☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 November 2025

Hakim Danish Tunjuk Peningkatan Positif di FIM JuniorGP Barcelona

Minggu perlumbaan FIM JuniorGP World Championship kali ini menyaksikan prestasi yang semakin positif daripada pelumba muda negara, Hakim Danish, dengan keputusan memberangsangkan dalam perlumbaan 1 dan perlumbaan 2.

Sesi Free Practice 1 dan 2 bermula dalam keadaan yang agak mencabar buat Danish, namun beliau tetap berjaya mara ke sesi Q2. Walaupun menamatkan sesi kelayakan di kedudukan ke-14, semangat juang tinggi dan usaha gigih pasukan dalam mencari setup terbaik membuahkan hasil di hari perlumbaan.

Perlumbaan1

Bermula dari petak ke-14, Danish menunjukkan tunggangan konsisten dan berani, berjaya memintas beberapa pelumba untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9 — satu pencapaian yang positif hasil kerja keras sepanjang hujung minggu.

Perlumbaan 2

Aksi pelumbaan 2 berlangsung lebih sengit dan dramatik, dengan persaingan rapat di kelompok hadapan sebelum perlumbaan dihentikan sementara akibat insiden di laluan lurus sebelum selekoh pertama.

Danish sekali lagi mempamerkan tunggangan agresif, beberapa kali menduduki tempat kedua sebelum dipintas semula oleh pesaing lain. Perlumbaan akhirnya ditamatkan dengan Danish di kedudukan ke-6, menandakan peningkatan jelas dalam prestasi keseluruhan.

Dengan momentum positif ini, tumpuan Danish kini beralih ke pusingan seterusnya di Litar Algarve, Portugal, di mana beliau berazam untuk terus memperbaiki catatan dan menutup musim dengan keputusan yang lebih cemerlang. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).