempat keempat menunjukkan taringnya pada lap terakhir dengan memintas pelumba-pelumba lain satu demi satu. Qabil menamatkan perlumbaan 1 selaku juara dengan catatan masa terpantas 1:56.004 saat. Lebih pantas daripada masa yang direkodkan oleh Marco Holt pada sesi kelayakan iaitu 1:56.783 saat.

Race 2 - Qabil memulakan saingan dengan agak yakin untuk menjadi pendahulu pada awal pusingan sebelum diserang bertubi-tubi oleh pelumba lain. Perlumbaan kedua ini sangat mencabar di mana lima pelumba kelompok hadapan bersaing sengit sejak awal perlumbaan.

Pada pertengahan saingan, Qabil mengetui semula perlumbaan dan hampir menjadi juara sebelum dipintas oleh pelum-pelumba lain. Qabil kekal di kedudukan keempat sehingga ke akhir pusingan. pada waktu ini Qabil cuba menyerang untuk merebut kedudukan podium tetapi dihalang oleh pelumba lain. Beliau menamatkan perlumbaan dua di tempat keempat dan berjaya membawa pulang mata.

Qabil masih mengetuai kedudukan keseluruhan dengan kutipan sebanyak 173 mata diikut tangga kedua iaitu Izan Rodriquez dengan jarak 49 mata di antara pendahulu. Qabil akan bersaing di FIM MiniGP Malaysia di Litar Lumba Tangkak hujung minggu ini. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).