☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 16 September 2025

Marc Marquez Semakin Hampir Bergelar Juara Dunia MotoGP Yang Ketujuh

GP San Marino, Pusingan ke-16 - Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) semakin hampir untuk meraih gelaran juara dunia MotoGP selepas menewaskan Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) dalam perlumbaan penuh dramatik di Litar Misano. Kemenangan ini membolehkan Marc Marquez mengutip 25 mata penting, sekali gus membuka peluang untuk mucul juara duina dengan lebih awal di Jepun sekiranya keputusan memihak kepadanya.

Sebelum perlumbaan akhir bermula, Jorge Martin (Aprilia Racing) berdepan masalah teknikal pada jenetra RS-GP semasa pusingan pemanas. Pelumba dari Sepanyol itu terpaksa memulakan warm-up lap dari pit lane sebelum kembali ke petak asal, namun dikenakan Double Long Lap penalti akibat insiden tersebut.

Sebaik sahaja lampu bertukar Hijau, Bezzecchi terus memimpin perlumbaan, manakala Marc Marquez bermula dengan baik untuk mengejar dari belakang. Sementara itu, Alex Marquez (BK8 Gresini Racing) dan pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP iaitu Fabio Quartarao berada di kelompok hadapan pada peringkat awal perlumbaan.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa insiden awal yang berlaku di mana Johann Zarco (CASTROL Honda LCR) dan Joan Mir (Honda HRC Castrol team) terbabas pada pusingan pertama. Selain itu, Ai Ogura (Trackhouse MotoGP) pula terjatuh dalam pusingan ketiga diikuti Maverick Vinalis tersingkir di pusingan kelima. Walaupun sempat mencabar kedudukan kelima, Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) terpaksa bersara awal disebabkan berlaku masalah rantai pada jenteranya. Nasib malang turut menimpa Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) apabila pelumba Itali itu terjatuh di selekoh 10 ketika berada di kedudukan ketujuh.

Sebaik sahaja tiba di selekoh kelapan di pusingan ke-12, Bezzecchi melakukan kesilapan sedikit dan ini memberikan manfaat buat Marc Marquez untuk memintas serta merampas kedudukan pertama. Sejak itu, kedua-dua pelumba berentap sengit dengan jurang masa yang sangat rapat. Manakala Alex pula semakin ketinggalan dua saat di belakang.

Pertarungan kemuncak berlaku di 10 pusingan terakhir. Marc Marquez dan Bezzecchi saling merekodkan pusingan terpantas, dengan jurang sering berubah antara 0.2 hingga 0.6 saat. Marc Marquez kekal sebagai pendahulu sehingga penamat dan muncul juara dengan kelebihan 0.4s di hadapan Bezzecchi. Manakala Alex melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga dengan jarak 7.7 saat.

Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46 Racing Team) menamatkan saingan di tempat keempat selepas menewaskan rakan sepasukan Fabio Di Giannantonio (P5). Pelumba muda Fermin Aldeguer (BK8 Gresini Racing) pula meneruskan prestasi cemerlangnya dengan kedudukan keenam.

Luca Marini (Honda HRC Castrol) menamatkan saingan di tempat ketujuh, diikuti Quartararo (P8), Miguel Oliveira (Prima Pramac Yamaha) di tempat kesembilan, dan Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing) melengkapkan kelompok 10 terbaik.

Raul Fernandez (Trackhouse MotoGP) berada di tempat ke-11, diikuti Jack Miller (Prima Pramac Yamaha), Jorge Martin, Augusto Fernandez (Yamaha Factory Racing), dan Somkiat Chantra (IDEMITSU Honda LCR) yang melengkapkan senarai pungutan mata di tempat ke-15.

Saingan Gran Prix Jepun dijadualkan akan berlangsung pada 26hb hingga 28hb September 2025. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).