☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 April 2026

Afaz Kencana Sport Sertai Cub Prix Kelas CP125

AFAZ mengumumkan model sulung mereka iaitu Kencana Sport sertai Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 yang bakal membuka tirai hujung minggu ini di Tangkak, Johor.

Dalam musim ini, AFAZ memberi sokongan penuh kepada pasukan persendirian dalam kategori CP125. Pasukan yang bertanding iaitu AHM Ipone AFAZ Racing Team akan menggunakan jentera Kencana Sport yang dilengkapi komponen prestasi serta aksesori perlumbaan khusus bagi meningkatkan daya saing di litar. Terdapat tiga orang pelumba yang bakal bersaing untuk pasukan tersebut antaranya Irfan Danish, Arash Tsunami dan Adam Shahzhrel.

Sebagai rujukan, model asas AFAZ Kencana Sport menggunakan enjin 113cc satu silinder 4-lejang SOHC dengan sistem suntikan bahan api. Model ini menghasilkan menghasilkan kuasa 9.1hp pada 7,500rpm dan tork 9Nm pada 6,500rpm.

Selain itu, model ini dilengkapi fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang. Sistem brek pula menggunakan cakera hidraulik di hadapan dan drum di belakang. Tangki bahan api pula berkapasiti 4.2 liter.

Langkah ini dilihat sebagai strategi penting AFAZ dalam memperkukuh kedudukan dalam arena sukan permotoran tempatan. Selain membina jenama motosikal berprestasi tinggi buatan Malaysia, inisiatif ini turut menyasarkan pembangunan bakat tempatan serta pemindahan teknologi perlumbaan kepada penambahbaikan produk kegunaan harian.

Penyertaan bagi musim 2026 ini mencerminkan komitmen berterusan AFAZ terhadap prestasi, inovasi dan kebanggaan nasional serta seiring usaha memperluaskan pengaruh di dalam dan luar litar. RR

Popular

  • Model Baru

    KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

  • Pandu Uji

    KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

  • Model Baru

    KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

  • Warta Roda

    Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

  • Model Baru

    Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.