Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Jun 2026

Dean Harrison Kuasai Isle of Man TT 2026 Dalam Edisi Penuh Cabaran

Perlumbaan tersohor dunia, Isle of Man TT 2026 kembali mencuri perhatian dunia apabila edisi tahun ini berlangsung dalam keadaan yang paling mencabar. Cuaca yang tidak menentu di pulau penuh bersejarah itu ternyata telah menjejaskan hampir keseluruhan perlumbaan, menyebabkan beberapa sesi terpaksa ditangguhkan dan ada juga terpaksa dibatalkan. Keputusan tersebut dilakukan demi keselamatan para pelumba, marshal dan petugas di laluan Mountain Course yang terkenal dan berbahaya itu.

Dean Harrison.
Dean Harrison.

Walaupun begitu, persaingan yang sempat dijalankan tetap mempersembahkan aksi-aksi luar biasa degan pertarungan sengit di antara nama-nama besar seperti Michael Dunlop, Dean Harrison dan Peter Hickman. Dalam kekalutan dan kekacauan jadual dek kerana masalah cuaca itu, beberapa pelumba tetap berjaya menyerlah dan mencipta kemenangan yang cukup bermakna.

Dean Harrison.
Dean Harrison.
Michael Dunlop.
Michael Dunlop.

Dean Harrison muncul antara nama terbesar untuk edisi Isle of Man TT 2026 selepas meraih kemenangan dalam perlumbaan Superbike TT dan turut diisytiharkan sebagai pemenang Senior TT yang terpaksa ditamatkan lebih awal akibat cuaca buruk.

Michael Dunlop.
Michael Dunlop.
Perlumbaan tersohor yang cukup berprestij.
Perlumbaan tersohor yang cukup berprestij.
Mike Browne.
Mike Browne.

Jadual perlumbaan sering terganggu akibat cuaca tidak menentu. Daripada 10 perlumbaan yang dirancang, hanya empat berjaya disempurnakan manakala perlumbaan Sidecar dan kedua-dua perlumbaan Superstock dibatalkan.

Mark Parret beraksi dalam kategori Supersport, Superbike & Superstock.
Mark Parret beraksi dalam kategori Supersport, Superbike & Superstock.
David Johnson.
David Johnson.
Michael Dunlop.
Michael Dunlop.

Harrison memulakan kempen dengan cemerlang apabila menjuarai perlumbaan RST Superbike TT. Pelumba Honda Racing UK itu mendominasi perlumbaan dan menewaskan Peter Hickman yang menunggang BMW, manakala Michael Dunlop melengkapkan podium di tempat ketiga.

Peter Hickman.
Peter Hickman.
Timothee Monot.
Timothee Monot.

Sementara itu, Michael Dunlop sekali lagi membuktikan kehebatannya di laluan jalan raya paling terkenal dunia itu apabila memenangi kedua-dua perlumbaan Supersport serta perlumbaan Sportbike. Kejayaan tersebut menyaksikan pelumba Ireland Utara itu terus menjarakkan rekod kemenangan sepanjang zaman Isle of Man TT kepada 36 kemenangan.

Dalam perlumbaan Supersport kedua, Dunlop menewaskan Harrison dan Hickman untuk meraih kemenangan ke-35 TT dalam kariernya sebelum menambah satu lagi kemenangan menerusi kategori Sportbike. Tahniah diucapkan!

Paul Jordan.
Paul Jordan.
Josh Brookes antara pelumba terpantas di sesi kelayakan Supersport.
Josh Brookes antara pelumba terpantas di sesi kelayakan Supersport.

Perlumbaan kemuncak Senior TT pula berlangsung dalam keadaan sukar. Harrison sedang mendahului perlumbaan sebelum insiden di kawasan 11th Milestone menyebabkan bendera merah dikibarkan pada pusingan kedua. Seorang pelumba dilaporkan cedera tetapi keadaannya stabil dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Perlumbaan kemudian dijadualkan semula namun cuaca buruk memaksa penganjur menamatkan keseluruhan acara dan keputusan selepas satu pusingan diambil sebagai keputusan rasmi. Harrison sekali gus diisytiharkan pemenang Senior TT 2026.

John Mcuinness.
John Mcuinness.

Namun, Isle of Man TT 2026 turut dicemari beberapa insiden serius. Pelumba Britain, Daniel Ingham, maut ketika sesi kelayakan, manakala beberapa kemalangan melibatkan kategori Sidecar menyebabkan penganjur mengambil keputusan membatalkan semua perlumbaan kategori tersebut atas faktor keselamatan.

Para penonton yang hadir memeriahkan perlumbaan Isle of Man TT 2026.
Para penonton yang hadir memeriahkan perlumbaan Isle of Man TT 2026.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk cuaca buruk dan isu keselamatan, Isle of Man TT 2026 tetap menghadiahkan aksi menarik dengan Harrison dan Dunlop muncul sebagai dua watak utama kejuaraan. Harrison membawa pulang kemenangan paling berprestij menerusi Senior TT, manakala Dunlop terus mengukuhkan statusnya sebagai pelumba paling berjaya dalam sejarah Isle of Man TT. RR

Popular

  • Warta Roda

    YQS Tawar Servis Berkualiti Melalui Lebih 300 Pusat Servis Yamaha

  • Warta Roda

    Honda Vario 160 Tampil Dengan Pilihan Warna Baharu

  • Model Baru

    SENKE Malaysia Perkenalkan SK400-KG - Bermula RM21,800

  • Dari Litar

    Qabil Irfan Sasar Keputusan Positif di Magny-Cours

  • Warta Roda

    Royal Enfield Malaysia Perkenalkan Himalayan Mana Black Edition - Bermula RM32,700.

Artikel berkaitan

Qabil Irfan Sasar Keputusan Positif di Magny-Cours

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Selama 15 tahun, festival ini berkembang daripada sebuah perhimpunan kecil komuniti kustom kepada acara gaya hidup yang menjadi tumpuan peminat automotif bukan sahaja di Malaysia, malah dari seluruh Asia.

Berita Kelab

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

Konvoi Kembara Road Rider Crew Taiping (RRCT) 3.0 dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-4 kelab

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Qabil Irfan Azlan melakar sejarah peribadi apabila meraih podium sulung dalam saingan Moto4 European Cup

Warta Roda

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi Yamaha Y15ZR yang menawarkan penampilan lebih segar .