☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Oktober 2025

Hakim Danish Cemerlang di Sepang Walaupun Bersara Awal

Walaupun tidak dapat menamatkan perlumbaan akibat kerosakan jentera, pelumba muda negara Hakim Danish Ramli tetap berpuas hati dengan persembahannya dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia Moto3 di Grand Prix Malaysia (GP), yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.

Mewakili pasukan AEON CREDIT SIC RACING MSi, pelumba berusia 18 tahun itu terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal selepas jentera beliau kehilangan kuasa secara tiba-tiba di Selekoh 1. Namun sebelum insiden tersebut, anak jati Terengganu itu berada dalam kelompok 10 pelumba terbaik, berpotensi mengutip enam mata kejuaraan.

Gambar: ZK Racing
Gambar: ZK Racing

Lebih membanggakan, Hakim sempat mencatatkan pusingan terpantas perlumbaan dengan masa 2 minit 11.066 saat, sekali gus membuktikan keupayaannya untuk bersaing bersama pelumba terbaik dunia. Prestasi itu juga menjadi petanda positif menjelang penyertaannya secara sepenuh masa dalam Moto3 musim 2026 selepas disahkan menandatangani kontrak bersama MSi Racing Team.

Menurut Hakim, pasukan kini sedang meneliti punca sebenar masalah jentera yang dialaminya, sambil menyifatkan perlumbaan kali ini sebagai pengalaman berharga dalam memahami corak persaingan di peringkat tertinggi.

Sebagai rekod, Hakim mempamerkan prestasi konsisten sepanjang minggu perlumbaan, bermula dengan catatan masa kelapan terpantas dalam FP1 (2:11.317s), sebelum terus layak ke Q2 dengan 2:11.820s. Aksi mantap diteruskan pada FP2, apabila beliau mencatat masa keenam terpantas 2:10.576s, mengukuhkan reputasinya sebagai antara bakat muda paling menyerlah di Malaysia ketika ini. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.