☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Februari 2026

AEON Credit Penaja Utama Hakim Danish di Moto3™

AEON Credit Service (M) Berhad tampil sebagai penaja utama pasukan MSi Racing Team bagi saingan kelas Moto3™ di motoGP™ untuk musim 2026. Kerjasama ini sekali gus  memperkukuh komitmen terhadap pembangunan bakat muda negara.

Pelaburan strategik selama setahun itu memberi fokus kepada usaha memacu potensi pelumba berusia 19 tahun iaitu Hakim Danish Ramli, yang akan meneruskan cabaran di pentas dunia. Ia juga kesinambungan sokongan AEON Credit selepas merealisasikan penyertaan wildcard Moto3™ di GP Malaysia pada musim lepas.

Keputusan kerjasama ini dibuat susulan prestasi konsisten Hakim Danish sepanjang 2025 dalam FIM JuniorGP dan Red Bull MotoGP Rookies Cup, termasuk menamatkan musim 2025 di tangga ketiga keseluruhan Rookies Cup serta meraih podium dalam JuniorGP. Kejayaan itu mengukuhkan reputasinya sebagai antara prospek terbaik Asia.

Menerusi kerjasama ini, pasukan MSi Racing Team kan menggunakan nama baharu iaitu AEON Credit–MT–MSi sebagai platform sokongan menyeluruh bagi memastikan kesinambungan prestasi dan perkembangan karier Hakim Danish di peringkat tertinggi.

“kerjasama ini adalah pelaburan strategik berteraskan nilai disiplin, ketekunan dan semangat juang yang selari dengan teras syarikat.. Sukan permotoran menawarkan platform membina generasi masa depan. Kami komited menyokong pembangunan bakat belia serta mengukuhkan kehadiran jenama di peringkat antarabangsa," kata Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif AEON Credit, Daisuke Maeda

Sementara itu, Hakim Danish menyifatkan sokongan AEON Credit sebagai suntikan motivasi utama dalam menghadapi cabaran baharu di saingan Moto3™.

“Sokongan berterusan daripada AEON Credit ini merupakan pembakar semangat terbesar buat saya. Fokus saya kini sepenuhnya untuk membalas kepercayaan yang diberikan dan memberikan prestasi terbaik di pentas dunia. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada AEON Credit, Litar Antarabangsa Sepang (“SIC”) serta ZK Racing yang bekerja keras memastikan kerjasama berprestij ini dapat direalisasikan,” kata Hakim Danish.

Terdahulu, AEON Credit dan ZK Racing telah menjalinkan kerjasama pembangunan sukan permotoran menerusi Blueprint Pembangunan Sukan Permotoran Malaysia (MDEV) bersama Kementerian Belia dan Sukan serta SIC.

Menurut Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, menyifatkan kehadiran AEON Credit sebagai penaja utama tepat pada masanya dalam memastikan kesinambungan program pembangunan bakat negara. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.