☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 20 April 2026

Motul & Ipone Kembali Bersama YY Pang Racing Dalam MCP 2026

Dua jenama minyak pelincir motosikal terkemuka dunia iaitu Motul dan Ipone sekali lagi menjalin kerjasama strategik dalam arena sukan permotoran bersama pasukan YY Pang Racing bagi menghadapi Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026. Kerjasama ini turut menandakan penyatuan semula selepas 18 tahun, sekali gus menghidupkan kembali kolaborasi yang pernah mencorakkan sejarah sukan permotoran negara.

Kerjasama ini menyatukan Motul, Ipone dan barisan pelumba serta krew YY Pang Racing yang mempunyai matlamat sama iaitu untuk bersaing secara kompetitif dan memberi inspirasi kepada generasi pelumba baharu.

Motul dan Ipone berpegang kepada prinsip bahawa juara dibentuk melalui usaha dan bimbingan berterusan. Kerjasama jangka panjang bersama YY Pang Racing selari dengan komitmen syarikat dalam membangunkan bakat tempatan termasuklah membimbing pelumba muda sehingga mampu muncul sebagai pesaing yang hebat. Untuk musim 2026, kami komited untuk memperkasakan generasi baharu pelumba Malaysia agar mampu menonjol di peringkat tempatan dan antarabangsa," kata Pengurus Besar Negara Specialty Lubricants Trading (Malaysia) Sdn Bhd, En. Ravi Shankar.

YY Pang Racing Sport diasaskan oleh Pang Yok You yang merupakan antara nama besar dalam sukan permotoran di Malaysia. Bermula sebagai pelumba motosikal yang menghasilkan sistem ekzos perlumbaan sendiri sejak tahun 1970, beliau berjaya membangunkan pasukan ini daripada jentera Vespa kepada sebuah pasukan yang muncul sebagai pencabar utama dalam Kejuaraan Cub Prix. Pasukan ini telah mencatat pelbagai kejuaraan keseluruhan serta lebih 400 kedudukan podium, selain dikenali melalui identiti warna merah ikonik mereka.

Pang Yok You menyifatkan kerjasama bersama Motul dan Ipone sebagai sinonim dengan kejayaan pasukan tersebut. Beliau menegaskan bahawa kedua-dua jenama itu telah terbukti keupayaannya di litar sepanjang tempoh kerjasama sebelum ini. Penyatuan semula pada tahun 2026, memberikan keyakinan tambahan kepada pasukan untuk mencatat keputusan cemerlang pada musim ini.

Sepanjang tempoh 2004 hingga 2020, Motul telah bekerjasama rapat dengan YY Pang Racing selama 16 tahun dan mencatatkan pelbagai kejayaan serta membentuk identiti pasukan dengan prestasi cemerlang. Pada tahun 2021, Ipone pula meneruskan legasi tersebut dengan membantu pasukan meraih kejuaraan keseluruhan kategori CP125 dalam musim yang mencabar.

Bagi musim 2026, legasi ini diteruskan ke tahap yang lebih tinggi apabila Motul kembali memperkasakan jentera kategori 150cc menerusi Motul 300V 4T Factory Line yang menggunakan teknologi ESTER Core® bagi memastikan prestasi enjin optimum serta ketahanan tinggi dalam keadaan perlumbaan ekstrem.

Dalam masa sama, Ipone menyokong kategori 125cc melalui rangkaian Shogun iaitu minyak enjin empat lejang berprestasi tinggi yang dirumus menggunakan teknologi PAO dan Ester sepenuhnya. Formulasi ini menawarkan kestabilan haba yang unggul serta perlindungan enjin berterusan, daripada permulaan enjin sejuk sehingga mencapai putaran maksimum.

Seiring dengan persiapan menghadapi musim baharu, kedua-dua jenama kekal komited untuk memastikan produk mereka mudah diperoleh oleh pengguna di seluruh Semenanjung Malaysia melalui rangkaian pengedar dan rakan niaga yang sah. RR

Popular

  • Model Baru

    KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

  • Pandu Uji

    KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

  • Model Baru

    KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

  • Warta Roda

    Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

  • Model Baru

    Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.