☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 12 Mei 2026

Hakim Danish Kutip Enam Mata Di GP Perancis

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli berdepan cabaran besar dalam aksi GP Perancis di Le Mans apabila keadaan litar basah dan licin menjejaskan rentak agresifnya.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI itu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 untuk membawa pulang enam mata berharga dalam perlumbaan yang cukup mencabar apabila hampir separuh pelumba gagal menamatkan saingan akibat terjatuh.

Hakim Danish yang bermula di petak ke-12 tampil dengan cukup keyakinan sepanjang hujung minggu perlumbaan. Anak jati Terengganu itu berjaya mara ke sesi kelayakan kedua (Q2) selain konsisten mencatat masa kompetitif ketika sesi latihan dan kelayakan dalam keadaan litar kering.

Namun, hujan yang membasahi Litar Le Mans sebelum perlumbaan memaksa pasukan mencari tetapan berbeza buat jenteranya. Kekurangan data dalam keadaan hujan di Le Mans turut menyukarkan pasukan untuk mendapatkan talaan terbaik.

Situasi itu memaksa beliau menukar strategi daripada memburu kelompok hadapan kepada fokus untuk menamatkan perlumbaan dengan selamat. Pendekatan berhati-hati itu ternyata berbaloi apabila beliau berjaya mengelak daripada menjadi antara mangsa kemalangan di litar tersebut.

Keputusan di Le Mans menyaksikan Hakim Danish kini berada di kedudukan ke-15 keseluruhan dengan 18 mata. Walaupun tidak berjaya menamatkan perlumbaan dalam kelompok terbaik, peningkatan prestasi yang dipamerkan terutama ketika keadaan litar kering memberi petanda positif menjelang aksi seterusnya di Catalunya. RR

Popular

  • Warta Roda

    Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Model Baru

    Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

  • Model Baru

    SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

  • Model Baru

    Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

  • Warta Roda

    SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge SR450X Kini Tiba ke Pasaran Negara

Model Baru

Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Zontes 552Z merupakan salah satu daripada empat varian dalam keluarga 552 yang turut merangkumi 552G, 552S dan 552H.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.