☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 Jun 2026

Hakim Danish Buru Mata Di GP Republik Czech

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli mahu bangkit untuk mengutip mata kejuaraan pada pusingan GP Republik Czech yang akan berlangsung di Litar Automotodrom Brno dari 19 hingga 21 Jun ini selepas berdepan kekecewaan pada perlumbaan lalu di Hungary.

Dalam perlumbaan Moto3 pusingan ke-8 pada awal Jun lalu, Hakim Danish tidak dapat menamatkan perlumbaan selepas terjatuh apabila dirempuh oleh pelumba lain dari belakang. 

Walaubagaimanapun, pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu kini mengalihkan sepenuh tumpuan kepada cabaran di Brno yang dilihat sebagai peluang terbaik untuk kembali bersaing di kelompok hadapan. Menurut Hakim, pengalaman yang diperoleh di Litar Balaton Park memberikan banyak pengajaran dan akan dijadikan bekalan penting untuk menghadapi baki saingan musim ini dengan lebih matang.

Litar Automotodrom Brno sememangnya terkenal dengan susun atur yang teknikal serta menuntut tahap konsistensi yang tinggi daripada setiap pelumba. Sehubungan itu, Hakim Danish bersama pasukannya berhasrat memanfaatkan setiap sesi latihan bebas bagi mendapatkan pelarasan jentera yang optimum sebelum menghadapi sesi kelayakan dan perlumbaan utama.

Setakat ini, Hakim Danish telah mengumpul 48 mata kejuaraan dan berazam untuk menambah kutipan tersebut di Brno bagi memperkukuhkan kedudukannya dalam carta keseluruhan Moto3 musim 2026. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.