☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 Februari 2026

Bezzecchi Pecah Rekod di Litar Buriram

Ujian pra-musim MotoGP 2026 di Buriram berakhir selepas Marco Bezzecchi dari Aprilia Racing mencatat rekod baharu litar  dengan 1’28.668s. Ai Ogura dari Trackhouse MotoGP Team berada di tempat kedua, hanya 0.097 saat di belakang Bezzecchi. Sementara itu Marc Marquez melengkapkan tiga teratas bersama Ducati Lenovo Team walaupun terjatuh.

Aprilia jelas berada pada tahap terbaik menjelang musim baharu. Selain mencatat masa terpantas, Bezzecchi turut mempamerkan rentak perlumbaan yang konsisten dalam ujian jarak jauh. Rakan sepasukannya, Jorge Martin menamatkan ujian di keduduka ke-8 dengan maklum balas yang positif.

Di kem Ducati, perbandingan aero spesifikasi 2024 dan 2025 turut menjadi fokus. Francesco Bagnaia mempamerkan peningkatan ketara dengan memperbaiki masa hampir lapan persepuluh saat berbanding hari pertama. Manakala Alex Marquez dari BK8 Gresini Racing MotoGP turut konsisten walaupun mengalami kemalangan kecil.

Pedro Acosta membawa Red Bull KTM Factory Racing ke kelompok enam terbaik dengan peningkatan lapan persepuluh saat berbanding hari pertama serta berjaya melengkapkan ujian GP. Rakan sepasukannya Brad Binder memperbaiki kedudukan ke P12. Maverick Viñales (Red Bull KTM Tech3) pula menamatkan ujian di kedudukan ke-15.

Joan Mir dari Honda HRC Castrol menamatkan ujian di Buriram di kedudukan ke-10 manakala Luca Marini di tangga ke-13. Johann Zarco dari CASTROL Honda LCR di tempat ke-14 dan Diogo Moreira dari Pro Honda LCR di tempat ke-19.

Yamaha masih dalam fasa penyesuaian dengan jentera baharu V4, namun Jack Miller dari Prima Pramac Yamaha MotoGP dan Fabio Quartararo bersama Monster Energy Yamaha MotoGP berjaya mencatat masa dalam kelompok 1’29s. Alex Rins pula menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

Dengan ujian pra-musim kini berakhir, tumpuan beralih sepenuhnya ke Grand Prix Thailand minggu hadapan. Perebutan petak pertama, Sprint Tissot dan kemenangan sulung bagi GP 2026 pasti lebih mencabar. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.